Followers

Thursday, February 25, 2010

Makan Mussels di Geelong

Salamz...
Aku nk kongsi sikit cerite aku dekat bumi kangaroo ni..Sejak sudah berumahtangge nih,aku dah minat pulak makan Mussels .Sdap gilee weyyzz..Haritu aku pegi pasar dkat Prahran ..half kilo Mussels is 9 dolar camtu ..untuk menyedapkan hati,aku bawak YT pegi Geelong (tempat YT belajo)..Mussels kat situ sume fresh2 dan murah!!Only 5 dolar for a kilo ..just imagine?gile jauh beza jual kt Melbourne dgn sini..Jadi aku telah membeli 3 kilo Mussels untuk di bawa ke Melbourne ..



Sementara aku tunggu wife aku beli fresh mussels ..aku tengok berpusu2 org beratur nak beli Mussels tu...tak seorang pun speaking english ..kesemuanya tourists agaknya ..bak kate orang2 dekat Geelong ni..kalau tak dtg beli Mussels ...rugi besaa wooo...jadi aku pun beli lahhh ...Dalam bot Mussels,memang ade sorang chef di importkhas dari Spain.Jadi aku dan YT telah pun memesan 3 kilo Mussels dan juga 2 NATURAL steam mussels with lemon..berpeluang jugak la aku makan Mussels yang freshh dkat tepi lautan...oh memang sgt indah pemandangan dkt sini..aku rase Malaysia kene ade jugak bot2 nelayan yang jual fresh seafood...sebab Negara kite pun kaya jugak dgn hasil lautan kan..Terengganu ..selain nelayan dapat duit dari tangkap ikan ,kalau ade satu boat jual grilled seafood ..boleh jugak tmbah pendapatan para nelayan ..tak tau laa tu suggestion aku je..harap2 nnti di wujudkan..


Mussels yang dinikmati memang sedap...dgn keindahan semulajadi dkat area tu mmg seronok gile la...dah letih2 training ..aku kene jugak tgk tmpt2 menarik dan bawak wife aku jalan2 sebelum kelas kiteorg start..lepasni masing busy la katekan ...Setelah selesai kami makan mussels,aku bawak isteri jumpe & ziarah kawan2 die kat Geelong ..maklumlah kami baru lepas berkahwin ..kene bawak isteri aku ziarah2 kaum2 kerabat die dkat Geelong ...


Balik rumah,aku terus suruh isteri aku masak mussels lagi ...Mussels untuk satu hari ..takpe kot..So,kepada sesiapa yang akan berkunjung ke Melbourne...jangan lupe mengunjungi Geelong dan menikmati Mussels yang sedap ini!tak rugi wooooooo...Adiossss

enjoy with the clips
video
cara-cara memasak mussels ..bersama chef asisul
video

Monday, February 22, 2010

Azizulhasni pilihan SAM-100Plus

KECEMERLANGAN juara keirin dunia, Azizulhasni Awang (gambar) sepanjang tahun lalu membolehkannya dipilih sebagai penerima Anugerah Atlit Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus pada majlis yang dilangsungkan semalam.

Azizulhasni yang lebih mesra disapa 'Jojo' menewaskan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing, Lee Chong Wei, Nicol David (skuasy), Daniel Bego (renang) dan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee (terjun) dalam pemilihan yang buat pertama kali dilakukan berdasarkan undian daripada kalangan wartawan sukan.

Pelumba basikal kelahiran Dungun, Terengganu itu diwakili ibunya, Selamiah Yong kerana berada di Melbourne untuk menjalani latihan selain emnghadapi peperiksaan di Universiti Deakin.

'Pembakar semangat'

JAGUH keirin siri Piala Dunia Klasik, Azizulhasni Awang terkejut apabila mengetepikan dua atlit bergelar Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David untuk dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 Plus, semalam.

KEBANGGAAN...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyerahkan replika cek dan trofi kemenangan kepada ibu Azizulhasni, Selamiah selepas dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah SAM-100 Plus 2009 sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
KEBANGGAAN...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyerahkan replika cek dan trofi kemenangan kepada ibu Azizulhasni, Selamiah selepas dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah SAM-100 Plus 2009 sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

“Saya belum pernah merangkul Anugerah SAM dan kejayaan ini tiba tepat pada masanya ketika Kejohanan Dunia semakin hampir. Ia pembakar semangat terbaik untuk berlatih lebih gigih kerana saya sudah memasuki fasa persediaan akhir.


“Selepas sekadar dicalonkan musim lalu, saya anggap kejayaan ini mengejutkan. Terima kasih kepada semua pihak yang menghargai keringat saya selama ini dan diharap, saya akan berjaya di Denmark,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana tidak dapat menghadiri majlis itu semalam.


Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berada di Melbourne, Australia untuk menjalani latihan selain melanjutkan pengajian di Universiti Deakin. Ibunya, Selamiah Yong menerima anugerah itu bagi pihak Azizulhasni.


Selain Chong Wei dan Nicol, Azizulhasni turut mengetepikan tiga calon lain iaitu jaguh renang, Daniel Bego, Pandelela Rinong/Leong Mun Yee (terjun) dan skuad badminton wanita kebangsaan.

Pemilihan Azizulhasni untuk melayakkannya menerima trofi dan wang tunai RM10,000, dilihat unik kerana buat julung kalinya, pemenang edisi ke-12 itu ditentukan oleh penulis sukan tempatan yang mendaftar selaku ahli SAM.


Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa, berkata strategi itu kerana ahli SAM lebih mengenali atlit negara dan dianggap kelompok terbaik untuk memilih pemenang.


“Anugerah ini penting terhadap atlit negara setiap tahun kerana ia sebagai penghargaan atas usaha gigih mereka untuk mencapai kejayaan tertinggi,” katanya.


Sementara itu, wartawan Meja Sukan New Straits Times (NST), Ajitpal Singh dinobatkan pemenang Anugerah Ulasan Terbaik kategori akhbar dengan Shahril Nizam Abdullah dari Kosmo merangkul anugerah utama, Laporan Berita Sukan Terbaik selain Laporan Khas Terbaik.

Azizul's efforts earn sportswriters' award

CYCLIST Azizul Hasni Awang's brilliant performance last year was duly recognised as he was named the Sportswriters Association of Malaysia (SAM)-100Plus 2009 Athlete of the Year in Petaling Jaya yesterday.
Azizul, who won the 200m sprint silver medal in the World Championships in Poland and keirin gold in the World Cup IV in Beijing last year, overcame stiff competition from shuttler Lee Chong Wei and four-time world squash champion Nicol David to secure the award.

Azizul, who was unable to attend the ceremony due to his preparation for next month's World Championships in Copenhagen and to focus on his studies, was elated with the win.

His mother Selamiah Yong received the award and RM10,000 on behalf of Azizul from Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"I've never won this award before and it is a timely boost for my campaign in the World Championships in Copenhagen," stated Azizul via telephone from Melbourne yesterday.

"Last year, I was only nominated and it is actually a shock to win the award this time. I would like to thank all quarters for the support I have and I am hoping to go for gold in the World Championships."

Besides Chong Wei, who won the award last year, and Nicol, swimmer Daniel Bego -- winner of five gold in the Laos Sea Games, divers Pendelela Rinong-Leong Mun Yee -- who won the synchronised 10m platform bronze in the World Championships, and the national women's badminton team -- who won the Sea Games gold for the first time in 30 years, were the other nominees.

The national Under-23 football team also won a special award for capturing the Sea Games gold after 20 years.

Timesport's Ajitpal Singh walked away with the best news commentary award which fetched him RM3,000 .


Sunday, February 21, 2010

Azizulhasni tepati ramalan awal



MUHYIDDIN menyampaikan replika cek kepada ibu Azizulhasni, Selamiah Yong pada majlis anugerah SAM-100Plus di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.


SEPERTI diramal, jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul selaku pemenang Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2009 yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya, semalam.

Azizulhasni dipilih meraih anugerah tersebut menerusi undian yang dijalankan sepenuhnya oleh ahli-ahli SAM setelah enam atlet disenarai pendekkan dengan kerjasama dari Majlis Sukan Negara (MSN).

Sepanjang penampilannya pada tahun 2009, pelumba berusia 22 tahun itu telah meraih pelbagai gelaran di pentas antarabangsa.

Antara pencapaian terbaiknya ialah meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Piala Dunia IV di Beijing, China.

Azizulhasni turut meraih emas acara 200 meter pecut individu pada Kejohanan Kebangsaan Colombia.

Selaku penerima anugerah tersebut, Azizulhasni membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Kejayaan itu juga menyaksikan Azizulhasni mengenepikan lima lagi calon lain iaitu ratu skuasy, Datuk Nicol David, jaguh, Datuk Lee Chong Wei, Daniel Bego (renang), penerjun negara, Leong Mun Yee-Pandelela Rinong dan juga skuad badminton wanita negara.

Azizulhasni yang tidak dapat hadir semalam kerana masih menjalani latihan serta menuntut di Universiti Deakin di Melbourne, Australia, sempat dihubungi melalui temu bual secara langsung menerusi panggilan telefon pada majlis tersebut.

“Anugerah ini nanti bakal menjadi suntikan semangat kepada diri saya untuk mencipta lebih banyak kejayaan bagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa,” jelas Azizulhasni yang diwakili oleh ibunya, Selamiah Yong pada majlis semalam.

