Followers

Showing posts with label show. Show all posts
Showing posts with label show. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Perhatian!!!

kepada semua rakan-rakan dan taulan..

tak kira dimana anda berada...

tak kira jauh ataupun dekat..

tak kira hitam atau putih..

tak kira timur,barat,selatan mahupun utara

tak kiralah ape yang tak kiralahhh!!!

tahun ni nak dapat kad raya banyak-banyak dari korang sume

boleh tak???? huhuhuhu

buktikan yang anda semua adalah budiman...


TRIMASSSS...

Sunday, September 20, 2009

Rindu Azizul terubat

Rindu Azizul terubat

Oleh AIDA ADILAH MAT
aida@hmetro.com.my
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia." title="BERSERI-SERI...Azizul dan Tya bergambar bersama untuk
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia." width="300" border="0" height="262">
BERSERI-SERI...Azizul dan Tya bergambar bersama untuk
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia.
GEMA takbir di pagi 1 Syawal pasti menyentuh jiwa setiap insan yang mendengarnya terutama apabila terpaksa berada di perantauan dan berjauhan daripada keluarga tersayang.

Andai diturutkan rasa hati, kegembiraan di hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa pastinya harus dirai bersama keluarga, namun kerana tuntutan kerja, ia harus diketepikan.

Itulah dirasai pelumba negara, Azizulhasni Awang yang terpaksa beraya di pangkalan latihan kem basikal negara di Melbourne buat kali kedua.

Hatinya pasti tersentuh tatkala terkenang mencium tangan kedua ibu bapa, perkara wajib yang dilakukan setiap pagi 1 Syawal. Apabila mengingati detik itu, kesedihan pasti meruntun jiwa.

Namun, Syawal kali ini sedikit menceriakan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia dalam acara pecut 200 meter itu apabila dapat beraya bersama insan tersayang, Athiah Ilyana Abdul Samat (Tya), serta ramai rakan seperjuangan yang lain.

“Jika tahun lalu hanya saya, Fatehah (Mustapa), Junaidi (Mohd Nasir) dan (Mohd) Edrus (Md Yunus) tapi tahun ini lebih meriah. Ada pelumba endurance bersama kami kali ini.

“Kehadiran Tya sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan saya terhadap keluarga sekurang-kurangnya ada teman saya di sini biarpun pasti kedua-dua kami tidak dapat menahan rasa rindu terhadap keluarga masing-masing,” katanya.

Azizul berkata, dia memulakan pagi 1 Syawal tahun lalu dengan berkumpul bersama rakan sepasukan di gimnasium kem latihan pasukan sebelum bergerak menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di Malaysia Hall bersama rakyat Malaysia yang lain.

“Tahun ini jadualnya pasti sama, pagi raya kami akan ke gimnasium dan kemudian bersembahyang raya.

“Tahun lalu, jurulatih John Beasley bersama isterinya membawa kami melawat zoo sebelum kembali berlatih pada sebelah petang tapi tahun ini saya harap dapatlah kami cuti, maklumlah ramai atlit di Melbourne, jadi dapatlah kami beraya,” katanya yang gemar makan lemang.

Jika berbicara mengenai suasana, anak muda kelahiran Dungun itu berkata, pengertian raya pada dirinya sama saja seperti rakan seagama kerana umat Islam akan meraikan hari kemenangan.

Begitu juga suasana di Melbourne, biarpun tidak sama dengan Malaysia namun auranya tetap dirasai.

Mengulas mengenai persediaannya tahun hadapan, Azizul yang turut melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan sukan di Universiti Deakin, Melbourne, berkata, dia perlu bijak menyusun jadual latihannya dan pelajaran.

Menurutnya, tahun hadapan detik paling sibuk baginya kerana perlu memberi tumpuan terhadap dua kejohanan utama iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia.







Wednesday, September 16, 2009

Azizulhasni perlu bijak

Azizulhasni perlu bijak

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
MENYEDARI bakal melalui laluan yang penuh berliku tahun hadapan, pelumba harapan negara, Azizulhasni Awang perlu bijak merencana strategi terbaik ketika berdepan lawan.

Antara Sukan Komanwel, Sukan Asia mahupun Kejohanan Dunia, semua temasya itu penting buat pelumba kelahiran Terengganu itu untuk membawa nama negara di pentas antarabangsa.

Biarpun sukar untuk menyerlah di setiap kejohanan disertainya, Azizul tetap yakin mampu memberikan yang terbaik untuk mendominasi acara kegemarannya, keirin dan juga pecut.

“Tahun depan memang sibuk dan mencabar. Kedua-dua temasya sukan itu, baik Komanwel mahupun Asia sangat penting untuk saya. Saya mahukan pingat di kedua-dua kejohanan berkenaan terutamanya Sukan Asia.

