Followers

Thursday, November 18, 2010

basikal, bowling akhiri detik muram



2010/11/18

AZIZULHASNI dan Josiah merai kejayaan mereka menamatkan saingan 1-2 acara keirin yang membabitkan kemalangan dua pelumba dari China dan Iran, semalam.
AZIZULHASNI dan Josiah merai kejayaan mereka menamatkan saingan 1-2 acara keirin yang membabitkan kemalangan dua pelumba dari China dan Iran, semalam.
Azizul ungguli keirin, Alex-Adrian rai emas bowling beregu lelaki

SUASANA muram tanpa pingat, kelmarin pantas berubah dalam tempoh 24 jam apabila kontinjen negara mencipta hari penuh produktif dengan menuai dua pingat emas daripada acara basikal dan bowling beregu lelaki selain pungutan dua perak dan satu gangsa pada hari kelima, semalam.Azizulhasni Awang ceria berjaya menebus detik kecewa di Sukan Komanwel New Delhi, bulan lalu apabila gah memenangi acara kegemarannya, keirin – sekali gus menamatkan penantian 40 tahun pingat emas acara basikal di Sukan Asia. Lebih manis, rakan senegara, Josiah Ng melengkapkan keputusan 1-2 buat negara di Velodrom Guangzhou pada hari terakhir acara berbasikal trek.
Pada lewat petang, gandingan Alex Liew dan Adrian Ang menambah lagi detik gembira pada kontinjen apabila memenangi acara bowling beregu lelaki selepas berjaya mengatasi pasangan Jepun dan Singapura.

Dengan kejayaan semalam, kontinjen negara mengumpul jumlah tiga emas, tiga perak dan empat gangsa setakat ini.

Di Pusat Ekuestrian Guangzhou, Quzandria Nur dan abangnya, Qabil Ambak memastikan perak dan gangsa dalam genggaman acara dressage individu selepas mereka memenangi gangsa dalam acara berpasukan, Ahad lalu.

Wajah ceria terpancar pada Chef de Mission, Datuk Zolkples Embong yang berharap, atlit negara akan memperhebatkan lagi cabaran untuk memenuhi sasaran sembilan emas di Guangzhou 2010.
“Dua emas ini menjadi penawar duka selepas gagal menambah sebarang pingat semalam (kelmarin). Harap-harap lebih banyak pingat dapat ditambah selepas ini,” katanya.

Azizul tebus dua perkara



2010/11/18

AZIZULHASNI (depan) membuat henjutan di selekoh terakhir sambil diburu Zhang Miao (kanan) dan Josiah Ng, semalam.
Semalam, anak muda dari Dungun, Terengganu itu tampil mengubati duka dibatalkan kemenangan di Sukan Komanwel, New Delhi dengan memenangi acara kegemarannya, keirin manakala rakannya, Josiah Ng memenangi perak.
Kali terakhir emas diraih skuad berbasikal negara adalah menerusi Allahyarham Daud dan Ng Joo Ngan yang memenanginya di Sukan Asia 1970 di Bangkok.

Percaturan ketua jurulatih, John Beasley yang mahu kedua-dua anak buahnya mengawasi dua wakil China, Zhang Miao dan Zhang Li berhasil apabila mereka mengawal tempo perlumbaan sekalipun Zhang Miao yang memungut gangsa membuat henjutan awal.

“Apabila terlepas terlepas pingat acara pecut pada sebelah pagi, saya memang tekad untuk bermati-matian dalam peluang terakhir ini dan bersyukur percaturan perlumbaan hari ini (semalam) berhasil.

“Sebelum perlumbaan, saya agak sedih dan tertekan selepas gagal dalam perebutan pingat gangsa acara pecut, sebab itu saya nekad dalam perlumbaan tadi,” kata Azizulhasni yang akan mencukur kepala sebagai membayar nazar atas kemenangan pingat emas itu.
Josiah yang memenangi emas keirin di New Delhi, bulan lalu berkata kemenangan 1-2 ini membuktikan Malaysia kini kuasa baru acara berkenaan di Asia.

“John (Beasley) menegur sesiapa yang ada peluang menang harus menggunakannya dan hari ini, kami berlumba dengan baik,” katanya yang mempunyai koleksi tiga perak Sukan Asia selepas Busan 2002 (pecut) dan Doha 2006 (keirin).

Keirin, boling pulih semangat



Azizulhasni Awang (kanan) dan Josiah Ng megah mengibar Jalur Gemilang, setelah masing-masing memenangi emas dan perak acara keirin basikal trek pada Sukan Asia di Guangzhou, semalam.


