Followers
Sunday, September 28, 2008
Saturday, September 27, 2008
Saturday, September 20, 2008
Pocket Rocket Man - Jiwa muda Azizul-copy from XY BERITA HARIAN
Pocket Rocket Man - Jiwa muda Azizul
Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my
SELEPAS dinobat pemegang rekod Asia dalam beberapa siri kejohanan sukan lumba basikal sejak beberapa tahun lalu, nama Azizulhasni Awang, 20, semakin disebut sebagai atlit yang mampu memberikan saingan hebat kepada jaguh sedia ada. Keringat anak muda ini tentunya membawa imej Malaysia sebagai pencabar baru acara lumba basikal.
Bagi Azizul, beliau sendiri masih cuba menyesuaikan diri dengan transisi yang dilalui serta perhatian dan publisiti mendadak yang diterimanya.
Semuanya gara-gara satu demi satu kejayaan yang ditempa, antaranya meraih pingat emas dalam tiga acara iaitu keirin, 200 meter pecut individu dan satu kilometer ujian masa individu pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2006 di Kuala Lumpur. Azizul juga menjuarai acara keirin pada ACC 2007 di Bangkok, Thailand serta acara keirin dan 200 meter pecut individu ACC 2008 di Jepun, April lalu.
Pada Kejohanan Trek Sedunia di Manchester, United Kingdom (UK), Mac lalu, Azizul meraih tempat kelapan selain memecahkan rekod Asia serta mengatasi jaguh basikal dunia yang lain.
Sejak itu, tumpuan diberi kepada anak Terengganu ini, lebih-lebih lagi ketika beliau membawa cabaran negara di Sukan Olimpik Beijing 2008, baru-baru ini. Tidak cukup itu, Azizul diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dan mengepalai kontingen negara dalam acara perasmian temasya sukan itu.
Paling manis, walaupun tidak meraih pingat dalam penyertaan sulungnya di Sukan Olimpik, aksi yang dipamerkan Azizul dipuji ramai pihak. Anak muda ini dikatakan memberi saingan sengit kepada juara dunia, Chris Hoy dari Britain dalam acara pecut individu. Malah Hoy memberi pujian terhadap aksi yang ditunjukkan Azizul dalam temubual bersama media dari Britain.
Pujian yang diterima tentunya merangsang semangat pelumba ini. Azizul mahu mencipta kejayaan lebih bermakna dalam setiap kejohanan yang disertainya kelak. Ini termasuk merealisasikan impian gelaran juara Olimpik pada temasya sukan di London pada 2012.
“Impian beraksi dalam Olimpik sudah pun saya kecapi dan saya sudah pun memberikan yang terbaik. Kini, saya menetapkan misi untuk mengejar kejuaraan dalam Olimpik di London nanti,” katanya ketika ditemui XY - Ikon Lelaki, baru-baru ini.
Bercerita mengenai personaliti diri, Azizul mengatakan beliau seorang yang ramah dan mudah didekati. Ada saja jenaka yang dibuatnya setiap kali berbual.
“Tapi, pernah juga orang memberitahu saya, sebelum ini mereka fikirkan saya ini sombong dan tidak banyak bercakap, sehinggalah mereka sudah rapat dengan saya, barulah mereka tahu sifat saya yang sebenar.
“Mungkin kerana saya seorang atlit, jadi mereka sangka saya seorang yang serius.
“Waktu latihan, memang saya serius tapi apabila di luar waktu latihan, saya sebenarnya seorang yang gila-gila,” katanya.
Kata Azizul, karakter kelakarnya bermula sejak di bangku sekolah lagi. Beliau dikenali sebagai pelajar yang suka ‘memeriahkan’ suasana kelas. Tidak malu bercerita, Azizul mengakui ada masanya beliau didenda kerana kenakalannya.
Namun beliau tetap cemerlang dalam pelajaran. Kata Azizul, beliau pernah menerima tawaran dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetapi disebabkan minat mendalam dalam bidang sukan, beliau memilih meneruskan persekolahan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
“Mulanya, ibu agak kecewa dengan keputusan yang saya ambil kerana menganggap bidang sukan tidak dapat menjamin masa depan yang lebih baik namun selepas melihat kesungguhan yang saya tunjukkan, beliau sentiasa di belakang memberikan sokongan,” ujar Azizul.
XY - Ikon Lelaki berbual lebih lanjut dengan Azizulhasni Awang mengenai karier sukannya, sifat wanita yang dikaguminya serta perancangan masa depan.
Anda mempunyai potensi yang baik dalam bidang akademik namun memilih untuk serius dalam sukan basikal. Pernah timbul rasa terkilan kerana tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran sebelum bergiat aktif dalam bidang ini?
Saya tidak pernah kesal atau kecewa dengan keputusan yang saya buat. Ini kerana sejak dulu lagi saya sudah fikir masak-masak dan tidak akan menoleh ke belakang lagi. Saya hanya ingin teruskan dengan apa yang saya sedang lakukan. Biarpun saya tahu, dari segi akademik juga saya harus pergi lebih jauh tapi saya rasakan jiwa saya lebih sesuai dengan apa yang saya lakukan kini. Insya Allah saya akan menyambung pengajian selepas misi saya tercapai.