Sementara itu, skuad bola sepak bawah 23 (B-23) negara pula menerima anugerah khas iaitu Outdo Yourself yang mula diperkenalkan pada tahun ini.

Anugerah tersebut diberikan berikutan kejayaan skuad kendalian K. Rajagobal itu menamatkan kemarau selama 20 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos Disember tahun lalu.

Tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan anugerah pada majlis itu.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun

Azizulhasni tepati ramalan atlet terbaik Anugerah SAM


PETALING JAYA - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dipilih atlet terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 Plus 2009, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan pemenang pingat emas acara keirin Piala Dunia 2009 di Beijing, China itu membawa pulang RM10,000.

Ibu Azizulhasni, Selamiah Yong mewakilinya menerima anugerah itu daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Azizulhasni yang kemudiannya dihubungi secara langsung dari Melbourne, Australia memanjatkan kesyukuran dengan pemilihannya sebagai pemenang anugerah tersebut.

Kata Azizulhasni, anugerah SAM merupakan satu pengiktirafan besar kepadanya, sekali gus membakar semangatnya untuk terus berjuang dalam sukan kegemarannya itu.

"Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis ini kerana menjalani latihan di Melbourne. Kalau boleh, saya sememangnya ingin hadir pada majlis ini.

"Namun begitu, ibu saya, Selamiah Yong telah hadir di majlis ini bagi mewakili diri saya.

"Anugerah ini satu yang besar kepada diri saya dan ia meningkatkan lagi semangat saya untuk memberi yang terbaik di masa depan.

"Terima kasih kepada semua pihak dan tidak lupa kepada keluarga serta isteri yang telah banyak menyuntik semangat kepada saya selama ini," kata Azizulhasni, semalam.

Dalam pada itu, Selamiah yang ditemui pada majlis tersebut berkata, dia berbangga apabila anaknya dipilih sebagai atlet terbaik SAM 2009.

Katanya, anugerah tersebut pastinya akan membakar lagi semangat Azizulhasni untuk terus mencipta kegemilangan pada masa akan datang.

"Dia (Azizulhasni) seorang yang gigih dan akan melakukan apa yang disukainya dengan bersungguh-sungguh.

"Saya berharap dia akan mencapai cita-citanya selama ini iaitu mencipta kegemilangan di Sukan Olimpik akan tercapai.

"Pesan saya kepadanya, teruskan usaha dan jangan lupa diri. Kami sekeluarga akan terus memberi sokongan kepadanya," kata Selamiah.

Dalam pada itu, wartawan Kumpulan Utusan, Shahril Nizam Abdullah dari akhbar Kosmo! muncul pemenang Anugerah Kewartawanan Sukan SAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi laporan khas terbaik.

Kemenangan tersebut membolehkannya membawa pulang RM7,000.

Friday, February 19, 2010

Aku Suami

Now,my YT is my wife..jadi,jika terdapat kelapangan pada waktu2 tertentu kami pastinya akan melakukan aktiviti riadah bersama."Kurangkan gula dalam minuman tambahkan kecergasan di dalam diri".Aktiviti untuk mengeluarkan peluh sangat perlu di lakukan oleh semua orang khususnya untuk membanteras penyakit2 yang tidak diingini...
Basikal menjadi saksi ..perjalanan kami...aku bawak basikal dan my YT ape lagi kene ragging la..kene berjogging ..atau power walk..hihihi..inilah tugasan seorang isteri atlit..kene sentiase cergas dan berdisplin seperti suami...kami beriadah di kawasan keliling royal park.ternyata keindahan royal park sangat menarik...!!
Setelah berjam2 perjalanan..kami menjumpai satu tempat yang sangat menarik..dengan warna bumi ..aku memang teruje gile tgk pemandangan kat tmpt tu..ini merupekan kali pertama aku smpai kat sini...hahaha...isteri aku yang bawak ..patutnye aku yang bawak die...ini die yang tunjuk tmpt2 menarik kat kawasan royal park ni..
bersebelahan dengan tmpt kami beriadah...terdapat rail keretapi yang sangat klasik!!!gilee aaa lawaaa gilozzzzzz...!dgn cuaca panas beserta angin yang sejuk....aktiviti riadah kami memang best!!!!!
Sampai tempat yang isteri aku berier2 nak tunjuk....lawaaa gilozz!!!!!!!!!!terujeee gilee aku..terase macam kami pergi tepi cerun2 gurun je...


selesai beriadah ..aku nk share sikit aksi2 berbasikal aku kepada semua..tapi jangan ikut ok kepada adik2 di luar sane..bahaya!only azizul the pocketrocketman je boleh buat ..hahaha



Aksi pertama

video

Aksi kedua

video

Aksi ketiga

video


Enjoy!
salam

Salam semua!

