Followers

Thursday, January 31, 2008

i made it!!




Ditahun pertama sebagai pelumba senior negara,aku telah diamanahkan oleh John a.k.a coach aku untuk menyertai acara individu sprint,team sprint dan keirin di Kejohanan Lumba Basikal Track Asia di Bangkok,Thailand..ianya adalah satu tanggungjawab yang amat besar untuk diri aku kerana kejohanan ini mempertaruhkan maruah negara dan bangsa dan secara peribadi mempertaruhkan agama..jepun menghantar barisan pelumba terhandal mereka a.k.a pelumba S1,iaitu pelumba barisan teratas@paling top..lumba basikal di jepun adalah amat popular dan mereka menjadikan lumba basikal sebagai pertaruhan seperti lumba kuda..Inoue Masaki dan Fushimi Toshiaki adalah pemenang pingat perak di Olimpik Athens 2004,menjadi pencabar kepadaku diacara keirin..China menghantar barisan pelumba skuad Olimpik mereka yang memang tidak asing lagi dikancah lumba basikal..rentak kayuhan mereka semakin meningkat bagus setelah secara rasmi menjadi tuan rumah Olimpik yang akan datang..tidak ketinggalan juga dengan Korea dimana juga menghantar barisan pelumba terkuat mereka diketuai oleh Kang Don Jing,pemenang pingat emas acara keirin di Sukan Asia Doha,Qatar..boleh dikatakan semua negara yang mengambil bahagian menghantar pelumba terkuat+performance tiptop kerana kejohanan ini amat penting tambahan pula untuk mengutip mata@point untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik..
Disesi kelayakan masa utk acara sprint aku memecah rekod peribadi iaitu 10.610saat memadam rekod lame 10.710saat..malangnya aku tewas dipusingan pertama dengan pelumba dari China kerana teknik yang salah+hilang keyakinan..tak tau knaper..aku mendapat tempat ke-5 dalam acara sprint..acara team sprint pula aku bersama rakan sepasukan mencatat masa ke-3 terpantas tetapi kalah di final dengan Iran kerana kesilapan dari rakan sepasukan diawal permulaan..pulang hampa dengan pingat besi@ke-4..acara keirin,aku kalah di saingan..josiah pula menang bagi saingan dan trus ke pusingan ke2..aku masuk ke pusingan repecharge,dimana pelumba yang memenangi saingan ini dapat ke pusingan ke2..aku menangJ..aku dan josiah berjaya di pusingan ke2@semifinal..dan di final kesemua pelumba adalah handalan..dari Japan,Inoue Masaki dan Fushimi Toshiaki yang memang menepati ramalan akan ke final..Korea,Kang Don Jin..Iran,Mahmood Parash..dan Malaysia,Josiah Ng dan Azizulhasni..
Aku pelumba paling kecil+cilik+muda amat+tidak dipandang langsung..kesemua mata2 tidak tertumpu kepadaku..tapi aku yakin dan aku tetap dihatiku,aku mesti melakukan sesuatu..mesti membawa pulang medal..pelumbaan yang amat sengit ini menjadi titik permulaan untuk aku melangkah jauh lagi di arena lumba basikal setelah aku memenanginya dengan memotong di selekoh terakhir..semua mata tergamam melihat kancil memotong ferari dan lamborghini..pelumba japan tidak percaya akan kekalahan mereka kepadaku,reaksi membaling helmet ke lantai menjelaskan semua ini..mereka malu kerana acara tradisi mereka tumpas dikaki seorang rider cilik bergelar POCKETROCKET

