Nabi Adam a.s diberi teman hidup
Setelah puas berjalan sambil menikmati buah-buahan syurga dan semua makanan syurga yang lazat, Nabi Adam a.s lalu berbaring di bawah sepohon kayu, tiba-tiba Nabi Adam a.s terlihat dua ekor burung syurga sedang berkasih-kasihan diatas dahan pokok sehingga menimbulkan perasaan itu dalam hatinya untuk hidup berteman seperti burung itu.Lalu sambil mengenangkan nasibnya, Nabi Adam a.s terlena.
Setelah terjaga,Nabi Adam a.s mendapati seorang perempuan muda yang sangat jelita disebelahnya.Beliau kaget,takjub serta gembira melihat kehadiran seorang perempuan muda dan jelita.Lalu beliau bertanya “Kamu ni siapa?” jawap perempuan itu “Saya adalah Hawa (ertinya Yang dicipta dari sesuatu yang hidup iaitu diri Nabi Adam a.s sendiri)”.
Setelah itu Allah SWT menceritakan kepada Nabi Adam a.s bahawa perempuan itu dijadikan daripada rusuk kiri yang paling bawah sekali ketika beliau sedang tidur tadi.
Cinta mula bersemi di hati Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
Setelah Nabi Adam merenung Siti Hawa,tiba-tiba bertunas didalam hatinya perasaan cinta yang membara dan bergejolak begitu juga dengan Siti Hawa.Ini semua kerana Allah SWT memperlihatkan tanda kebesaranNYA sebagaimana firmanNYA didalam Al Quran surah Ar Rum ayat 12
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah Dia (Allah SWT) mencipta untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya.Dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih sayang.Dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang suka berfikir”.
Hiduplah bersenang-senanglah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa didalam syurga dan menikmati semahu-mahunya semua kemudahan,buahan,makanan,daging dan sebagainya.Tetapi mereka hanya ditegah satu perkara iaitu tidak dibenarkan untuk menghampiri sejenis tumbuhan, apa lagi memakannnya.Hal ini diceritakan dalam Al Quran surah Al A’raf ayat 19
“Wahai Adam! Tinggalkanlah kamu disyurga ini bersama-sama isterimu. Dan makanlah kamu berdua(buah-buahan) dimana sahaja kamu berdua sukai.Tapi janganlah kamu berdua mendekati pokok ini,nanti kamu akan termasuk kedalam golongan orang-orang zalim”.
Iblis la’natullah yang berada dibumi mengetahui tentang perkara tersebut dan berazam ingin memperdayakan kedua-dua insan musuhnya itu supaya mereka menderhakai Allah dengan memakan buah kayu itu.
Tapi bagaimana caranya?
Iblis berazam menyingkirkan Adam dan Hawa dari syurga
Iblis la’natullah adalah satu makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat cerdik.Sebelum menderhakai Allah SWT, namanya adalah Azazil.Rupanya sangat elok dan tidak ada tempat dibumi ini tidak pernah kena jejak kakinya.Mengikut riwayat,tiada sejengkal bumi pun yang tidak kena sujud dahi Azazil.Dikatakan ia bersujud kepada Allah SWT dibumi selama 70,000 tahun sebelum Nabi Adam a.s diciptakan.
Lalu naiklah ia ke langit dan duduk dipintu syurga dengan menyamar sebagai seorang tua sambil menangis tersedu-sedu.Tangisan itu didengari oleh seluruh penduduk syurga.Tiba-tiba burung merak yang bermain-main berhampiran pintu itu lantas bertanya “Kenapakan pakcik menangis ni,apa yang telah terjadi?”
Iblis menyatakan beliau sedih kerada ada orang akan keluar dari syurga dan dia ingin mengajarkan beberapa doa kepada orang itu yang akan menyelamatkan dari dihalau dari syurga, itulah belit si iblis
Namun iblis gagal dalam memujuk si merak untuk membuka pintu syurga tersebut kerana si merak memberitahu bahawa kunci pintu syurga dipegang oleh malaikat.Namun iblis tetap memujuknya untuk mengajarkan doa itu kepada ahli syurga yang akan diusir itu.