Assalammualaikum semua,

Rakyat Malaysia yang saya kasihi,semoga pada hari Jumaat yang penuh barakah ini memberi ketenangan kepada anda semua.Pertama kalinya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas ucapan pernikahan saya pada 30 Januari yang lalu.
Kini,kehidupan saya sebagai atlit berjalan dengan lebih lancar dan bermutu insya Allah.Saya telah kembali membuat latihan untuk persiapan saya di World Championship pada bulan March ini dan juga ACC di Dubai pada April ini.

Latihan dan Waktu belajar saya kini bertambah senang apabila saya sudah mendirikan rumahtangga.Sebelum berkahwin, setelah selesai latihan,saya akan pergi ke dapur untuk masak dan membuat aktivi lain seperti membasuh baju dan sebagainya.Namun kini, kerja2 rumahtangga telah di selesaikan oleh isteri saya.Dengan ini,selepas habis training khususnya,saya akan terus menikmati juadah yang di hidangkan oleh isteri dan pada waktu malam saya akan fokus kepada assignments dan study.

Saya baru sahaja selesai menjawab ujian akhir tahun pada hari rabu dan khamis yang lalu.Sistem pembelajaran di Australia sanggat mudah.Mereka begitu perihatin kepada kita jika sekiranya waktu ujian yang bakal di hadapi tidak dapat di ambil pada tarikh yang di beri.Saya di beri kelonggaran untuk menduduki ujian akhir tahun 2 minggu selepas tarikh yang di beri.Mereka turut melonggarkan sistem jika seseorang itu mempunyai tanggungjawab selain pelajar.Jadi,sebagai seorang atlit dan juga student dalam masa yang sama,saya dapat mempertimbangkan masa saya untuk bidang yang berlainan.Harus ditegaskan disini,ilmu itu pelita hidup.Jadi,tuntutlah ilmu walau di mana anda berada...

Aktiviti harian saya khususnya pada hujung minggu banyak di gunakan untuk memperbaiki mutu latihan saya dengan menonton vcd2 perlawanan saya bersama isteri dan juga melakukan aktiviti riadah di taman2 berdekatan bersama isteri.Dengan aktivit sedemikian,dalam masa yang sama ,kita dapat menjana minda untuk lebih cergas dan efektif.

Doakan kejayaan saya untuk kejohanan2 seterusnya.
Misi untuk mendapatkan EMAS PERTAMA MALAYSIA di OLIMPIK 2012
Sekian,Terima kasih..Teruskan dengan sokongan anda...1 Malaysia

W,salam

Azizul Awang

Tuesday, February 9, 2010

berjanji bahawa perkahwinan tidak akan mengganggu tumpuan pada kariernya


Jaguh basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang bersama isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat sempat mengayuh basikal di majlis menyambut menantu di Jalan Nibong Stesen, Dungun, semalam. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM


DUNGUN – Jaguh lumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang berjanji bahawa perkahwinan dengan Athiah Ilyana Abd. Samat, tidak akan mengganggu tumpuan pada kariernya.

Malah, Azizulhasni sedia menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat demi kejayaan dalam karier.

Azizhulhasni berkata, ini bagi membolehkan dia memberi tumpuan terhadap kejohanan selain pelajaran.

‘‘Saya memang berhasrat untuk memiliki sebuah keluarga dengan beberapa anak tapi, saya sedia menangguhkannya bagi memberi tumpuan dalam pelajaran dan sukan lumba basikal.

‘‘Lagipun, saya dan Athiah belum menamatkan pengajian kami di Australia,” katanya pada majlis menyambut menantu di rumahnya di Jalan Nibong Stesen, semalam.

Azizulhasni, yang kini melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne, akan pulang ke Australia Isnin ini.

‘‘Buat sementara waktu, saya akan menetap di Australia supaya saya dapat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan dunia di Denmark.

‘‘Athiah Ilyana, yang kini pada tahun akhir pengajian peringkat Sarjana jurusan Arkitek di Universiti Deakin, Geelong, Australia juga akan pulang bersama saya,” ujarnya.

Azizulhasni dan Athiah Ilyana melangsungkan perkahwinan di Ipoh, Sabtu lalu.

Shabery yakin Azizulhasni kekalkan prestasi


KUALA LUMPUR - 'Orang dah kahwin biasanya bertambah kuat'.

Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika diaju soalan mengenai kemampuan Azizulhasni Awang untuk mengekalkan prestasinya, setelah jaguh lumba basikal trek negara itu mendirikan rumahtangga, kelmarin.

"Saya percaya Azizulhasni akan bertambah kuat, kerana kini hidupnya lebih stabil dan dia mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai atlet harapan negara dan juga suami.

