Followers

Monday, April 29, 2013

First Time Overseas Voters Set To Vote Sunday, Hope For Continued Unity



 KUALA LUMPUR, April 27 (Bernama) -- First time overseas voters are all geared up to practice their right to vote in the 13th General Election (GE13) on Sunday through postal votes, including those from Australia where a large chunk of the total 6,360 overseas voters are currently residing. For three-time World Cup track cycling champion and Commonwealth Games medallist, Azizulhasni Awang, 25, who is currently studying at the Victoria University in Melbourne, he is all excited at being able to vote for the first time in GE13. Azizulhasni, who is pursuing a Bachelor of Sport Science in Human Movement, felt that his choice for the government, which would lead Malaysia for the next five years would also affect the development of athletes in the country. "I'm so excited. I can't describe my feelings now. Every vote counts. So I have to exercise my responsibility as a Malaysian to vote in the election as it determines the ruling government that will give benefits to the athletes," he told Bernama in an email interview. Azizulhasni, who has resumed training after a long break from the London Olympics, expressed hope that everybody would respect each other regardless of their political differences. "I hope everyone, it doesn't matter from which party you are, will still respect each other, because we are Malaysians. I love Malaysia. I hope the spirit of togetherness will last forever and also for a better Malaysia in the future," he said.

 In the United Kingdom, a third year accounting and finance student at the London School of Economics, Azeem Abu Bakar, who is also a first time voter, said he was excited because he would finally contribute to the country's political landscape. "I'm grateful that the election commission is extending its effort to empower our democratic rights by implementing postal voting. Without it, I will have to wait for another four or five years to vote simply because I'm not in the country now," he told Bernama. He said he was voting because he would regret it if the elections produce an "undesirable outcome" to him. "If I vote, I know that I have done what I could. Generally, the election would affect me through the socio-economic system that will be used by the party that wins to run the country," he added. Commenting on Barisan Nasional's and Pakatan Rakyat's move in lining up young candidates, he said that it was refreshing to see new talents, however they should be introduced to the public. He noted that both coalitions have created their own candidates' profile websites, namely 1malaysia.com.my for BN candidates and demirakyat.com for PKR's candidates. Meanwhile, a final year postgraduate student at the University of Manchester, Norshah Aizat Shuaib, 24, also a first time voter, expressed hope for a peaceful and smooth polling. "Whatever the decision made by the people, hopefully Malaysia will continue to move forward and not merely talk about politics without any progress. Politics is important, but the progress of a country does not depend on that aspect alone," he said. He also hoped that Malaysians would be united regardless of the ruling government, to ensure that the sovereignty and peace in the country is protected, adding that criticising is good, but let it be for the betterment of the country. According to Election Commission chairman, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, the biggest number of postal voters reside in Australia, followed by United Kingdom and China. -- BERNAMA

Thursday, April 11, 2013

Taj Mahal : Keluhan pejuang sukan,anak bangsa Malaysia Azizulhasni Awang


KELUHAN IKHLAS DARI PEJUANG SUKAN NEGARA


Assalamualaikum wbt.

Malang sekali hari ini saya terpaksa membazirkan sedikit daripada waktu terluang saya untuk membuat penulisan ini. Objektif utama adalah untuk memberikan ulasan yang lebih lanjut kepada mereka yang mungkin tidak mengetahui situasi sebenar berkenaan isu panas ‘Taj Mahal’ yang berlaku ketika Kejohanan Berbasikal Asia di India bulan lalu.

Untuk pengetahuan semua, perkara seperti ini bukan baru sahaja berlaku dalam industri sukan kita lebih-lebih lagi dalam arena sukan lumba basikal, pelbagai ragam dan kerenah yang tidak enak memang sudah lama bertapak cuma tidak diketahui masyarakat. Saya percaya dan yakin, ramai diluar sana yang ingin menyuarakan ketidak puasan hati mereka apabila perkara seperti ini berlaku tetapi malangnya tiada siapa yang ingin mendengar rintihan dan keluhan mereka, juga tiada siapa yang ingin membesarkan perkara tersebut dan tiada siapa berminat untuk meng war-war kan isu itu untuk dijadikan perhatian.

Untuk makluman, Haji Ibrahim menghilangkan diri tanpa pengetahuan semua pihak. Ketika semua pelumba,jurulatih dan pegawai lain sedang sibuk di Velodrome, tiada siapa tahu dimanakah pengurus pasukan Malaysia. Pihak penganjur ada mencari pengurus pasukan berikutan mempunyai masalah dengan pita lagu negaraku, malangnya beliau tiada disana. Bayangkan jika Haji Ibrahim berada disana, sudah tentu masalah ini dapat diselesaikan dan ianya tidak menjadi isu besar!
Salah seorang pelumba yang tidak bertanding kebilik Haji Ibrahim sendiri untuk mencari beliau malangnya beliau tiada disana.Sekurang-kurangnya sebelum berangkat ke Taj Mahal, tinggalkan sepatah kata kepada mana-mana anggota pasukan supaya semua sedia maklum dan dapat bersedia. Para jurulatih,pegawai dan staff bantuan bergilir-gilir menjadi pengurus pasukan dek kerana terkejar-kejar dengan jadual perlumbaan yang padat. Saya mendengar sendiri keluhan dari jurulatih dan pegawai-pegawai lain selepas tamat perlumbaan hari itu dan pemergian Haji Ibrahim hanyalah diketahui setelah mereka pulang pada malam hari. Pendapat peribadi saya ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Alasan yang diberikan untuk menjaga pasukan paralimpik ke Taj Mahal adalah alasan yang tidak masuk akal ketika pasukan trek sedang berjuang di Velodrome untuk mendapatkan pingat. Haji Ibrahim perlu lebih peka yang mana lebih penting dan tidak. Pasukan paralimpik Malaysia mempunyai jurulatih,pembantu jurulatih dan atlit sempurna yang cukup untuk membantu rakan yang kurang sempurna dan alasan untuk membantu mereka adalah tidak dapat diterima.Sebagai pengurus pasukan, Haji Ibrahim sendiri tidak mengetahui acara atlet-atlet yang bertanding dan waktu perlumbaan mereka. Ini menunjukkan ketidak pekaan beliau terhadap tanggungjawab yang diberikan. Saya tidak mempunyai masalah peribadi dengan beliau dan saya menghormati beliau sebagai yang lebih tua, saya juga ada meminta maaf setelah pulang dari India tempoh hari sekiranya saya membuat kesilapan tetapi apabila kita masuk ke bab kerja ataupun ‘bisnes’, tiada lagi istilah suka-suka.Semua harus memberikan tumpuan penuh yang komited.Saya melihat bagaimana jurulatih saya sendiri dan pegawai lain bangkit awal ,bertungkus lumus dan seharian berada di Velodorme untuk membantu para pelumba.