GUANGZHOU - Setelah lesu kelmarin, usaha memburu sembilan pingat emas kembali rancak apabila basikal trek dan boling menyumbang dua pingat emas, semalam sekali gus meletakkan kontinjen Malaysia kembali ke landasan untuk mencapai sasaran ditetapkan.

Basikal trek menyumbang emas dan pingat perak kedua negara dalam acara keirin lelaki selepas Mohd. Azizulhasni Awang dan Josiah Ng menamatkan perlumbaan dengan kemenangan 1-2.

Kemenangan Azizulhasni dan Josiah itu mengulangi pencapaian hebat mereka ketika bertarung pada Sukan Komanwel Delhi, bulan lalu. Bagaimanapun kemenangan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar dan Josiah yang dalam berkedudukan pingat perak, diisytiharkan sebagai pemenang.

Kejayaan anak buah jurulatih John Beasley itu kembali menyuntik semangat kontinjen negara dan beberapa jam selepas Malaysia meraikan kejayaan atlet berbasikal trek, boling muncul garang menerusi acara berpasangan lelaki, apabila membutirkan emas ketiga daripada Alex Liew dan Adrian Ang yang melakukan keseluruhan 2,711 jatuhan pin selepas bermain enam blok.

Jepun yang melakukan 2,691 jatuhan pin menduduki tempat kedua, mengatasi Thailand yang terpaksa berpuas hati meraih gangsa selepas mencatat keseluruhan 2,662 jatuhan pin.

Ekuestrian juga tidak menghampakan apabila menyumbang dua pingat - perak dan gangsa dalam dressage individu, semalam. Quzandria Nur Mahamad Fathil yang membantu acara berpasukan meraih gangsa.

Ini membuktikan dia masih antara ekuin yang perlu digeruni di Asia apabila mengutip perak mengatasi abangnya, Mohd. Qabil yang berpuas hati dengan menang gangsa.

Quzandria mengumpul 73.800 mata selepas menghabiskan kesemua disiplin, manakala Qabil, yang mengulangi pencapaian gangsa di Doha empat tahun lalu, mencatat 72.600 mata.

Kedua-duanya terpaksa akur dengan kelebihan pemenang pingat emas, Hwang Young Shik dari Korea Selatan, yang selesa mendahului saingan dengan 74.900 mata.

Skuad sepak takraw meneruskan langkah kanan ke separuh akhir selepas membenam Jepun 3-0, kemenangan kedua selepas mengecewakan tuan rumah, China pada hari pertama sekali gus mengukuhkan kedudukan menghuni tangga teratas saingan Kumpulan B.

Menembak, yang menceriakan kem Malaysia selaku penyumbang pingat pertama negara menerusi Nur Suryani Mohamed Taibi, terus suram tanpa podium, dengan gandingan Nur Suryani, Nur Ayuni Abdul Halim dan Shahera Rahim Raja tenggelam kepada kehebatan penembak tuah rumah yang menguasai acara Rifle 3 Position.

Dua wakil lelaki yang dipertaruh untuk melakukan kejutan, Hasli Izwan Amir Hasan dan Hafiz Adzha turut menerima nasib yang sama, tercicir jauh daripada saingan lapan kelompok utama dalam saingan 25 meter Standard Pistol. di lapangan Aoti Sports Centre di sini, semalam.

Sementara itu, taekwondo yang memasuki pertarungan hari pertama sukan tempur dengan harapan mengintai kilauan pingat, tumbang menerusi dua wakilnya dalam kategori bawah 46 kilogram dan bawah 49kg wanita pada peringkat suku akhir.

Nurul Asfalina Mohamad Johari yang berlawan dalam kategori berat bawah 46kg, tewas kepada lawannya dari Indonesia, Fransisca Valentina 1-4 walaupun sebelum itu dia menumbangkan peserta Kazakhstan, Aizhan Alizhanova 2-1 di awal pertarungan.

Rakan sepasukan, Elaine Teo pula tidak terdaya untuk menahan asakan Chanapa Sonkham dari Thailand yang menundukkan atlet Malaysia itu dengan kiraan 6-3.

Acara renang pula menyaksikan wakil Malaysia dalam acara 100m gaya bebas lelaki dan wanita tenggelam tanpa sebarang pingat. - Utusan

Kamikaze Azizulhasni berbaloi



Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan) meraikan kejayaan Azizulhasni Awang dan Josiah Ng (kanan) yang memenangi emas dan perak dalam acara keirin basikal trek Sukan Asia di Guangzhou, semalam.


GUANGZHOU - Menjulang semangat juang ala pahlawan Jepun, 'kamikaze' akhirnya membawa tuah kepada Azizulhasni Awang apabila dinobatkan sebagai 'raja' keirin Asia selepas mencatat kemenangan 1-2 bersama rakan sepasukan, Josiah Ng pada pertarungan akhir, semalam.

