Followers

Thursday, January 31, 2008

i made it!!




Ditahun pertama sebagai pelumba senior negara,aku telah diamanahkan oleh John a.k.a coach aku untuk menyertai acara individu sprint,team sprint dan keirin di Kejohanan Lumba Basikal Track Asia di Bangkok,Thailand..ianya adalah satu tanggungjawab yang amat besar untuk diri aku kerana kejohanan ini mempertaruhkan maruah negara dan bangsa dan secara peribadi mempertaruhkan agama..jepun menghantar barisan pelumba terhandal mereka a.k.a pelumba S1,iaitu pelumba barisan teratas@paling top..lumba basikal di jepun adalah amat popular dan mereka menjadikan lumba basikal sebagai pertaruhan seperti lumba kuda..Inoue Masaki dan Fushimi Toshiaki adalah pemenang pingat perak di Olimpik Athens 2004,menjadi pencabar kepadaku diacara keirin..China menghantar barisan pelumba skuad Olimpik mereka yang memang tidak asing lagi dikancah lumba basikal..rentak kayuhan mereka semakin meningkat bagus setelah secara rasmi menjadi tuan rumah Olimpik yang akan datang..tidak ketinggalan juga dengan Korea dimana juga menghantar barisan pelumba terkuat mereka diketuai oleh Kang Don Jing,pemenang pingat emas acara keirin di Sukan Asia Doha,Qatar..boleh dikatakan semua negara yang mengambil bahagian menghantar pelumba terkuat+performance tiptop kerana kejohanan ini amat penting tambahan pula untuk mengutip mata@point untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik..
Disesi kelayakan masa utk acara sprint aku memecah rekod peribadi iaitu 10.610saat memadam rekod lame 10.710saat..malangnya aku tewas dipusingan pertama dengan pelumba dari China kerana teknik yang salah+hilang keyakinan..tak tau knaper..aku mendapat tempat ke-5 dalam acara sprint..acara team sprint pula aku bersama rakan sepasukan mencatat masa ke-3 terpantas tetapi kalah di final dengan Iran kerana kesilapan dari rakan sepasukan diawal permulaan..pulang hampa dengan pingat besi@ke-4..acara keirin,aku kalah di saingan..josiah pula menang bagi saingan dan trus ke pusingan ke2..aku masuk ke pusingan repecharge,dimana pelumba yang memenangi saingan ini dapat ke pusingan ke2..aku menangJ..aku dan josiah berjaya di pusingan ke2@semifinal..dan di final kesemua pelumba adalah handalan..dari Japan,Inoue Masaki dan Fushimi Toshiaki yang memang menepati ramalan akan ke final..Korea,Kang Don Jin..Iran,Mahmood Parash..dan Malaysia,Josiah Ng dan Azizulhasni..
Aku pelumba paling kecil+cilik+muda amat+tidak dipandang langsung..kesemua mata2 tidak tertumpu kepadaku..tapi aku yakin dan aku tetap dihatiku,aku mesti melakukan sesuatu..mesti membawa pulang medal..pelumbaan yang amat sengit ini menjadi titik permulaan untuk aku melangkah jauh lagi di arena lumba basikal setelah aku memenanginya dengan memotong di selekoh terakhir..semua mata tergamam melihat kancil memotong ferari dan lamborghini..pelumba japan tidak percaya akan kekalahan mereka kepadaku,reaksi membaling helmet ke lantai menjelaskan semua ini..mereka malu kerana acara tradisi mereka tumpas dikaki seorang rider cilik bergelar POCKETROCKET

2 comments:

JuS said...

"Aku pelumba paling kecil+cilik+muda amat+tidak dipandang langsung"

Kecik2 pun kalau hebat memang sure dipandang punye! Best of luck for your incoming competition!

FYI, I'm a sabahan. Kalau tersilap cakap semenanjung minta maap je la ye=P

Unknown said...

i`m new in diz cycling world...n glad to hear n watch ur victory... tahniah dan syabas diucapkan ye...semoga smkin berjaya n keep it up dude! best of luck 4 u!! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...