"Saya ucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan Azizulhasni," katanya pada program Larian Gemilang Rakan Muda 2010 di Universiti Malaya, semalam. .

Azizulhasni selamatkan diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Athiah Ilyana Abd. Samat di Meru Heights, Ipoh kelmarin.

Shabery turut menyangkal dakwaan kononnya Azizulhasni tidak mampu mengulangi kejayaan, seperti mana yang dilakukan ketika zaman bujangnya.

"Saya tidak rasa Azizulhasni akan menjadi lemah, sebaliknya dia akan terus menjadi atlet yang baik dan cemerlang untuk negara.

"Malah, saya tidak melihat perkahwinan bakal menjejaskan kariernya.

''Contohi atlet luar negara, seperti Roger Federer dan beberapa atlet lain lagi, yang tidak menjadikan perkahwinan sebagai penghalang untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan," ujarnya.

Majlis pernikahan Azizulhasni berlangsung sejurus dia memenangi pingat emas acara keirin Kejohanan Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, minggu lalu.

The Pocketrocketman itu akan kembali menjalani latihan di Melbourne, Australia pada 7 Februari ini dan dia berjanji akan memberi fokus sepenuhnya terhadap Kejohanan Dunia, yang akan berlangsung di Copenhagenm Denmark, pada 24 hingga 28 Mac ini.

Dalam pada itu, Shabery turut memberitahu, kerajaan sedang berusaha untuk membuat bidaan menganjurkan Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) 2013.

"Kita harap dapat membida penganjuran IOC, memandangkan sudah lama kita tidak menganjurkan acara besar dalam arena sukan. Ini sekali gus mampu meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.

"Setakat ini, kita telah melakukan persiapan yang terbaik memandangkan bidaan ini tidak membolehkan kita melakukan kempen.

''Kita yakin dengan apa yang kita telah ada di sini termasuklah kemudahan pusat konvensyen, tahap keselamatan serta layanan berkelas dunia," jelasnya.

Ditanya tentang peluang Malaysia untuk menganjurkan kongres itu, Shabery menganggap Malaysia merupakan antara calon yang terbaik

"Malaysia merupakan calon yang baik dan peluang kita mungkin 50-50 dan kita memerlukan sokongan lagi.

"Namun kita kena faham IOC berasal dari Eropah. Lebih 51 peratus keanggotaan datang dari Eropah, namun saya percaya bidaan ini tidak menyentuh soal sentimen, kulit, lokasi atau negara. Apa yang kita akan cuba adalah mendedahkan keupayaan Malaysia," katanya.

Azizul vows marriage will not affect his performance


Monday February 1, 2010

Azizul vows marriage will not affect his performance

By LIM TEIK HUAT

PETALING JAYA: Cyclist Azizul Hasni Awang may have ended his bachelor days but he has vowed not to let it affect his performance on the track.

The recently-crowned World Cup keirin overall winner performed the akad nikah (marriage contract) ceremony with 24-year-old Athiah Ilyana Abdul Samat at the bride’s hometown in Ipoh last Saturday.

Special gift: Azizul and his wife Athiah Ilyana posing with the gold medal which he won in Beijing and presented to her as a weding gift. — Bernama

Azizul, who picked up a third gold medal at the final round of the World Cup in Beijing recently, is determined to strike a balance between married life and his commitments with the national track cycling squad.

“It’s two different things apart and I’m totally focussed on cycling when I get on the bike,” said Azizul, who rode to a stunning silver medal in the 200m sprint at the world championships in Poland last year.

“There are still things that I want to achieve, including winning an Olympic gold medal.”

For Azizul, life will remain much the same even though he has tied the knot with Athiah.

“We are both still studying in Melbourne and our time are basically tied up,” said the 22-year-old, who is pursuing a degree in Commerce and Business Studies at Deakin University in Melbourne.

“In fact, we just had a simple ceremony as I have to return to Melbourne soon to resume training with the team. We will have the actual reception after the Guangzhou Asian Games (in November).”

The Dungun-born Azizul presented his bride with a dowry of RM10,000, jewellery and the World Cup gold medal he won in Beijing.

“It was a gift for her as she asked me for it before I went to Beijing and I promised to try my best,” he said.

Azizul will return to Melbourne this weekend to prepare for the world championships, which will be held in Copenhagen from March 26-29. In the championships, he will wear the white leader’s jersey as the World Cup keirin overall winner.

Azizulhasni, Athiah selamat diijabkabul

Azizulhasni, Athiah selamat diijabkabul


MOHD. Azizulhasni Awang (kanan) tenang pada majlis akad nikah dengan Athiah Ilyana Abd. Samat di Persiaran Bukit Meru dekat Ipoh, semalam. - Bernama


IPOH - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Athiah Ilyana Abd. Samat dalam majlis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan dekat Meru Heights, semalam.