Perlumbaan akhir yang penuh dramatik itu menyaksikan Azizulhasni menyumbang pingat emas kedua negara, manakala Josiah pula meneruskan legasi kecemerlangannya pada Sukan Asia sejak dua temasya lalu apabila membawa pulang sebutir perak selepas kecewa dalam pecut berpasukan.

Kedua-duanya mengakui menanggung perasaan kecewa dan rasa tertekan selepas kecundang dalam acara pecut berpasukan dan 200 meter pecut lelaki yang kesemua gelaran terlepas kepada atlet tuan rumah, China yang mempamerkan persembahan menakjubkan dalam temasya pada kali ini.

''Saya berasa marah, geram, takut dan kecewa sebelum perlumbaan dan semuanya saya pusatkan pada perlumbaan akhir ini. Saya beritahu jurulatih (John Beasley) saya akan buat cara kamikaze. Saya tidak kisah apa akan berlaku kerana saya mahu menang. Kalau kalah sekalipun , saya akan berpuas hati sebab telah mengerah seluruh kudrat dalam acara akhir ini.

''Kepala saya benar-benar lega. Selepas kecewa dalam acara 200 meter pecut, saya rasa sangat tertekan untuk bersaing dalam acara akhir Keirin. Tetapi semua bebanan itu hilang selepas menang pingat emas," kata Azizulhasni yang kelihatan sangat ceria, malah mahu menghadiahkan kemenangannya itu kepada emak, ayah dan isterinya.

Malah, kata Azizulhasni, dia akan mencukur kepalanya sehingga botak sebagai menyempurnakan nazar yang dibuat jika berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara keirin, semalam.

Pada perlumbaan akhir acara keirin, semalam, Azizulhasni yang memulakan aksi paling hadapan sambil diekori Josiah, tidak lagi menoleh ke belakang walaupun ketika memecut di selekoh 200 meter terakhir, berlaku pelanggaran pelumba Iran, Mohammad Parash dengan pelumba tuan rumah, Zhang Lei, juara acara pecut 200m sehingga kedua-duanya terbaring di atas lantai veleodrome.

Mengulas perancangannya selepas temasya ini, Azizulhasni berkata, dia akan menumpukan latihan bagi persediaan siri Piala Dunia dalam usaha mencari mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012.

Sementara itu, Josiah yang turut meraikan kemenangannya dan rakan sepasukannya itu berkata, dia seperti tidak percaya apabila mereka berjaya mencatat kemenangan 1-2 pada perlumbaan akhir itu.

Kata Josiah, dia dan Azizuhasni turun berlumba tanpa bekalan strategi pada perlumbaan akhir itu, malah jurulatih (Beasley) telah berpesan agar mempamerkan persembahan yang terbaik dan kebetulan kemenangan memihak kepada mereka.

''Kami telah membuktikan bahawa kami adalah yang terbaik. Kami juga membuktikan dapat menangani tekanan yang anda semua mungkin tidak merasai sepenuhnya. Saya benar-benar bangga dengan kejayaan ini. Tidak ada strategi kerana pada saya, kejayaan negara perlu diutamakan," kata Josiah yang masih segar dengan kejayaan meraih emas keirin pada Sukan Komanwel Delhi, bulan lalu.

Josiah juga adalah pemenang pingat perak dalam acara keirin pada Sukan Asia Doha 2006, malah dia juga menang perak pada Sukan Asia di Busan 2002. - Utusan






Kejayaan penuh bermakna- Kosmo!



AZIZULHASNI memecut laju sambil diekori pelumba China, Zhang Miao dan Josiah dalam acara keirin pada temasya Sukan Asia 2010 di Velodrom Guangzhou, China semalam.


LAGU Negaraku akhirnya berkumandang di Velodrom Guangzhou semalam. Seperti diramal, pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia 2010 semalam.

Azizulhasni menghadiahkan emas kedua buat kontinjen Malaysia menerusi acara keirin.

Lebih membanggakan, penantian kilauan emas selama 42 tahun dalam acara trek Sukan Asia itu juga hadir dengan kejayaan 1-2 apabila seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng memenangi pingat perak.

Kejayaan semalam dilihat sebagai ulangan apabila Azizulhasni dan Josiah muncul selaku dua pelumba terpantas dalam acara yang sama pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lalu.

Namun kemenangan Azizulhasni di New Delhi telah dibatalkan selepas dia didapati bersalah kerana menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven ketika mencelah sebelum memecut melintasi garisan penamat.