Ketika semua pelumba merujuk kepada Haji Ibrahim berkaitan masalah dobi untuk pakaian sepanjang kejohanan, jawapan mudah yang diberikan adalah beliau tiada bajet dan pihak persatuan tidak mempunyai duit. Begitu juga ketika para atlit membuat aduan tentang makanan yang disediakan oleh pihak penganjur tidak bersesuaian dimana mereka menyediakan kari masala ketika breakfast,lunch dan dinner. Haji Ibrahim hanya berkata yang beliau tidak boleh membuat apa-apa kerana itu yang disediakan oleh pihak penganjur dan kita terpaksa makan, tetapi apabila pengurus pasukan hong kong atau china (jika tidak silap saya), mereka membuat aduan untuk ubahan menu makanan,terus pada keesokan harinya menu makanan diubah dan ditambah dengan masakan chinese food. Ini menunjukkan tiada usaha yang dilakukan oleh pengurus pasukan kita berbanding negara lain. Dalam erti kata lain kalah sebelum bertanding.

Para pembaca sekalian, tujuan utama saya ‘tweet’ ketika berlakunya insiden tersebut adalah pertama kerana terkejut dan marah dengan apa yang berlaku kerana masih tiada perubahan didalam pengurusan oleh pihak persatuan dan perkara ini tidak sepatutnya lagi berlaku kerana berbasikal adalah salah satu sukan teras yang menjadi harapan untuk membawa pulang pingat emas pertama di Sukan Olimpik. Semua orang dapat lihat, telah berlakunya perubahan drastik didalam pencapaian atlet berbasikal diperingkat negara dan antarabangsa tetapi busuknya apabila prestasi pentadbiran masih ditakuk yang kuno!.

Keduanya, ini adalah tanggungjawab saya sebagai salah seorang pelumba elit negara untuk memperbetulkan permasalahan ini dan menolong adik-adik dan generasi seterusnya supaya mereka tidak ditimpa dengan insiden yang sama lagi. Saya mengambil peluang menggunakan status saya sebagai public figure dan ikon sukan berbasikal negara untuk menyuarakan perkara ini agar menjadi perhatian pelbagai pihak dan isu ini dapat dikupas demi kemajuan sukan berbasikal Malaysia. Bayangkan jika yang menyuarakan isu ini adalah dari kalangan pelumba junior, adakah isu ini akan menjadi ‘big wave’ seperti apa yang berlaku sekarang ini?

Tidak perlu saya menceritakan segala keaiban yang berlaku di Kejohanan ACC tempoh hari ataupun pada kejohanan sebelum ini kerana ianya akan lari dari nawaitu sebenar. Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan akibatnya dan yang paling penting adalah iktibar dan pengajaran yang harus diambil untuk melakukan perubahan dan seterusnya dijadikan pengisian untuk masa hadapan.
Kepada sesetengah pihak, kita harus sedar yang kita sudah berada di era yang baru. Berita dapat disebarkan keseluruh dunia dalam beberapa saat sahaja dan yang paling penting kebenaran tidak dapat dikaburi. Kita semua tidak dapat menafikan kuasa ‘social media’ adalah diluar jangkaan kotak pemikiran manusia dimana dunia yang terbentang luas ini telah menjadi amat kecil.

Dengan meledaknya isu ini, saya berharap sekurang-kurangnya, mereka yang tidak ikhlas didalam arena berbasikal ini akan takut untuk melakukan kesalahan pada masa hadapan. Rakan-rakan sekalian, amanah adalah suatu tanggungjawab yang besar diatas muka bumi, sebagai seorang beragama islam, amanah haruslah dijaga kerana ianya dituntut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sabda beliau,
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya- (Riwayat At-Tabrani). Sebagai seorang atlit, amanah yang diberikan untuk berjuang menaikkan martabat sukan negara mestilah di turuti. Begitu juga dengan tanggungjawab dan amanah bagi pihak lain juga. Mungkin didunia kita dapat lari dari kesalahan tetapi ingatlah akan datangnya akhirat nanti.

Saya menyeru kepada semua pihak untuk bangkit menjadi lebih matang dalam menyelesaikan sesuatu isu. Ini bukan medan untuk menuding jari sesama sendiri. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari perkara yang telah berlaku dan yang paling penting adalah melakukan perubahan demi perubahan untuk kemajuan sukan lumba basikal negara.




Yang mengharapkan perubahan
AZIZULAWANG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...