Followers

Friday, August 13, 2010

KISAH NABI ADAM A.S (Part 1)

Nabi Adam A.S diciptakan dari tiga jenis tanah

Pertama: Allah SWT memerintahkan Jibarail a.s supaya mengambil tanah kering yang seperti tembikar.
Kedua: Allah SWT memerintahkan Jibrail a.s mengambil tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam
Ketiga:Allah SWT memerintahkan Jibarail a.s supaya mengambil saripati tanah

Bumi enggan membenarkan Malaikat Jibarail a.s untuk mengambil tanah yang tiga jenis itu lalu Jibrail a.s menghadap Allah SWT mengadu kepadaNYA tentang keengganan bumi untuk menyerahkan sebahagian tanah (dirinya) kepada Jibrail a.s

Lalu Allah SWT mengarahkan Malaikat Mikail a.s untuk menggantikan tugas Jibarail a.s tersebut.Tetapi juga ditegah oleh bumi.Kemudian Malaikat Israfil a.s pula diperintahkan oleh Allah SWT namun berakhir dengan kegagalan jua.Akhirnya Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail a.s supaya turun mengambil segenggam setiap jenis satu tanah itu. Lalu malaikat Izrail a.s menghulurkan tangannya untuk mencekau ketiga-tiga jenis tanah itu lalu bumi menyergahnya seperti yang dilakukan kepada ketiga pembesar malaikat terdahulu.Tapi Izrail a.s keras dan teguh memegang perintah Allah SWT lalu diragutnya ketiga jenis tanah it uterus dibawa naik ke hadhirat Allah SWT.Dengan kejayaan itu,Allah SWT lalu member tugas kepadanya untuk mengambil nyawa setiap mahkluk yang hidup termasuk manusia dan dia diberi gelaran MALIKIL MAUT bererti ‘PENGUASA KEMATIAN’



Iblis disingkir dari bumi syurga


Lembaga Adam yang telah sempurna kejadiannya berdiri gagahnya didalam syurga walaupun tanpa roh.Ketika itu Allah SWT mengeluarkan perintahNYA kepada semua malaikat dilangit supaya sujud kepada lembaga manusia pertama itu.Sebagaimana Al-Quran menceritakan didalam surah Al-Baqarah ayat 34:
“Dan(ingatlah) ketika Kami (Allah SWT) berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu semua (kerana menghormati dan memuliakan) kepada (Nabi) Adam. Makan sujudlah (para malaikat) semua kecuali iblis. Ia enggan dan menyombong diri.Lalu termasuklah dia kedalam golongan orang-orang yang kafir”.

Mendengar jawapan iblis itu maka murkalah Allah SWT terhadap makhlukNYA yang bangsat itu.Kemudian Allah SWT menghalaunya meninggalkan bumi syurga.Tetapi sebelum melangkah keluar,iblis memohon kepada Allah SWT supaya diberi kepadanya umur yang panjang supaya dapat hidup hinggalah ke Hari Qiamat untuk membalas dendamnya terhadap Nabi Adam a.s.

Sebelum beredar dari syurga, iblis la’natullah terlebih dahulu berjalan menghampiri lembaga bapa manusia itu sambil mengelilinginya.Kerana sangat benci lalu iblis meludah ke perut Adam a.s dan ludahnya betul-betul melekat di tengah-tengah perut lembaga Adam a.s.Melihat itu,Malaikat Jibrail as. Dengan segera mencungkih buang air liur tersebut dengan cara menculik (dengan kukunya) tanah yang terkena ludahan tersebut lalu menyebabkan terjadinya pusat Adam a.s. Itulah sejarah terciptanya pusat manusia.

Setelah meludah lalu turunlah iblis dari syurga dan rupanya telah ditukar oleh Allah SWT dari rupa malaikat yang cantik indah kepada rupa iblis yang hodoh buruk.Setelah itu Allah SWT pun meniupkan rohNya kedalam lembaga manusia itu, dengan tiba-tiba hidup dan menjadilah seorang manusia yang sempurna seta berkemahuannya.

Mengikut cerita, tempoh untuk roh itu meresap keseluruh bahagian kepala Adam a.s sahaja mengambil masa 200 tahun baru sempurna resapannya.Namun Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.


Apakah Nabi Adam a.s sudah berbangsa.

Mungkin kita tertanya-tanya apakah Nabi Adam a.s juga mempunyai bangsa?
Mengikut hadith bahawa Nabi SAW menjelaskan bangsa Nabi Adam a.s..Baginda mengatakan empat orang nabi berbangsa Suryani.Mereka ialah Nabi Adam a.s, Nabi Syith a.s, Nabi Idris a.s, dan Nabi Nuh a.s..Manakal empat orang pula berbangsa Arab iaitu Nabi Hud a.s, Nabi Salih a.s, nabi Syuaib a.s dan Nabi kita Muhammad SAW.


Allah SWT mengurniakan Nabi Adam a.s ilmu yang luas

Untuk membuktikan kepada semua malaikat yang dahulunya mempersoalkan kewibawaan dan keunggulan manusia yang Dia mahu ciptakan itu, maka Allah SWT terlebih dahulu mengajar Adam a.s semua nama benda sehingga dikatakan Nabi Adam a.s mengetahui,mengenali dan mengingati nama-nama segala sesuatu kejadian Allah SWT yang wujud pada masa itu.


Rupa Nabi Adam a.s

Mengikut ulama-ulama tafsir, wajah Nabi Adam a.s amat kacak dan tampannya sebagaimana juga rupa semua nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain,mengikut ulama-ulama tafisr juga,terdapat sebelas orang nabi yang mempunyai wajah yang hamper serupa iaitu Nabi Adam a.s,Nabi Ishaq a.s,Nabi Ya’qub a.s,Nabi Yusuf a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Harun a.s dan Nabi Muhammad SAW.

Mengenai saiz bangunan tubuh Adam a.s terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa tinggi tubuh badan Adam a.s adalah 60hasta manakala lebarnya 7hasta.Ini menunjukan betapa besar dan tingginya bapa kita dahulu kalau dibandingkan dengan cucu cicitnya di abad ke-20 ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...