Bagaimanapun, Azizulhasni tidak mahu deritanya berterusan apabila bijak mengatur strategi bagi merangkul emas di Velodrom Guangzhou semalam.

"Kejayaan 1-2 ini membuktikan bahawa kita adalah kuasa besar dalam sukan basikal di Asia," jelas Azizulhasni.

"Pada Sukan Komanwel lalu, kemenangan saya telah dibatalkan tetapi kali ini, kami sekali lagi berjaya mencatat kejayaan yang sama, sekali gus membuktikan bahawa pencapaian kita di India lalu adalah benar."

Sebelum beraksi dalam acara kegemarannya itu, Azizulhasni terlepas peluang meraih pingat gangsa bagi acara pecut individu selepas kecundang di tangan pelumba Jepun, Nitta Yudai.

Jelas sekali kegagalan itu memberi suntikan semangat kepada Azizulhasni untuk tampil lebih bertenaga dalam acara keirin.

"Pada mulanya saya agak kecewa setelah gagal menyumbang pingat dalam acara pecut individu kerana kesilapan taktikal.

"Namun selepas itu saya mengumpul semula kekuatan untuk memberikan aksi terbaik buat kali terakhir dalam acara keirin.

"Saya telah beritahu John Beasley (jurulatih) bahawa saya mahu menampilkan kayuhan kamikaze (berani mati) sebab ia adalah peluang terakhir dan syukur kepada Tuhan kerana saya akhirnya berjaya," ujarnya lagi.

Pada saingan penuh mendebarkan semalam, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman mempamerkan henjutan bertenaga pada 250 meter terakhir perlumbaan.

Ketika itu, dia berjaya meninggalkan Josiah serta dua pelumba handalan China, Zhang Lei dan Zhang Miao serta Watanabe Kazunari (Jepun) dan Mohammad Parash (Iran).

Malang menimpa Zhang Lei dan Parash apabila mereka terlibat dalam insiden pelanggaran pada jarak 200m terakhir, sekali gus menyaksikan Azizulhasni dan Josiah selesa di depan meninggalkan Zhang Miao yang memenangi pingat gangsa.

"Ketika sedang memecut, saya ada dengar satu pelanggaran di belakang tetapi saya tidak peduli tentang itu, sebaliknya saya hanya mahu memberi tumpuan kepada henjutan terakhir ke garisan penamat.

"Apa pun saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada John dan semua pihak yang terlibat kerana terus menaruh kepercayaan kepada saya di sini.

"Kejayaan ini saya hadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sabar menanti kemenangan saya," kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu lagi.

Hasil kejayaan itu, Azizulhasni, 22, memberitahu, dia akan membotakkan kepalanya bagi 'membayar' niat yang telah lama terbuku dihatinya selama ini.

"Saya telah berniat untuk membotakkan kepada jika menang dan nampaknya selepas makan hari ini (semalam), saya akan terus membotakkan kepala," katanya.

Wednesday, November 17, 2010

Dua pingat sasaran terakhir Azizulhasni- Kosmo!



AZIZULHASNI (dua dari kiri) ketika beraksi pada acara saringan keirin semalam.


PELUMBA pecut negara, Azizulhasni Awang bertekad untuk membawa pulang dua pingat pada hari terakhir acara trek berbasikal pada Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou.

Azizulhasni akan beraksi dalam dua acara hari ini iaitu final keirin dan penentuan pingat gangsa acara pecut.

Meskipun hajatnya untuk mara ke final acara 200m pecut disekat pada separuh akhir oleh pelumba Jepun, Kitatsuru Tsubasa, namun pelumba yang dikenali sebagai The Pocket Rocket Man ini mahu menebusnya dalam acara keirin bersama seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng.

Namun, apa yang menjadi penghalang Azizulhasni untuk membawa pulang pingat emas dan gangsa di Velodrom Guangzhou ini ialah faktor keletihan kerana jadual dua acara pecut ini berlangsung selang dua jam pada hari yang sama.

“Hari ini (semalam) saya agak sedih kerana gagal mara ke final acara pecut. Ada kesilapan taktikal sedikit pada pusingan terakhir di mana pelumba Jepun itu menghalang saya memintas- nya dari sebelah dalam,” kata Azizul- hasni mengenai kekalahannya kepada Tsubasa semalam.

“Tetapi apa nak buat, semuanya telah berlaku. Kini saya hanya mahu memberi tumpuan kepada dua acara penting ini esok (penentuan gangsa pecut individu dan final keirin).

“Cuma masalahnya ialah kedua-dua acara dilangsungkan pada hari yang sama. Hari ini pun (semalam), saya letih kerana beraksi dalam tiga perlumbaan.