Dengan mas kahwin RM2,000 dan seutas rantai emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Zaini Bakri pada pukul 11.30 pagi selepas bertunang setengah jam sebelum itu.

Azizulhasni, 22, yang pulang dengan kejayaan meraih pingat emas acara keirin Kejohanan Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu sah menjadi suami kepada Athiah, 24, dengan tiga kali lafaz.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menghantar 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM8,000 dan dibalas dengan 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Keceriaan jelas terbayang pada wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan berseri-seri dengan pakaian pengantin berwarna kuning.

Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, pasangan suami isteri itu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hubungan yang terjalin sejak 2007 itu dikukuhkan dengan ikatan perkahwinan.

Menurut Azizulhasni yang mendapat jolokan The Pocketrocketman, walaupun sudah bergelar suami, fokusnya masih terhadap Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 24 hingga 28 Mac ini.

''Walaupun baru lepas bernikah tetapi saya terpaksa pulang ke Melbourne, Australia pada 7 Februari ini untuk kembali menjalani latihan bagi memberi fokus kepada Kejohanan Dunia di Denmark," katanya.

Katanya, setakat ini, dia dan isteri belum memikirkan mengenai percutian berbulan madu.

''Kami hanya akan tentukan tempat untuk berbulan madu selepas majlis resepsi," ujarnya.

Sementara itu, majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada 5 Februari ini manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada Disember ini selepas berakhirnya Sukan Komanwel di New Delhi pada Oktober ini.

Dalam pada itu, Athiah Ilyana pula menyatakan bahawa dia sejak awal lagi sudah bersedia menjadi isteri kepada seorang atlet sukan negara.

Katanya, apa yang penting ialah Azizulhasni dapat mengimbangi tanggungjawab terhadap negara dan keluarga.

''Saya juga berharap dia (Azizulhasni) mendapat pingat emas dalam semua kejohanan termasuk Kejohanan Dunia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel,'' katanya.

Azizulhasni dan Athiah berkenalan melalui laman web rangkaian sosial Friendster pada Julai 2007 sebelum menjalinkan hubungan serius selepas Sukan SEA Korat, Disember 2007.

Azizulhasni kini sudah sah bergelar suami

Azizulhasni kini sudah sah bergelar suami


AZIZULHASNI menghadiahkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara keirin pada Piala Dunia Klasik di Beijing kepada Athiah Ilyana pada majlis pernikahan mereka di Ipoh semalam.


JAGUH lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang, 22, selamat diijabkabul dengan pasangannya, Athiah Ilyana Abd. Samat, 24, di kediaman pengantin perempuan di Meru Height, Ipoh semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Zaini Bakri dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak pada kira-kira 11.30 pagi.

Terdahulu, majlis pertunangan dilangsungkan pada pukul 11 pagi tadi.

Azizulhasni sah bergelar suami selepas lafaz akad yang ketiga dengan membawa 11 dulang hantaran termasuk pingat emas yang dimenanginya pada Kejohanan Piala Dunia Klasik di Beijing, China minggu lepas manakala pengantin perempuan membalas dengan 13 dulang hantaran.

Athiah Ilyana turut menerima wang hantaran RM8,000 dan mas kahwin RM2,000 beserta seutas rantai emas.

“Pernikahan ini telah menyemarakkan lagi semangat saya untuk merangkul lebih banyak kejayaan termasuk kejohanan terdekat, Piala Dunia di Copenhagen, Denmark, Mac depan.

“Saya akan pulang semula ke Melbourne, Australia pada 7 Februari ini bagi menjalani persiapan akhir untuk menyertai kejohanan tersebut,” kata Azizulhasni.

Azizulhasni berkata, dia mengenali isterinya menerusi laman web rangkaian sosial, Friendster sebelum mereka menjalin hubungan serius selepas Sukan SEA di Korat, Thailand pada 2007.

Dia yang mendapat jolokan The Pocketrocket Man memberitahu semenjak itu, Athiah Ilyana telah menjadi sumber inspirasi baginya untuk meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

Menurutnya, majlis resepsi mereka akan diadakan pada Disember depan, iaitu selepas temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India.

Ketika ini, Azizulhasni melanjutkan pengajian ijazah pertama dalam jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne manakala Athiah Ilyana pula menyambung pengajian peringkat sarjana jurusan Arkitek di Universiti Deakin, Geelong, Australia.

Monday, February 1, 2010

Azizulhasni, Athiah selamat diijabkabul-utusan

Azizulhasni, Athiah selamat diijabkabul


MOHD. Azizulhasni Awang (kanan) tenang pada majlis akad nikah dengan Athiah Ilyana Abd. Samat di Persiaran Bukit Meru dekat Ipoh, semalam. - Bernama


IPOH - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Athiah Ilyana Abd. Samat dalam majlis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan dekat Meru Heights, semalam.