Lalu berjalanlah si merak mencari orang yang memegang kunci pintu syurga.Bertemulah dengan si ular dipertengahan jalan.Lalu diceritakan tentang hal tersebut kepada si ular ini dan mereka berdua pun lantas ke pintu syurga berjumpa dengan si tua.Si ular pun menjengukkan kepalanya keluar melalui pintu syurga itu lalu iblis yang melihatnya lantas berpura-pura untuk mengajar doa berkhasiat tiga perkara itu tapi katanya bayaran perlu dibalas iaitu ular mesti berusaha membawanya kedalam syurga.
Namun ular tetap enggan, katanya selagi Nabi Adam a.s didalam syurga,pintu itu tidak dapat dibuka.Setelah merasa peluang untuk memujuk dan untuk memasuki syurga amat tipis lalu melompatlah iblis kedalam mulut si ular ketika ia bercakap-cakap.Digerakkan ular berjalan menuju ke arah tengah syurga.Diarahnya untuk mendekati Pokok Khuldi,iaitu pokok yang iblis sendiri menamakannya dengan Khuldi(kekal) yang Allah SWT melarang Nabi Adam dan Siti Hawa mendekatinya.
Siti Hawa kalah pada pujuk rayu iblis
Siti Hawa pun menujulah ke arah pohon itu kerana terdengar akan suara orang menangis.Lalu bertanyalah Siti Hawa “Tuan ini siapa dan kenapa tuan menangis ini?”
Jawab iblis, “Saya adalah malaikat dan saya menangis kerasa saya sungguh sedih kerana suami puan,Adam akan diusir dari syurga kecuali jika anda berdua memakan buah dari pohon Khuldi ini” pujuk iblis menjalankan fitnahnya.
Setelah dipujuk oleh iblis lantas Siti Hawa mengambil tiga biji buah larangan itu lalu dimakannya sebiji dan diberi kepada suaminya dua biji.Tapi Adam a.s enggan memakannya.Mengikut cerita ,setelah Siti Hawa puas memujuknya nabi Adam a.s tetap tidak mahu memakannya,lalu Siti Hawa mencari sejenis air pelupa lalu diberikan kepada suaminya.Apabila Nabi Adam a.s meminumnya,ia jadi lupa terhadap perjanjiannya dengan Allah supaya jangan menghampiri pokok itu dan memakan buahnya.
Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dibuang ke dunia
Ketika buah itu masuk hingga ke batas halkum,Malaikat Jibrail a.s mencekik leher Nabi Adam a.s tepat pada tengah-tengah lehernya lalu melekat di situ (inilah yang menyebabkan semua lelaki mempunyai halkum dilehernya) dan hilanglah segala kebesaran dan kemuliaan Adam a.s dan Siti Hawa.Pakaian mereka berdua hilang lesap menyebabkan mereka bertelanjang dan saling memandang aurat masing-masing.
Bergegaslah Nabi Adam a.s mengambil daun kayu syurga untuk menutup auratnya dan aurat isterinya kerana terlalu malu.Perasaan berdosa menyelinap masuk kedalam diri kedua-dua insan tersebut.Kemudian perlahan-lahan menitis air mata menikam bumi.Semakin deras dan akhirnya mereka sujud memohon ampun dengan esak sambil menyatakan penyesalan mereka.Buat masa sekarang (ketika masih berada didalam syurga) Allah SWT sesekali tidak mahu mendengar rayuan mereka,Ia mahu menghukum keduanya terlebih dahulu sebelum mengampuninya.
Turunlah Nabi Adam a.s dan isterinya ke bumi dengan menaiki sejenis kenderaan berenjin daripada cahaya.Ketika keduanya ditempatkan pada kawasan yang berasingan di bumi mulalah keduanya mencari regu masing-masing.
Dapatkah Nabi Adam a.s bertemu dengan Siti Hawa?Dimanakah Nabi Adam a.s diturunkan?
Ikuti sambungannya
No comments:
Post a Comment