JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang mendapat suntikan semangat baru apabila dikhabarkan isterinya hamil anak pertama mereka.
Azizul yang ditemui ketika majlis penajaan anggota Team Visadi ke Sukan Olimpik London di Dunc Gray Velodrome, kelmarin berkata, dia menerima khabar itu dengan gembira dan menganggapnya sebagai rezeki.
“Semangat saya meraih kejayaan di Olimpik semakin membara. Ia satu hadiah buat saya.
“Memang ramai tidak tahu perkara ini kecuali keluarga terdekat,” katanya.
Terdahulu Azizul menerima kemeja Team Visa sebagai simbolik penajaan daripada Pengarah Perhubungan Korporat Visa bagi Asia Tenggara, India dan Bangladesh, Gary Hamilton-Walker.
“Saya berterima kasih kepada Visa yang sudi memilih saya sebagai anggota Team Visa bersama Michael Phelps dan Yelena Isinbayeva.
“Mereka juga turut menyokong saya dalam sukan ini demi mencapai pingat emas pertama buat Malaysia. Saya akan berusaha melakukan yang terbaik,” kata Azizul.
Walker pula dalam ucapannya berkata, pihaknya memilih Azizul atas beberapa kriteria.
“Kami memilih Azizul kerana perjalanan yang ditempuhinya untuk ke Olimpik, pencapaian peribadi, keazaman dalam sukan serta pembabitan aktif dalam komuniti.
“Paling penting dia memberi inspirasi kepada jutaan rakyat Malaysia,” katanya.
Oleh Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@hmetro.com.my
Azizul yang ditemui ketika majlis penajaan anggota Team Visadi ke Sukan Olimpik London di Dunc Gray Velodrome, kelmarin berkata, dia menerima khabar itu dengan gembira dan menganggapnya sebagai rezeki.
“Semangat saya meraih kejayaan di Olimpik semakin membara. Ia satu hadiah buat saya.
“Memang ramai tidak tahu perkara ini kecuali keluarga terdekat,” katanya.
Terdahulu Azizul menerima kemeja Team Visa sebagai simbolik penajaan daripada Pengarah Perhubungan Korporat Visa bagi Asia Tenggara, India dan Bangladesh, Gary Hamilton-Walker.
“Saya berterima kasih kepada Visa yang sudi memilih saya sebagai anggota Team Visa bersama Michael Phelps dan Yelena Isinbayeva.
“Mereka juga turut menyokong saya dalam sukan ini demi mencapai pingat emas pertama buat Malaysia. Saya akan berusaha melakukan yang terbaik,” kata Azizul.
Walker pula dalam ucapannya berkata, pihaknya memilih Azizul atas beberapa kriteria.
“Paling penting dia memberi inspirasi kepada jutaan rakyat Malaysia,” katanya.
Oleh Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@hmetro.com.my
1 comment:
all the best, pocketrocket man.
tahniah. . .
Post a Comment