Followers

Saturday, September 12, 2009

Tribute to Uncle Ramli

Ayah pernah tumbuk Ramli


Ramli Hashim

Bekas pelumba basikal itu kini terlantar kerana diserang diabetes

TIADA apa yang dapat menghalang Ramli Hashim daripada meneruskan kegiatan mengayuh basikal yang menjadi kegilaannya itu, bahkan bangkangan ayahnya sendiri gagal melunturkan semangatnya daripada bergiat dalam sukan yang dicintai itu.

Sehinggakan penumbuk ayahnya yang hinggap di mukanya sebagai hukuman kedegilan Ramli, seakan mencabarnya untuk terus menggiatkan diri dalam lumba basikal, biarpun menyedari tidak mendapat restu daripada orang tuanya.


“Saya pernah kena tumbuk oleh ayah kerana memintanya membeli basikal lumba. Saya ingat lagi masa itu waktu makan, apa lagi selepas mendengar permintaan saya, dia mengangkat mangkuk dengan kuah panas dan menjirus ke atas kepala saya,” kata bekas pelumba berusia 63 yang ditemui di kediamannya di Selayang.


Kebimbangan ayah Ramli sebenarnya berasas kerana abang Ramli menemui ajalnya di padang bola sepak.

Namun semua itu gagal membunuh keazaman Ramli kerana akhirnya berjaya memiliki basikal yang diidamkan, sungguhpun ayahnya tidak pernah sekali pun membeli basikal sukan yang dimintanya sejak sekian lama.

“Ketika itu, saya sering singgah di Clementi (Singapura), kawasan yang terkenal dengan kegiatan berlumba. Seorang kawan saya nak jual basikalnya dengan harga RM230 tetapi masa tu saya hanya mempunyai RM80 saja.


“Ayah memberi saya RM60, duit saya masih tidak mencukupi lalu saya beralih minat kepada bermain gitar. Baru dua hari selepas itu, kawan saya memanggil saya, bertanyakan jumlah wang yang ada dan menyuruh saya membayar bakinya secara ansuran,” katanya.

Dengan basikal itu bermulalah kerjayanya dalam lumba basikal dengan penyertaannya dalam Sukan Seap 1973, tiga bulan selepas menceburi sukan itu yang menyaksikannya merangkul tiga pingat perak, dalam 1,600 meter ujian masa, 800m dan 400m lepas beramai-ramai.

Kini, kerjaya gemilang Ramli tinggal kenangan buatnya dengan dia kini menghabiskan usianya di rumah berikutan penyakit diabetes yang dihidapinya lapan tahun lalu yang menyaksikan dirinya terpaksa melupakan kegilaannya, mengayuh basikal.

“Saya mula menghidapi penyakit ini lapan tahun lalu, setahun selepas menjalankan ibadah haji. Saya kini menyara diri dengan mengharapkan wang pencen saja,” katanya merujuk pekerjaannya sebelum ini sebagai pegawai Majlis Sukan Negara.

Syarikat dan individu yang prihatin boleh menderma menerusi akaun Yakeb untuk kempen 1Ringgit 1Malaysia, 564847005696 (Maybank) atau disalurkan menerusi SMS dengan menaip YAKEB1, YAKEB2, YAKEB5 atau YAKEB10 (RM1, RM2, RM5, RM10) ke 33898.

Kisah Rosli boleh dilihat menerusi program Bersamamu-Wira Sukan, Anda Tetap Di Hati di TV3 malam ini.


1 comment:

Adib Rockzz said...

berkobar-kobar ble tgk bersamamu aritu...
akan ku jadikan iktibar untul terus berusaha...
huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...