Followers

Tuesday, December 28, 2010

Honeymoon at GOLD COAST


Salam everyone,
Sorry sebab dah lame x update..Actually aku baru je balik from bercuti dengan my wife kt GOLD COAST ...Alang-alang duduk Melbourne,mesti la kene pergi berjalan ke area2 Australia kan...
So,memang best la..!Tenang fikiran...dah lame x bercuti cmni....So harap-harap next time kalau cuti boleh pegi tmpat lain yang lebih best dan mencabar!
So,hows everyone doing cuti2 sekolah and cuti panjang ni?Hope everyone is doing great and memanafaatkan masa..Ingat masa itu penting!

Just to share,Kakak aku baru sahaja bertunang dengan jejaka idaman beliau,di ucapkan Congrats untuk my sis,Rosmani Awang semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!Nanti kawin,insya Allah kami turun ke Malaysia......!

Merry Christmas and Happy New Year everyone!
Cheers

Monday, December 20, 2010

Pengorbanan sebagai Cyclist,Suami dan Anak

Walaupun aku terpaksa transit berjam-jam from satu destinasi ke satu destinasi,
namun begitu untuk mengharumkan nama Malaysia..aku tidak gentar untuk melakukan apa jua pengorbanan kepada negara.Pengorbanan berpisah dengan kaum keluarga di Malaysia,pengorbanan tidak dapat bersama isteri seperti suami yang lain,pengorbanan tidak dapat masuk menghadiri lecture di kelas..Sebab aku akui,setiap pengorbanan yang kite lakukan pasti menghasilkan sesuatu yang kite tidak duge!Now,im waiting the flight to New Zealand from Santiago.So From New Zealand,i will transit once again to Sydney..and from Sydney to Melbourne...Will be reaching Melbourne tomorrow morning,and I hope my wife can cook me anything because ur hubby dah lame x makan makanan isteri...

Hari Rabu,me and my wifey will fly again for honeymoon..I really need a long break with my wife.Kesian die selalu tinggal sorang dekat rumah...I love you my YT!Thanks for being my inspiration ..and bagi I support always..U are my angel!



-sent from Blogpress using Iphone-

Sunday, December 19, 2010

Azizul bags keirin gold medal in the Track World Cup


By LIM TEIK HUAT

PETALING JAYA: The Negaraku national anthem was heard for the first time on South American soil as cyclist Azizul Hasni Awang blazed to a superb victory in the keirin final in the second leg of the UCI Track World Cup in the Colombian city of Cali on Friday night.

Azizul gave the newly set up Malaysian Yayasan Sime Darby trade team their first success in wonderful fashion by staying undefeated from the first round.

The 22-year-old pocket dynamo from Terengganu beat French pro rider Pervis Francois and Czech Republic’s Denis Spicka to claim top spot on the podium.

Colombian Fabian Hernando, New Zealander Simon van Velthooven and Britain’s Olympic silver medallist Jason Kenny completed the line-up for the keirin final.

One more: Azizul Hasni Awang showing the gold medal he won in the keirin final in Cali, Colombia, on Friday.

Azizul had won his tough second round heat in superb fashion to book a place in the final, which saw the reigning sprint world champion Gregory Bauge of France eliminated after failing to make the top three.

Another Malaysian Hafiz Sufian, who rode under national colours, failed to progress to the second round after losing the repechage.

Azizul earned automatic qualification by virtue of winning the first round heat earlier.

Not only has Azizul preserved his stellar record of having won at least one of the four existing World Cup meets on the calendar since making the senior ranks three years ago, but he has now emerged as the overall leader after the halfway mark.

The 12 points earned in Cali plus the two from the ninth placing in Melbourne two weeks ago put him at the top with 14 points – two more than reigning Olympic champion Chris Hoy of Britain.

Team manager Datuk Naim Mohamad was delighted with the performance of Azizul, who continued to put Malaysian cycling on the world stage.

Azizul ended a 40-year gold medal drought when he led Josiah Ng to a one-two finish in the keirin final at the Guangzhou Asian Games last month and it turned out to be the only success for Malaysia in an Olympic discipline.

“Azizul warmed the hearts of over 3,000 Colombians who thronged the velodrome on a cold night in Cali to see the world’s best cyclists in action,” said Naim in a telephone interview from Cali yesterday.

“Coach John Beasley’s strategy of resting Azizul from the team sprint yesterday (Thursday) paid off handsomely with Azizul delivering the gold in his favourite keirin event.

“Azizul had a shaky start in the first leg in Melbourne following a hectic schedule in the Commonwealth Games and Asian Games.

“But his return to top form puts the Road to London programme back on track after a miserable outing.”

Woman cyclist Fatehah Mustapa missed out on qualification for the top 16 knockout stages in keirin after finishing 22nd in 11.933.

The team sprint trio of Mohd Edrus Yunus, Josiah Ng and Rizal Tisin clocked 45.359 en-route to an impressive sixth placing on Thursday.

Fatehah is scheduled to compete in keirin on the final day of competition while Azizul leads the Malaysian charge for the sprint along with Edrus and Sufian.






Azizulhasni juara Piala Dunia


KUALA LUMPUR - Selepas mempamer aksi mengecewakan pada pusingan pertama di Melbourne, dua minggu lalu, jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang menunjukkan kebangkitan hebat apabila menyambar kejuaraan Piala Dunia UCI pertamanya musim ini dengan muncul juara keirin pusingan kedua di Cali, Colombia semalam.