“Tetapi memandangkan esok (hari ini) hari terakhir, saya akan cuba menahan penat ini demi menghadiahkan pingat buat negara,” ujar pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Pada penentuan pingat gangsa acara pecut individu pagi ini, Azizulhasni akan berdepan pelumba Jepun, Nitta Yudai manakala bagi acara final keirin pula, pelumba berusia 22 tahun itu serta rakannya, Josiah akan berdepan saingan sengit daripada dua beradik dari China, Zhang Lei dan Zhang Miao serta pelumba Jepun, Kazunari Watanabe dan Mohammad Parash dari Iran.

“Kalau dilihat kepada prestasi hari ini (semalam), memang dua beradik dari China ini amat pantas dan ada kelebihan.

“Tetapi saya dan Josiah akan cuba mengatur strategi untuk menghalang mereka di samping memastikan tiada pelumba menghalang saya daripada memecut pada pusingan terakhir.

“Apa pun peluang masih lagi 50-50, saya harap nasib memihak kepada kami esok (hari ini), tidak kira saya atau Josiah yang menang,” katanya.

Tuesday, November 16, 2010

Ketepi rasa kurang sihat- Metro

Ketepi rasa kurang sihat

AZIZULHASNI Awang mengetepikan rasa kurang sihat yang membelenggunya sejak beberapa hari lalu untuk mara ke separuh akhir acara pecut individu lelaki apabila berjaya menyingkirkan pelumba Iran di Velodrom Guangzhou semalam.

Atlet digelar The Pocket Rocketman itu menampilkan kayuhan bertenaga mencatat 10.781s untuk meninggalkan Varposhti Hassanali sebelum meraih kemenangan kedua dengan catatan 10.928s untuk mengesahkan tempat di separuh akhir.


Kejayaan itu melegakan jurulatih kebangsaan, John Beasley yang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas perlumbaan itu.

“Dia seorang pakar taktikal yang bagus, saya harap dia mencapai keputusan baik selepas ini.


“Nampaknya dia berada dalam mood untuk bertanding dan melakukan apa yang sepatutnya,” katanya.


Begitupun, hari ini pasti cabaran hebat buat pelajar Universiti Deakin, Australia itu yang perlu bekerja keras pada peringkat separuh akhir sebelum memulakan saringan acara keirin yang menjadi kegemarannya.

Fatehah Mustapa pula terkandas pada suku akhir apabila tewas kepada pelumba Korea Selatan, Kim Wong Yeong dalam kedua-dua saringan sementara Mohd Edros Md Yunos sekadar menduduki tempat ke-11 pada peringkat repecharge acara itu.


Jelas Beasley, masih banyak perlu dilakukan Fatehah andai mahu berada sebaris dengan pelumba terhebat dunia.

“Pencapaiannya semakin baik dan mempunyai kualiti tapi saya sering katakan kepadanya dia perlu melakukan lebih baik daripada itu,” katanya.


Pada masa sama beliau turut berpuas hati dengan persembahan kuartet acara kejar mengejar berpasukan lelaki, yang mempertaruhkan Mohd Rizal Tisin, Mohammad Akmal Amrun, Muhamad Adiq Husainie dan Amir Mustafa Rusli biarpun tewas seawal pusingan pertama kepada kuartet Iran dengan catatan masa 4:18.596.


“Kami perlu bekerja keras selepas ini untuk Sukan Olimpik London 2012, peringkat paling sukar ialah memastikan mereka layak tapi saya yakin ia boleh dilakukan dengan peningkatan prestasi semasa semua pelumba,” katanya

Azizul nyala harapan- Berita Harian

Azizulhasni nyala harapan


2010/11/16

AZIZULHASNI (depan) berentap dengan pelumba Iran, Hassanali dalam saingan suku akhir  acara lelaki pecut, semalam.
Begitupun, cabaran lebih besar menantinya di separuh akhir hari ini apabila berdepan pencabar Jepun, Tsubasa Kitatsuru yang menewaskan seorang lagi wakil Iran, Farshid Farsinejadian, juga 2-0.
Kelibat garang Azizulhasni itu disambut dengan rasa gembira ketua jurulatih John Beasley yang yakin jaguh negara itu mampu menepis cabaran Tsubasa untuk ke perlumbaan akhir.

"Kalau diikutkan, Azizul lebih bagus daripada pelumba Jepun itu yang begitu pakar dalam taktik perlumbaan. Tetapi biarlah dia hadapi satu perlumbaan demi satu perlumbaan.

"Saya yakin dia tahu apa yang perlu untuk dilakukan ketika perlumbaan nanti," kata Beasley.

