Followers

Wednesday, February 27, 2013

Azizulhasni: Tajaan Sime Darby pembakar semangat Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/azizulhasni-tajaan-sime-darby-pembakar-semangat


Azizulhasni: Tajaan Sime Darby pembakar semangatKUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang menyifatkan kepercayaan berterusan daripada Yayasan Sime Darby (YSD) sebagai pembakar semangat kepadanya untuk membutirkan pingat di Olimpik Rio 2016. YSD pada Selasa telah memperuntukkan penajaan sebanyak RM2.85 juta kepada Azizul dan seorang lagi pelumba, Fatehah Mustapa. "Sebenarnya kita berkemampuan untuk memenangi pingat di kejohanan antarabangsa dan Olimpik... walaupun kita gagal raih pingat di Olimpik lampau kita bukan gagal sekali dan selamanya... sebenarnya kita mampu dan berusaha lebih keras lagi," kata Azizul. Menerusi pembiayaan YSD sebelum ini, Azizul layak ke final acara keirin individu lelaki di sukan Olimpik London. Turut cemerlang, Fatehah yang berjaya menempatkan diri buat kali pertama pada temasya terbesar di dunia itu, tahun lalu. Lantas, tidak mustahil dengan tumpuan hanya diberikan kepada dua pelumba ini, impian negara untuk melihat pingat dari sukan berbasikal trek di Olimpik bakal tercapai. Azizul dan Fatehah akan memulakan program ‘Road to Rio 2016’ dengan penyertaan ke kejohanan berbasikal Asia ACC Delhi di India, bulan depan. 


Berita mula diterbitkan pada: Februari 26, 2013 22:20 (MYT) Tag: Yayasan Sime Darby, YSD, Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/azizulhasni-tajaan-sime-darby-pembakar-semangat-8609?cp

2.85j untuk Azizulhasni, Fatehah




(dari kiri) Mohd Azizulhasni, John Beasley dan Fatehah menunjukkan replika cek bernilai RM2.85 juta tajaan Yayasan Sime Darby untuk persiapan mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016 di Kuala Lumpur, semalam.




 KUALA LUMPUR - Yayasan Sime Darby semalam menyerahkan tajaan RM2.85 juta kepada dua pelumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sebagai persiapan mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil. Pengerusinya, Tun Musa Hitam berkata, tajaan tersebut membolehkan kedua-duanya menyertai sebanyak 42 kejohanan sebelum Sukan Olimpik. Tambah Musa, penajaan tersebut diberikan berdasarkan prestasi baik mereka semasa menyertai Sukan Olimpik London tahun lalu. Malah, Musa berharap Azizulhasni dan Fatehah mampu meraih pingat pertama dalam sukan berbasikal di Temasya Rio 2016. "Azizulhasni dan Fatehah telah mencipta sejarah tersendiri terutama untuk layak ke Sukan Olimpik pada tahun lalu. "Sungguhpun kita tidak memenangi pingat pada temasya berprestij itu, namun aksi mereka bersaing dengan pelumba terbaik dunia menjadi satu memori indah," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini, semalam. Yang turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, ahli majlis Yayasan Sime Darby, Datin Zaitoon Othman dan ketua jurulatih skuad kebangsaan, John Beasley. Yayasan Sime Darby juga sebelum ini pernah menaja program biasiswa akademik buat Azizulhasni untuk membolehkannya mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan sukan di Universiti Victoria, Melbourne, Australia. Begitu juga Fatehah yang meneruskan pengajian bidang pemasaran perniagaan di universiti sama. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130227/su_06/285j-untuk-Azizulhasni-Fatehah#ixzz2M4VIvfzA © Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...