Malah, kemenangan yang disaksikan oleh kira-kira 3,000 penonton itu turut melonjakkan Azizulhasni sebagai pendahulu keseluruhan Piala Dunia dengan mengumpul 14 mata - 2 mata dipisahkan daripada pesaing terdekat yang juga juara peringkat pertama, Chris Hoy dari Britain.

Strategi jurulatih, John Beasly untuk merehatkan juara Sukan Asia itu daripada acara pecut berpasukan kelmarin nyata membuahkan hasil, apabila ia memberi tenaga tambahan buat Azizulhasni untuk melakukan kayuhan hebat, sekali gus memenangi acara kegemarannya.

Selepas bermula goyah pada pusingan pertama di Melbourne kerana faktor keletihan mengharungi jadual padat Sukan Komanwel dan Asia, Azizulhasni akhirnya membuktikan dia sememangnya layak berada dalam program Road to London 2012.

"Pelumba negara berjaya menambat hati hampir 3,000 penonton yang memenuhi velodrom untuk menyaksikan aksi pelumba handalan dari seluruh dunia dan saya amat bangga mendengarkan lagu kebangsaan kita berkumandang di Cali.

"Bagaimanapun Azizulhasni bakal berdepan tugas yang getir untuk mempertahankan jersi pendahulu keseluruhan yang diraih apabila mengharungi baki dua lagi saingan Piala Dunia, apatah lagi ia akan menentukan tiket Sukan Olimpik London,'' kata pengurus pasukan trek negara, Datuk Naim Mohamad.

Selain Hoy, Azizulhasni, yang memenangi dua pusingan tahun lalu, akan turut berdepan cabaran Puerta Zapata, Francois Pervis,Teun Mulder, Christos Volikakis, Denis Spicka, Mickael Bourgain, Simon Ven Velthooven dan Scott Sunderland.

Dua lagi pusingan Piala Dunia akan berlangsung di Beijing, China (21-23 Januari) dan Manchester, England dari 18-20 Januari.

Hari ini, Azizulhasni sekali lagi akan turun beraksi dalam saingan pecut individu bersama Mohd. Edrus Yunus dan Hafiz Sufian, manakala Fatehah Mustapa menjadi pelumba wanita tunggal negara bertanding i dalam acara keirin.

Pelumba Malaysia beraksi mewakili pasukan Yayasan Sime Darby (YSD).






Azizulhasni dahului senarai keirin UCI

Azizulhasni dahului senarai keirin UCI


2010/12/19

AZIZUL bangga memperaga pingat emas yang diraih, semalam.
AZIZUL bangga memperaga pingat emas yang diraih, semalam.
Muncul juara pusingan ke-2 Piala Dunia di Colombia

JAGUH trek pecut negara, Azizulhasni Awang menemui semula sentuhan apabila menjuarai acara keirin pada pusingan kedua Kejohanan Trek Piala Dunia Klasik UCI di Velodrom Alcides Nieto Patino di Colombia, semalam untuk sekali gus mendahului carta pungutan mata siri kejohanan itu.
Selepas kurang menyengat pada pusingan pertama di Melbourne dengan sekadar tempat ke-11 dan 2 mata disebabkan keletihan selepas Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou 2010, Azizul yang mewakili pasukan Yayasan Sime Darby (YSD) bingkas dengan kayuhan mantap untuk memenangi saringan 4 acara itu.

Tanpa Chris Hoy yang tidak mengambil bahagian dalam acara itu, Azizul melangkah yakin ke perlumbaan final dengan menewaskan pelumba Perancis yang mewakili pasukan Cofidis, Francois Pervis dan pelumba Republik Czech, Denis Spicka.

Dengan kemenangan itu dan 12 mata yang dikutip, pelumba 21 tahun kelahiran Dungun itu kini mendahului senarai pungutan mata dengan 14, dan dianugerah jersi pelangi UCI selaku pemenang dan pendahulu acara keirin, menjelang baki dua pusingan di Beijing dan Manchester selepas ini, sebelum ke kejohanan dunia.

Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad berkata, keputusan jurulatih merehatkan Azizul bagi acara Pecut Berpasukan nyata berbaloi apabila pemenang emas Guangzhou 2010 itu mempamer kayuhan bertenaga di depan lebih 3,000 penonton yang memberi sokongan kepada pelumba bertubuh kecil berbanding pesaing lain.

“Alhamdulillah, lagu Negaraku yang berkumandang di Cali menghangatkan pelumba YSD dari Malaysia serta penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan kelas dunia ini, sekali gus meletakkan Azizul di tangga teratas senarai mata Piala Dunia, di depan Chris Hoy, Puerta Zapata, Francois Pervis, Teun Mulder, Christos Volikakis, Denis Spicka, Mickael Bourgain, Simon Ven Velthooven dan Scott Sunderland.
“Begitupun, Azizul mungkin sukar mempertahankan jersi pelangi UCI kerana dia pasti menjadi sasaran pelumba lain pada baki perlumbaan kerana pesaing lain juga saling merebut mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, trio Pecut Berpasukan YSD membabitkan Edrus Md Yunos, Rizal Tisin dan Josiah Ng menduduki tempat keenam untuk mengumpul lima mata, dan menduduki tangga kesembilan keseluruhan dalam senarai mata selepas gagal di Melbourne.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...