Dengan mas kahwin RM2,000 dan seutas rantai emas, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Zaini Bakri pada pukul 11.30 pagi selepas bertunang setengah jam sebelum itu.

Azizulhasni, 22, yang pulang dengan kejayaan meraih pingat emas acara keirin Kejohanan Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu sah menjadi suami kepada Athiah, 24, dengan tiga kali lafaz.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menghantar 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran RM8,000 dan dibalas dengan 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Keceriaan jelas terbayang pada wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan berseri-seri dengan pakaian pengantin berwarna kuning.

Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, pasangan suami isteri itu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hubungan yang terjalin sejak 2007 itu dikukuhkan dengan ikatan perkahwinan.

Menurut Azizulhasni yang mendapat jolokan The Pocketrocketman, walaupun sudah bergelar suami, fokusnya masih terhadap Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 24 hingga 28 Mac ini.

''Walaupun baru lepas bernikah tetapi saya terpaksa pulang ke Melbourne, Australia pada 7 Februari ini untuk kembali menjalani latihan bagi memberi fokus kepada Kejohanan Dunia di Denmark," katanya.

Katanya, setakat ini, dia dan isteri belum memikirkan mengenai percutian berbulan madu.

''Kami hanya akan tentukan tempat untuk berbulan madu selepas majlis resepsi," ujarnya.

Sementara itu, majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada 5 Februari ini manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada Disember ini selepas berakhirnya Sukan Komanwel di New Delhi pada Oktober ini.

Dalam pada itu, Athiah Ilyana pula menyatakan bahawa dia sejak awal lagi sudah bersedia menjadi isteri kepada seorang atlet sukan negara.

Katanya, apa yang penting ialah Azizulhasni dapat mengimbangi tanggungjawab terhadap negara dan keluarga.

''Saya juga berharap dia (Azizulhasni) mendapat pingat emas dalam semua kejohanan termasuk Kejohanan Dunia, Sukan SEA dan Sukan Komanwel,'' katanya.

Azizulhasni dan Athiah berkenalan melalui laman web rangkaian sosial Friendster pada Julai 2007 sebelum menjalinkan hubungan serius selepas Sukan SEA Korat, Disember 2007.

Azizulhasni mahu buktikan-berita harian

Azizulhasni mahu buktikan

Oleh Syed Riduan Ahmad dan Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

'Kahwin tak jejas prestasi saya'

"MISI saya tetap memburu pingat emas Sukan Olimpik dan saya akan buktikan tanggapan prestasi atlit akan turun sebaik melangsungkan perkahwinan adalah salah," kata jaguh trek berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang.

Menurut Azizulhasni, kedua-dua itu tiada kaitannya tetapi bergantung kepada cara atlit terbabit merancang program latihannya.


Azizulhasni, 22, dan pasangannya, Athiah Ilyana Ahmad Samat, 24, selamat diijabkabulkan di kediaman pengantin perempuan di Ipoh, Perak, semalam, yang menyaksikan pingat emas Piala Dunia Klasik Beijing dijadikan antara barang hantaran oleh pelumba itu.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu memberi jaminan misinya di Sukan Olimpik London 2012 tidak akan terjejas malah menyatakan perkahwinan itu mencetus semangat lebih tinggi buatnya untuk mencapai sasaran berkenaan.

Kenyataan itu disokong Athiah yang sepanjang perkenalannya dengan Azizulhasni sejak 2007, tidak pernah melihat pelumba itu mencampuradukkan soal kerjaya dan perhubungan.

“Kami sebenarnya mempunyai matlamat sama dalam hal ini dan selama mengenali Azizul, dia begitu komited dengan keinginannya menjadi atlit trek terpantas di dunia,” kata Athiah yang masih menuntut di Universiti Melbourne.

Ketika ditanya mengenai perancangan bulan madu, Azizulhasni berkata, buat masa ini mereka masih belum membuat keputusan kerana sibuk melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Mac ini.

"Selepas ini saya akan kembali ke Melbourne dan meneruskan sesi latihan seperti biasa dan fokus untuk menghadapi kejohanan berkenaan.

"Kami akan berbulan madu selepas majlis resepsi kami yang akan diadakan pada Oktober selepas Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China," katanya.

Pingat emas jadi hantaran

Pingat emas jadi hantaran

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
am@hmetro.com.my
2010/01/31

IPOH: Pingat emas yang dimenanginya pada Piala Dunia Klasik di Beijing baru-baru ini antara hantaran jaguh basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, 22, kepada isterinya, Athiah Ilyana Datuk Ahmad Samat, 24, dalam majlis pernikahan mereka di sini, semalam.