Mengenai kuartet 4,000 meter kejar mengejar yang tewas dalam perebutan tempat ke separuh akhir, jurulatih warga Australia itu berkata dia tetap berpuas hati dengan prestasi empat pelumba yang merakam catatan rekod baru kebangsaan 4:18.263s semalam.
Cabaran Fatehah Mustapa dalam acara pecut wanita turut berakhir selepas tewas dua kali kepada pelumba Korea Selatan, Kim Wong Yeong di peringkat suku akhir.

Azizulhasni yakin mara ke final-kosmo



JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang yakin melangkah ke final acara pecut individu esok meskipun berdepan musuh ketatnya, Kitatsuru Tsubasa dari Jepun pada saingan separuh akhir hari ini.

Biarpun baru pulih daripada selesema, Azizulhasni tetap berjaya mempamer kayuhan bertenaga pada dua perlumbaan peringkat suku akhir dengan menewaskan pelumba Iran, Farshid Farsinejadian semalam.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu mencatat masa 10.781 saat pada perlumbaan pertama dan memenangi persaingan kedua dengan kepantasan 10.928s.

Catatan ini menyaksikan Azizulhasni, 22, muncul pelumba ketiga terpantas, sekali gus menempah pertemuan separuh akhir dengan pencabar terdekatnya, Tsubasa yang mencatat masa kedua terpantas dengan 10.754 pada perlumbaan pertama.

Biarpun mengakui kehebatan Tsubasa yang pernah mengalahkannya pada Kejohanan Trek Piala Asia (ACC) 2010 di Jepun, Jun lalu, pelumba yang bergelar The Pocket Rocket Man ini tetap optimis dengan peluangnya untuk menebus kekecewaan terlepas pingat emas pada kejohanan di Hokaiddo itu.

"Saya akui Tsubasa memang pelumba yang bagus dari segi kekuatan dan taktikal tetapi saya juga apa kurangnya," kata Azizulhasni dengan yakin selepas memenangi pusingan suku akhir di Velodrom Guangzhou semalam.

"Rekod pertemuan kami boleh dikatakan seimbang kerana saya pernah mengalahkannya dan dia juga pernah menewaskan saya, terbaru di ACC 2010 Jepun."

Sementara itu, kecemerlangan Azizulhasni gagal dijejak oleh pelumba wanita negara, Fatehah Mustafa apabila dia gagal melangkah ke pusingan suku akhir.

Pelumba berusia 21 tahun itu tewas kepada pelumba Korea Selatan, Kim Wong-yeong dalam dua perlumbaan, sekali gus mengecewakannya buat kali kedua selepas terlepas pingat gangsa dalam acara 500m kejar-mengejar indi- vidu Sabtu lalu.

Seorang lagi pelumba muda negara, Md. Edrus Yunos pula turut gagal menyerlah bagi penentuan tempat kesembilan hingga ke-12 acara tersebut apabila menamatkan saingan di tempat ke-11.

Bagi acara 400m kejar- mengejar berpasukan, kuartet negara turut terkandas pada pusingan pertama selepas tewas kepada Iran dengan masa 4 minit 18.596 saat.

Meskipun mencatat masa yang agak baik pada pu- singan kelayakan iaitu di tempat keempat dengan 4:20.340s, kuartet yang dibarisi Adiq Husaini Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd. Akmal Amrun dan Mohd. Hariff Salleh terpaksa akur dengan kepantasan Iran yang merekodkan kepantasan 4:15.225s.

Monday, November 15, 2010

Azizul berpeluang raih emas-kosmo

Azizulhasni Awang

KILAUAN pingat emas acara trek berbasikal semakin hampir dalam genggaman apabila jaguh negara, Azizulhasni Awang mara ke pusi- ngan suku akhir acara pecut individu yang berlangsung di Velodrom Guangzhou semalam.

Azizulhasni yang baru pulih daripada selesema, mempamerkan kayuhan bertenaga sejak di awal peringkat kelayakan sehingga ke pusingan lapan pelumba terbaik dengan catatan masa 11.1557 saat menewaskan pelumba Korea Selatan, Son Gyeongsu.

Pelumba berusia 22 tahun itu akan berdepan cabaran daripada pelumba Iran, Hassanali Varposhti pada suku akhir yang akan berlangsung pagi ini.

Seorang lagi pelumba lelaki negara, Md. Edrus Yunos bagaimanapun gagal mengikut jejak langkah Azizulhasni apabila terkandas di pusingan lapan peserta terbaik dan tumpas di pusingan repechage kepada pelumba Iran, Farshid Farsinejadian.

