Followers

Sunday, September 20, 2009

Rindu Azizul terubat

Rindu Azizul terubat

Oleh AIDA ADILAH MAT
aida@hmetro.com.my
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia." title="BERSERI-SERI...Azizul dan Tya bergambar bersama untuk
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia." width="300" border="0" height="262">
BERSERI-SERI...Azizul dan Tya bergambar bersama untuk
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia.
GEMA takbir di pagi 1 Syawal pasti menyentuh jiwa setiap insan yang mendengarnya terutama apabila terpaksa berada di perantauan dan berjauhan daripada keluarga tersayang.

Andai diturutkan rasa hati, kegembiraan di hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa pastinya harus dirai bersama keluarga, namun kerana tuntutan kerja, ia harus diketepikan.

Itulah dirasai pelumba negara, Azizulhasni Awang yang terpaksa beraya di pangkalan latihan kem basikal negara di Melbourne buat kali kedua.

Hatinya pasti tersentuh tatkala terkenang mencium tangan kedua ibu bapa, perkara wajib yang dilakukan setiap pagi 1 Syawal. Apabila mengingati detik itu, kesedihan pasti meruntun jiwa.

Namun, Syawal kali ini sedikit menceriakan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia dalam acara pecut 200 meter itu apabila dapat beraya bersama insan tersayang, Athiah Ilyana Abdul Samat (Tya), serta ramai rakan seperjuangan yang lain.

“Jika tahun lalu hanya saya, Fatehah (Mustapa), Junaidi (Mohd Nasir) dan (Mohd) Edrus (Md Yunus) tapi tahun ini lebih meriah. Ada pelumba endurance bersama kami kali ini.

“Kehadiran Tya sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan saya terhadap keluarga sekurang-kurangnya ada teman saya di sini biarpun pasti kedua-dua kami tidak dapat menahan rasa rindu terhadap keluarga masing-masing,” katanya.

Azizul berkata, dia memulakan pagi 1 Syawal tahun lalu dengan berkumpul bersama rakan sepasukan di gimnasium kem latihan pasukan sebelum bergerak menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di Malaysia Hall bersama rakyat Malaysia yang lain.

“Tahun ini jadualnya pasti sama, pagi raya kami akan ke gimnasium dan kemudian bersembahyang raya.

“Tahun lalu, jurulatih John Beasley bersama isterinya membawa kami melawat zoo sebelum kembali berlatih pada sebelah petang tapi tahun ini saya harap dapatlah kami cuti, maklumlah ramai atlit di Melbourne, jadi dapatlah kami beraya,” katanya yang gemar makan lemang.

Jika berbicara mengenai suasana, anak muda kelahiran Dungun itu berkata, pengertian raya pada dirinya sama saja seperti rakan seagama kerana umat Islam akan meraikan hari kemenangan.

Begitu juga suasana di Melbourne, biarpun tidak sama dengan Malaysia namun auranya tetap dirasai.

Mengulas mengenai persediaannya tahun hadapan, Azizul yang turut melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan sukan di Universiti Deakin, Melbourne, berkata, dia perlu bijak menyusun jadual latihannya dan pelajaran.

Menurutnya, tahun hadapan detik paling sibuk baginya kerana perlu memberi tumpuan terhadap dua kejohanan utama iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...