Followers

Friday, June 8, 2012

Harapan baru Olimpik


John Beasley
John Beasley
ATLET lumba basikal Malaysia terpaksa berdepan dengan masalah infrastruktur dan minat mendalam rakyatnya terhadap bola sepak dan badminton tetapi jurulatih, John Beasley percaya beliau mempunyai pasukan yang mampu menyumbang pingat emas pertama di Olimpik.
Atlet berbasikal mempunyai dua velodrom pilihan untuk mengasah kemahiran mereka di negara ini.
   
  • FotoAzizulhasni
  • FotoFatehah
  • FotoJosiah
Satu daripadanya adalah sebuah velodrom yang dibina khusus untuk Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur dan satu lagi terletak di Ipoh yang sering ditakungi air setiap kali hujan.

Meskipun berdepan isu infrastruktur, Beasley, warga Australia yang mengendalikan program elit negara ini berkata pasukannya mampu mencabar atlet terbaik dari Barat untuk sukan Olimpik London.

“Saya yakin,” kata jurulatih berusia 50 tahun itu ketika menyaksikan tiga atlet harapannya ke Olimpik berlatih di velodrom di tenggara Melbourne.

“Kami perlu mendapatkannya tetapi saya berharap paling teruk, kami akan meraih pingat dalam acara keirin dan lebih baik jika kami memenanginya.

“Kami tidak gentar berlumba menentang Chris Hoy atau sesiapa saja.”

Pelumba bertubuh kecil yang memenangi pingat perak dunia, Azizulhasni Awang yang digelar ‘Pocket Rocketman’ kerana tenaga yang dimilikinya meskipun berketinggian lima kaki tujuh inci, mengetuai skuad Malaysia yang kecil tetapi berbisa beraksi di velodrom London di mana bintang Britain, Hoy bakal mempertahankan gelaran keirin.

Azizul akan menentang Olimpian dua kali dan juga juara Sukan Komanwel, Josiah Ng untuk menjadi pelumba tunggal negara beraksi dalam acara pecut individu dan keirin manakala Fatehah Mustapa yang semakin meningkat dijangka menjadi atlet wanita Malaysia pertama bertanding dalam acara lumba basikal trek Olimpik, juga dalam acara keirin.

Josiah, pelumba berusia 32 tahun yang dibesarkan di California, membuka lembaran baru buat negara apabila mara ke final acara keirin dalam Sukan Olimpik Athens 2004.

“Ia mungkin pertama kali semua orang di Malaysia membuka mata dan berkata;
“Siapa lelaki ini? Sukan apakah ini? Oh, ia bukan badminton! Wow!” kata Josiah, yang seperti Azizul mengekal�kan bentuk tubuh mereka dalam usaha meraih kejayaan antarabangsa.

Di bawah kendalian Beaslay, yang menyertai pasukan itu pada 2006 sebagai jurulatih Josiah selepas berjaya membawa atlet Australia ke podium Olimpik, mengubah pelumba terbaik negara daripada atlet belasahan kepada jaguh di trek.

Bola sepak kekal menjadi minat rakyat negara ini manakala badminton menjadi satu-satunya sukan yang mampu meraih pingat Olimpik tetapi lumba basikal meraih pencapaian lebih baik di peringkat antarabangsa.

Pelumba pecut, Rizal Tisin meraih pingat gangsa dalam acara ujian masa individu pada Kejohanan Dunia 2009 di Pruzskow, Poland untuk meletakkan Malaysia di mata dunia sebelum Azizul, 21, mengejutkan dengan mengasak pelumba pecut Perancis, Gregory Bauge dalam sai�ngan final acara pecut.

Kejayaan itu menarik perhatian pentadbir sukan dan penaja tempatan untuk menyokong kempen pasukan itu ke London dan memberi peluang kepada Beasley mempersiapkan anak buahnya di Melbourne yang dilengkapi kemudahan dan teknologi bertaraf dunia.

Beasley membimbing 11 pelumba Malaysia termasuk beberapa pelumba remaja berbakat yang dipilih untuk Sukan Olimpik berikutnya yang akan diadakan di Rio de Janeiro 2016.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...