Pelumba wanita, Fatehah Mustafa turut beraksi cemerlang apabila layak ke suku akhir setelah mengalahkan pelumba Korea Selatan, Lee Eunji apabila mencatatkan 12.122s.

Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamed berpuas hati dengan pencapaian pelumba negara pada temasya kali ini meskipun terkilan dengan kegagalan trio negara dan Fatehah Mustafa yang masing- masing terlepas pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan dan 500m kejar-mengejar individu.

"Jadual yang agak padat dan pelik dari- pada tuan rumah ini telah menjejaskan misi kita menghadiahkan pingat kepada negara," kata Naim ketika ditemui sema- lam.

"Dalam acara pecut berpasukan, kita terpaksa merehatkan Azizulhasni (Awang) untuk memastikan tumpuannya dalam acara pecut individu tidak terjejas. Jadi kita tidak dapat menurunkan skuad terkuat di sini.

"Mengenai Fatehah pula, memang kita menjangkakan pingat gangsa daripada pelumba muda ini tetapi tidak sangka masa- nya dipintas pada saat-saat akhir oleh pelumba Taiwan.

"Bagaimanapun, saya tetap puas kerana dia telah mencatat rekod baru kebangsaan, apatah lagi dia juga masih muda," ujarnya.

Menurut Naim, skuad basikal negara kini meletakkan harapan kepada jaguh pecut negara, Azizulhasni dan Josiah Ng untuk menghadiahkan kilauan emas dalam dua acara iaitu pecut individu dan keirin.

"Kita kini terpaksa mengharapkan Azizulhasni atau Josiah untuk mereali- sasikan sasaran satu pingat emas. Azizulhasni telah berjaya mara ke suku akhir dan peluangnya untuk mara ke final adalah cerah berdasarkan prestasi- nya ketika ini.

"Jadi saya harap dia akan kekalkan rentak kayuhannya esok (hari ini) dan marilah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan baik bagi dirinya untuk me- realisasikan satu pingat emas di Guangzhou.

"Josiah juga tetap mempunyai peluang dalam acara Keirin, Rabu ini dan dia telah membuktikannya di Sukan Komanwel, Oktober lalu.

"Bagaimanapun, saingan di sini amat kuat berbanding Komanwel, terutama daripada pelumba China. Bagaimanapun kita lihat nanti apa yang terjadi," kata Naim.

Sementara itu, mengenai penyertaan pelumba-pelumba muda lain seperti Mohd. Akmal Amrun, Adiq Husaini Othman, Hariff Salleh dan skuad kejar-mengejar berpasukan, Naim memberitahu, tujuannya hanyalah untuk pendedahan semata-mata.

"Kita tidak menjangkakan apa-apa terhadap pelumba muda ini, penyertaan mereka di Sukan Asia ini hanyalah untuk memberi pendedahan kepada mereka saja.

"Saya harap mereka mampu memperoleh pengalaman yang berguna dalam saingan yang hebat seperti temasya Sukan Asia ini," ujarnya lagi.

Thursday, November 11, 2010

Azizulhasni tak perlu ubah gaya kayuhan-Utusan

GUANGZHOU - Mohd. Azizulhasni Awang tidak akan mengubah gaya kayuhannya dalam acara keirin, walaupun corak tersebut telah 'mematikan' hasratnya untuk meraih pingat emas pertama pada Sukan Komanwel New Delhi, bulan lalu.

Ini ditegaskan oleh jurulatihnya John Beasley, yang menganggap gaya kayuhan anak buahnya itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian pada pada temasya di Delhi.

Beasley bagaimanapun mengakui, malah mengingatkan bahawa saingan tuan rumah, China selain Jepun tidak wajar dipandang ringan.

''Pelumba kita akan berdepan perlumbaan sengit walaupun peluang untuk mencapai sasaran pingat tetap ada," kata Beasley, pada sidang akhbar selepas upacara menaikkan bendera Malaysia di perkampungan Sukan Asia XVI, semalam.

Di Delhi, Azizulhasni yang mendapat tempat pertama dalam acara akhir keirin, terpaksa melepaskan pingat emasnya itu kepada rakan senegara, Josiah Ng selepas kemenangannya dibatalkan, kerana didakwa melakukan kesalahan ketika memintas.

Azizulhasni, yang sememangnya menjadi pilihan dalam acara keirin bagaimanapun tidak pulang hampa selepas membantu kemenangan gangsa skuad negara dalam acara pecut berpasukan.

Dalam pada itu, Beasley mahu kesemua pelumba Malaysia mempamerkan kayuhan tinggi pada perlumbaan nanti, memandangkan mereka telah melakukan persiapan yang rapi, di samping meraih banyak pengalaman dalam perlumbaan yang disertai sejak Mac lalu.