Mohd Azizulhasni berkata, isterinya banyak memberi dorongan dan semangat kepadanya dalam setiap kejohanan, malah dia nekad untuk pulang dengan kejayaan sebagai hadiah kepadanya.


“Sebelum kejohanan, Athiah meminta saya memenangi pingat berkenaan sebagai hadiah perkahwinan dan syukur saya berjaya memenanginya dan sebagai tanda kasih dan sayang, saya jadikan ia sebagai satu barang hantaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.


Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Muttaqin, Zaini Bakri di kediaman keluarga Athiah Ilyana di Meru Height, di sini, dan selepas tiga kali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri.


Athiah yang anggun berkebaya berwarna emas menerima wang hantaran RM8,000 serta 11 dulang hantaran daripada Mohd Azizulhasni dan dibalas 13 dulang.

Selamat Pengantin Baru -Sinar Harian

Selamat Pengantin Baru

IPOH - Jaguh lumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi pingat emas dalam acara keirin Piala Dunia Trek UCI Klasik Beijing pada minggu lepas, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangannya Athiah Ilyana Abdul Samat, semalam.

Majlis pertunangan dan pernikahan Mohd Azizulhasni, 22, dengan Athiah Ilyana, 24, berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Persiaran Bukit Meru di sini.

Terdahulu, majlis pertunangan dilangsungkan pada pukul 11 pagi tadi sebelum pasangan yang memakai pakaian warna kuning keemasan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Muttaqin, Zaini Bakri kira-kira setengah jam kemudian.

Azizulhasni sah bergelar suami selepas lafaz akad yang ketiga dengan membawa 11 dulang hantaran termasuk pingat emas yang dimenanginya di Beijing manakala pengantin perempuan membalas dengan 13 dulang hantaran.

Athiah Ilyana menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 dan wang hantaran sebanyak RM8,000.

Azizulhasni yang ditemui selepas majlis itu berkata, beliau akan bertolak ke Melbourne, Australia pada minggu depan bagi meneruskan latihannya sebagai persediaan untuk Kejohanan Dunia di Denmark pada Mac ini.

“Pemilihan tempat berbulan madu masih dalam perancangan dan akan ditentukan selepas majlis resepsi sebelah pengantin perempuan yang akan diadakan selepas majlis graduasi Athiah Oktober ini,” katanya.

Azizulhasni ketika ini melanjutkan pengajian ijazah pertama dalam jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne manakala Athiah Ilyana pula menyambung pengajian peringkat sarjana jurusan Arkitek di Universiti Deakin, Geelong, Australia.

Azizulhasni kini sudah sah bergelar suami

SUKAN

Azizulhasni kini sudah sah bergelar suami


AZIZULHASNI menghadiahkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara keirin pada Piala Dunia Klasik di Beijing kepada Athiah Ilyana pada majlis pernikahan mereka di Ipoh semalam.


JAGUH lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang, 22, selamat diijabkabul dengan pasangannya, Athiah Ilyana Abd. Samat, 24, di kediaman pengantin perempuan di Meru Height, Ipoh semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Zaini Bakri dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak pada kira-kira 11.30 pagi.

Terdahulu, majlis pertunangan dilangsungkan pada pukul 11 pagi tadi.

Azizulhasni sah bergelar suami selepas lafaz akad yang ketiga dengan membawa 11 dulang hantaran termasuk pingat emas yang dimenanginya pada Kejohanan Piala Dunia Klasik di Beijing, China minggu lepas manakala pengantin perempuan membalas dengan 13 dulang hantaran.

Athiah Ilyana turut menerima wang hantaran RM8,000 dan mas kahwin RM2,000 beserta seutas rantai emas.

“Pernikahan ini telah menyemarakkan lagi semangat saya untuk merangkul lebih banyak kejayaan termasuk kejohanan terdekat, Piala Dunia di Copenhagen, Denmark, Mac depan.

“Saya akan pulang semula ke Melbourne, Australia pada 7 Februari ini bagi menjalani persiapan akhir untuk menyertai kejohanan tersebut,” kata Azizulhasni.

Azizulhasni berkata, dia mengenali isterinya menerusi laman web rangkaian sosial, Friendster sebelum mereka menjalin hubungan serius selepas Sukan SEA di Korat, Thailand pada 2007.

Dia yang mendapat jolokan The Pocketrocket Man memberitahu semenjak itu, Athiah Ilyana telah menjadi sumber inspirasi baginya untuk meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

Menurutnya, majlis resepsi mereka akan diadakan pada Disember depan, iaitu selepas temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India.

Ketika ini, Azizulhasni melanjutkan pengajian ijazah pertama dalam jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne manakala Athiah Ilyana pula menyambung pengajian peringkat sarjana jurusan Arkitek di Universiti Deakin, Geelong, Australia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...