Followers

Friday, August 6, 2010

Azizul bangga nama dicadang untuk velodrom

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2010/08/06

AHMAD Shabery  (tengah) ditemani  Zolkples   (kiri) dan   Azizulhasni  menyempurnakan majlis pecah tanah Velodrom Mini di Dungun, semalam.
AHMAD Shabery (tengah) ditemani Zolkples (kiri) dan Azizulhasni menyempurnakan majlis pecah tanah Velodrom Mini di Dungun, semalam.
VELODROM Mini yang akan dibina di Kampung Balai Besar, Dungun, Terengganu bakal dinamakan sempena nama jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang andai atlit idola itu berjaya meraih pingat emas acara lumba basikal pada Sukan Olimpik 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata cadangan itu dibuat sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara itu yang juga anak jati Dungun kerana berjaya mengharumkan nama negara hingga ke pentas sukan dunia dalam acara lumba basikal.
“Ini adalah cadangan kita dan akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk dibincangkan,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Velodrom Mini di Dungun, semalam.
Hadir sama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni dan Nurul Fatehah Mustaffa.

Azizulhasni berkata, dia bangga dengan cadangan menamakan velodrom mini itu sempena namanya dan ia menjadi suntikan semangat.

“Ia menjadi pendorong kepada saya berlatih lebih tekun, sekali gus mencipta kejayaan pada Sukan Olimpik dua tahun lagi,” katanya.

Shabery berkata, selepas cadangan lokasi awal pembinaan velodrom itu mendapat bantahan penduduk, rakyat Terengganu akhirnya berpeluang memiliki prasarana sukan berkelas antarabangsa di daerah ini yang akan dibina di atas tapak seluas 12 hektar bernilai RM3 juta dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...