Followers

Saturday, September 12, 2009

news of my ranking from Utusan Malaysia

Azizulhasni kini No. 2 dunia

KUALA LUMPUR - Ketika seorang pelumba trek negara dikritik hebat kerana prestasi buruk dan terbabit dengan pengambilan dadah terlarang, Azizulhasni Awang dan tiga lagi rakannya terus mencuri tumpuan.

Kejayaan pelumba berasal dari Terengganu itu menjuarai acara 200 meter pecut pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Kalimantan bulan lalu meletakkannya kini sebagai pelumba pecut ranking No. 2 di dunia.

Dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Azizulhasni, 22, berada di belakang pelumba ranking No. 1 dunia, Kevin Sireau dari Perancis.

Bagaimanapun berbanding Sireau yang mengutip 310 mata daripada tiga kejohanan yang disertainya, Azizulhasni hanya baru menyertai satu kejohanan sahaja iaitu ACC berjaya mengutip 170 mata.

Berada di bawah Sireau dan Azizulhasni adalah pelumba-pelumba seperti Leonardo Narvaez Romero (Colombia), Atsushi Shibasaki (Jepun), Maximilian Levy (Jerman), Sebastian Doehrer (Jerman), Jason Kenny (Britain), Tobias Watcher (Jerman) dan Kazunari Watanabe (Jepun).

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Hafiz Sufian berada pada ranking ke-34 dunia dengan 30 mata.

Namun pada ranking keirin dunia, kedudukan Hafiz (136 mata) lebih baik apabila berada di tangga ketujuh dunia hasil kejayaan muncul naib juara di ACC lalu.

Azizulhasni pula sekadar berada di ranking ke-14 dunia. Ranking No.1 dunia kini milik Levy yang memungut 358 mata.

Dalam ranking pecut berpasukan, tiga pelumba negara menguasai ranking kedua dunia iaitu Azizulhasni, Muhammad Edrus Md. Yunos dan Rizal Tisin.

Mereka mengumpul 85 mata sama juga hasil kejayaan muncul juara di ACC lalu. Ranking No. 1 dunia adalah milik pelumba Poland, Maciej Bielecki yang memungut 92 mata.

Dalam ranking 1km ujian masa, Rizal berada di ranking ke-6 dunia di belakang Han Tao (China), Jimmy Watkins (AS), Michaƫl D'Almeida (Perancis), Wong Kin Chung (Hong Kong) dan Tomas Babek (Republik Czech).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...