TRAJEDI 8 OKTOBER-ISNIN
















Takziah diucapkan kepada TREK 5200 hak milik Majlis Sukan Negara yang yang diamanahkan kepada aku a.k.a Azizulhasni,untuk digunakan ketika latihan dan pertandingan telah meninggalkan alam normalnya setelah terbabit dalam trajedi 8 Oktober-Isnin dimana telah terbabit dalam kemalangan ngeri ..TREK 5200 kini dalam keadaan tersadai,tidak dapat digunakan lagi.Keadaan fizikalnya pula patah dibahagian Fork serta mengalami kebengkokan Rim yang serius..
Trajedi 8 Oktober-Isnin hampir meragut nyawaku..dipagi yang sepi,amat dingin,berkabus serta agak gelap aku turun menjalani latihan rutinku seawal 6pagi waktu Melbourne bersama-sama rakanku Edrus dan Fatehah..suhu menunjukkan 8 darjah celcius dimana anda dapat merasainya dengan duduk didalam peti sejuk didapur rumah anda..kayuhan pagi ini agak aman kerana keadaan lalu lintas yang masih beku@kosong kerana masih agak awal..trajedi bermula setelah sampai disatu lampu isyarat berdekatan dengan Crown iaitu pusat hiburan@kasino yang wajib aku lepasi untuk ke Beach Road..Edrus dan Fateha agak lambat dibelakang..aku berjaya melepasi lampu isyarat yang mulai kuning..mereka terpaksa berhenti dan menunggu warna bertukar hijau kembali..aku yang menyedari keadaan itu memperlahankan kayuhan untuk menunggu mereka..aku menoleh kebelakang untuk melihat adakah mereka disana lagi..ku toleh kedepan dan setelah seketika kayuhan....BBBAAAMMMMMM!!!!!!!!
Pandanganku gelap,muzik di earphone sudah tidak kedengaran lagi,tubuhku tidak lagi di atas basikal dan yang paling aku rasai ialah SAKIT..tanganku meraba2 seketika..jari jemari mehantar maklmat melalui neuronku..otak mentafsir..aku diatas jalan raya..aku membuka mataku,agak kabur visual yang aku lihat..tetapi aku sudah dapat mentafsir apa sebenarnya yang berlaku..aku telah dilanggar..Ya Allah..sakit bukan kepalang..hormon adrenalin dirembas keluar..aku tidak dapat bangkit..aku tewas kepada kesakitan..Alhamdulillah ade orang memapahku ketepi jalan,seorang wanita yang juga pelumba basikal kelab tempatan sempat mengucapkan sesuatu,tapi aku tidak mendengarnya...Edrus dan Fatehah sampai disisi ku,melihat keadaanku..ku lihat kakiku berdarah teruk..aku menjerit..adrenalin membuak2 keluar..Mat Salleh yang melanggar aku dengan slumbernyer berdiri ditepi aku,hanya melihat tanpa menolong,dengan riak wajah sedikit cuak dan berkata “im so sorry”..ade 5-6kali gak ar ulang ayat tuh..kepala hotak die..rase nak terajang muka die pun ade gak tapi kaki plak problem..lupakan..
Ambulans sampai..saat yang menyeksakan dihospital..terpaksa menunggu selama lebih kurang 5jam untuk pembedahan dan sebanyak 6kali X-ray kerana tersilap X-ray kaki yang tak der pape..hampeh btol..abislah sel2 dalam badan aku nih..paling memalukan doktor memasukkan jari kedalam saluran duburku untuk memeriksa tulang blakang kot kalau tak silap+nurse2 bersepah..sorang dua cukup ar pusingkan badan aku,ni sampai lebey kureng 6 orang..berat sangat ker aku nih??wat bodo jerk time tuh..saat pembedahan xsedar..sedar2 dah kat wad dan sakit..sakit..sakit..hasilnya 12jahitan di lututku+lebam+bengkak dimuka dan sekitar badan..Alhamdulillah..
Hanya John dan Vicky datang melawat petang tu..pagi esoknya aku dapat tongkat dan petangnya aku dah dibenarkan pulang..wahhh,skejapnyer..bukan aku jer yang terkejut,doktor pun terkejut gak..cepat benor..doktor cakap sbulan dua gak ar baru aku leh jalan..tapi sejak azali lagi aku ni jenis degil giler..membantu diriku melawan sakit+paksa untuk berjalan..hasilnya kurang 3minggu aku dah boleh berjalan..Alhamdulillah..hari ketiga selepas surgery aku dah pegi gym wat upper body..giler!!..moga-moga aku terlindung dari bencana macam ni di masa akan datang..amin...

Wednesday, January 30, 2008

ALHAMDULILLAH..



Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kerana dapat jugak aku melaksanakan projek blog nih walaupun sibuk amat dengan latihan+tugas seharian+wireless yang teramatlah menghampakan..
Dengan adenye blog ni dapatlah aku berkongsi suka duka,pahit manis,asam pedas+pengalaman+pengajaran+masalah+luahan isi hati..
Dengan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim,aku AZIZULHASNI merasmikan blog ni:)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...