Dalam pada itu, pemenang emas keirin di Delhi, Josiah Ng yakin kemampuan Malaysia untuk meraih kedudukan 1-2 dalam acara yang sama di Guangzhou.

''Walaupun pada mulanya letih selepas kembali dari Komanwel, kesempatan waktu yang ada selepas itu saya guna untuk memulihkan semula tenaga dan sekarang saya lebih yakin untuk menghadapi saingan Sukan Asia," kata Josiah.

Bagi satu-satunya prospek pingat pertama negara, Fatehah Mustapha, dia berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dalam acara trek yang akan bermula Sabtu ini, selepas mendapat 'semangat' baru semasa menyertai Piala Dunia di Melbourne tahun lepas.

''Saya bertambah yakin selepas mencatat 35.9 saat dalam Piala Dunia dan Insya-Allah saya akan berusaha untuk menghadirkan pingat buat negara," katanya. - Utusan

Wednesday, November 10, 2010

Buru emas -HARIAN METRO

THE Rocket Pocketman berazam menebus kehampaannya di Sukan Komanwel New Delhi dengan meraih pingat emas di Sukan Asia Guangzhou.

Begitu tekad jaguh pelumba keirin negara, Azizulhasni Awang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, bersama-sama rakan sepasukan dan jurulatih John Beasley, awal pagi semalam.


Sekalipun kelihatan agak penat selepas melalui 10 jam penerbangan terus dari Melbourne, Azizulhasni mengakui pencabar utamanya datang daripada pelumba Jepun, manakala cabaran daripada pelumba China tidak boleh dipandang ringan. “Tekad saya memang untuk merangkul pingat emas di sini. Saya sudah melipat gandakan latihan sebaik Sukan Komanwel New Delhi berakhir.

“Memang sedih bila dikenang semula pengalaman di New Delhi. Kemenangan saya tidak diiktiraf dan dibatalkan sedangkan keputusan juri teknikal boleh dipertikaikan.


“Apapun saya sudah lupakan kekecewaan itu dan bertekad memenangi pingat emas buat negara,” katanya.


Di Guangzhou, Azizulhasni yang menerima biasiswa Perpaduan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke Sukan Olimpik 2012 London akan beraksi dalam acara kegemarannya, keirin, 200m pecut dan pecut berpasukan bergandingan dengan Rizal Tisin dan Josiah Ng.

Di New Delhi, Azizulhasni hanya membawa pulang pingat gangsa dalam acara berpasukan dan ternyata pelumba kelahiran Terengganu itu menjadi harapan Majlis Sukan Negara (MSN) meraih pingat emas bagi mengakhiri kemarau 30 tahun sejak Daud Kassim dan Ng Joo Ngan memenanginya di Sukan Asia Bangkok 1970.

Buru emas -HARIAN METRO

THE Rocket Pocketman berazam menebus kehampaannya di Sukan Komanwel New Delhi dengan meraih pingat emas di Sukan Asia Guangzhou.

Begitu tekad jaguh pelumba keirin negara, Azizulhasni Awang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, bersama-sama rakan sepasukan dan jurulatih John Beasley, awal pagi semalam.


Sekalipun kelihatan agak penat selepas melalui 10 jam penerbangan terus dari Melbourne, Azizulhasni mengakui pencabar utamanya datang daripada pelumba Jepun, manakala cabaran daripada pelumba China tidak boleh dipandang ringan. “Tekad saya memang untuk merangkul pingat emas di sini. Saya sudah melipat gandakan latihan sebaik Sukan Komanwel New Delhi berakhir.

“Memang sedih bila dikenang semula pengalaman di New Delhi. Kemenangan saya tidak diiktiraf dan dibatalkan sedangkan keputusan juri teknikal boleh dipertikaikan.


“Apapun saya sudah lupakan kekecewaan itu dan bertekad memenangi pingat emas buat negara,” katanya.


Di Guangzhou, Azizulhasni yang menerima biasiswa Perpaduan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke Sukan Olimpik 2012 London akan beraksi dalam acara kegemarannya, keirin, 200m pecut dan pecut berpasukan bergandingan dengan Rizal Tisin dan Josiah Ng.

Di New Delhi, Azizulhasni hanya membawa pulang pingat gangsa dalam acara berpasukan dan ternyata pelumba kelahiran Terengganu itu menjadi harapan Majlis Sukan Negara (MSN) meraih pingat emas bagi mengakhiri kemarau 30 tahun sejak Daud Kassim dan Ng Joo Ngan memenanginya di Sukan Asia Bangkok 1970.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...