“Siri Kejohanan Dunia juga penting kepada saya untuk menjadi kayu pengukur kepada kemampuan saya dan saya harap keputusan itu nanti lebih baik berbanding tahun lalu,” katanya yang meraih pingat perak dalam acara pecut 200m dalam saingan kemuncak Kejohanan Dunia, Mac lalu.

Azizul berkata, lima siri Kejohanan Dunia yang akan berlangsung tahun depan mungkin menjadi tempat terbaik menebus kekecewaannya muncul sebagai kuasa dunia dengan menyarung jersi pelangi dalam acara keirin.

Katanya, jersi pelangi adalah jersi yang menjadi impian setiap atlit yang bergelar pelumba basikal justeru selagi belum menjadikannya kenyataan, dia akan tetap terus berusaha.

Menyingkap akan peluang, Azizul tetap optimis kerana pada setiap kejohanan peluang untuk menang sentiasa terbuka namun saingannya sentiasa sukar untuk dijangka.

Apapun kejayaan harus di kejar biarpun sudah sedia maklum setiap kejohanan mewujudkan persaingan dan suasana yang berbeza dan namun perlu dihadapi dengan tenang.

“Senang cerita memang susah kerana bagi saya tiada istilah perlumbaan atau pertandingan yang senang,” katanya.

Siri Kejohanan Dunia akan bermula di Manchester 30 Oktober ini, Melbourne (19-21 November), Cali, Colombia (10-12 Disember), Beijing (22-24 Januari) dan Copenhagen, Denmark (22-24 Mac).

APEEE???TELUR KEMBAQ???


waaaa...manyak ong wooo ini hali..suma wa punye telur oo..satu kotak ooo..suma die punya kuning warna..kembar ooo..wa manyak hairan..bukan satu dua bijik..tapi satu kotak telur..semua sama ooo...

macam mana ini boleh terjadi aaaa?? waa beli pisang pon dapat pisang kembar ooo?? bukan itu saja.. ada lagi ooo.. wa ambik wa punye mangga..bukan mangga pintu tapi itu buah itu..wa tgk pon kembar juga ooo...waaaaa...

wa sgt terkagum ini hali..

SUBHANALLAH

besday mamat

15hb September adalah sambutan birthday berlangsung lagi di Parkville...kali ni dah kali ke brape dahh..meriah tol Parkville..asyik sambut birthday jer..kali ni birthday Mamat lak atau name dalam lesen motor die Mohd Harrif Salleh...orang kampung aku..ganu kiter dan berlumba since junior ngan beliau..

birthday mamat ni tidak meriah dengan kek dan nyanyian 'Allah selamatkn kamu' jer..malah disusuli juga dengan acara melontar telur oleh para2 perserta lontar telur dari negara pasir berdengung...suma dok baliq teloq kat mamat nih..kesian lak aku tgk..nak muntah die..kesian tak kesian..birthday punye pasal lalu aku paling last skali keluarkan senjata sulit aku, gingseng dan akar kayu yang dah berkulat lalu di jadikan songkok kat mamat ni..

sambutan juga dimeriahkan dengan acara mengejar adik sampai ke tengah padang memalam buta..dan juga kejar semua orang dalam rumah sampai ade yang nyorok dalam loker..huahua



muke serius tiup lilin

amik ko!!songkok khas + telur mentah as juadah birthday si mamat


papepon we all tetap enjoy..(adiq je muke sedih skit)...huahua..satu..dua..tiga..tunjuk gigi!!


sesi dalam rumah lak after dah puas baling telur+kejar mengejar..kek pon dah licin..badan pon dah penat..tido time..

Saturday, June 6, 2009

pieces of ME

Hello all..its been a long time..i haven't updated my blog..so here are the pictures when i was in Malaysia...i was so busy and hectic ..
Next week,im going to enroll in UNI..cant wait to be a student back...because i realized, knowledge is really important to generate something.
.if someone without 'extra education' such a missing ..and i dont want to let myself fall into it...i want to be excellent ..no matter what i am....where am i...who i am..how i am..i took Chris Hoy as a good example..
"Hoy went to school at George Watson's College, an independent school in Edinburgh. He continued his studies at the University of St Andrews in 1996, before transferring to Moray House at the University of Edinburgh from where he graduated with a BSc (Hons) in Applied Sports Science in 1999. He was awarded an honorary doctorate from the University of Edinburgh in July 2005 and another from Heriot-Watt University in November 2005"

if he can....i think i can...everyone can...believe in urself..making urself excellent
In suppose,studying in abroad is such an honored to me..because i found that the way the lectures are totally different..where student basically been thought to speak out in the class especially during tutorial..and now..i used to speak english quite often definitely to improve it..
thanks all...pray for me...

Knowledge is Vital...!!
I hope i can finish my studies until PHD...amin!

Regards,
Azizulhasni




with Aznil Haji Nawawi ,Pagi Di Era



Malaysia Book of Record -1st Malaysian won Silver in Worldchampionship




RTM..live talk show

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...