Melihat kepada prestasi membanggakan anda beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang meletakkan harapan tinggi pada anda untuk mengharumkan negara dalam kejohanan sukan bertaraf antarabangsa. Adakah anda rasa harapan yang diberikan ini membebankan?
Harapan rakyat Malaysia pada saya tidak membebankan bahkan menjadi pemangkin serta motivasi bagi saya supaya tidak mudah menyerah kalah, mudah putus asa dan akan sentiasa berjuang untuk tidak mengecewakan mereka semua. Semakin banyak sokongan, semakin berkobar-kobar semangat juang saya.
Nama anda sebagai seorang atlit pantas mendapat perhatian dalam arena sukan negara. Pernahkah anda terfikir untuk mengecapi semua ini pada usia yang muda seperti ini?
Sejak membabitkan diri dalam sukan ini, memang saya berharap untuk mencipta nama tapi saya tidak sangka pula ia datang seawal ini. Apa pun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan berdoa agar prestasi ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Apapun, saya berterima kasih kepada abang saya, Mohd Azrulhafidz yang memberi pendedahan awal kepada saya terhadap sukan berbasikal.
Sebagai atlit negara, anda pastinya mempunyai komitmen yang tinggi kepada latihan dan tidak dapat menjalani kehidupan biasa seperti remaja seusia yang lain. Bagaimana anda menghadapi keadaan ini?
Saya masih menjalani usia remaja seperti rakan lain cuma dari beberapa perkara, ia agak terbatas. Walau bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan semua ini demi memartabatkan maruah sukan negara. Saya juga rasa bersyukur menjalani kehidupan sebagai seorang atlit kerana sekurang-kurangnya apa yang saya lalui lebih positif dan saya terhindar dari gejala sosial yang semakin menular sekarang.
Melbourne ibarat rumah kedua anda sejak menjalani latihan di sana. Ceritakan rutin seharian anda ketika menjalani latihan di sana.
Kecuali hari minggu, waktu pagi dan petang pada hari biasa saya dan atlit lain akan menjalani latihan berbasikal di jalan raya ataupun trek serta latihan kecergasan di gimnasium.
Perancangan Azizul dalam karier sukan dalam tempoh sepuluh tahun selepas ini?
Apa yang saya sasarkan sekarang adalah untuk menyertai setiap kejohanan dunia bagi mengejar gelaran juara dunia di samping mempersiapkan diri bagi Sukan Asia dan Komanwel 2010, seterusnya Olimpik di London pada tahun 2012.
Pengalaman menyeronokkan bila bergelar atlit negara?
Selain berkenalan dengan ramai orang, saya turut berpeluang menjelajah ke pelbagai negara dan mempelajari sedikit sebanyak budaya, makanan dan seni bina yang menakjubkan.
Sejauh mana kehidupan sebagai seorang atlit merubah kehidupan anda?
Berbanding dulu, pergaulan saya semakin meluas, hidup lebih berdikari dan kemahiran berkomunikasi juga menjadi lebih baik. Selain itu, orang mula kenal siapa kita,
Jenis wanita yang menarik perhatian anda?
Saya tertarik kepada wanita yang peramah, berfikiran terbuka, mendengar kata, sabar, berwawasan dan pandai membawa diri.
Perangai wanita yang anda tidak mengerti?
Emosi yang tidak menentu. Sekejap okay sekejap tidak okay.
Apa pula perkara yang boleh memeningkan kepala anda?
Saya akan jadi pening bila pelbagai masalah datang pada suatu masa yang sama. Saya tidak suka dengan masalah. Jadi, bila ada masalah, saya akan melupakannya buat sementara waktu dan akan kembali menyelesaikannya bila sudah bersedia.
Dari segi penampilan, gaya bagaimana yang menjadi pilihan anda?
Saya gemarkan pelbagai jenis gaya tapi yang sering menjadi pilihan adalah yang kemas, bersih, ringkas dan menarik.
Di mana lokasi pilihan anda untuk membeli belah dan adakah anda mementingkan jenama?
Di Kuala Lumpur, saya biasanya akan membeli-belah di KLCC, Pavilion dan 1 Utama. Saya juga sering membeli-belah di bandar Melbourne memandangkan saya menjalani latihan di sana. Jenama pula tidak begitu penting bagi saya.
Nama : Azizulhasni Awang
Tarikh lahir : 5 Januari 1988
Asal : Dungun, Terengganu
Adik-beradik : Anak ke lapan dari sembilan orang adik-beradik
Tinggi : 167 sentimeter (sm)
Tuesday, September 16, 2008
Monday, September 15, 2008
Salam
im officially a government employee..
have to be punctual to work..
no time indeed to do anything..
so busy with work and stuff..
at night,i still do some training.. and helping my mom
to bake some kuih raya.....
and of coz...making my Ramadan excellento!!!
have to be punctual to work..
no time indeed to do anything..
so busy with work and stuff..
at night,i still do some training.. and helping my mom
to bake some kuih raya.....
and of coz...making my Ramadan excellento!!!
"Selamat beribadah di Ramadan yg Mulia"
Saturday, September 13, 2008
Thursday, September 11, 2008
Maskulin Shoot
Bukak Puasa with abg azam n kak Mas Family..
Yesterday,aku berbuka puasa dkat satu restoran arab dkat Jalan Damai,Kuala Lumpur.
All makanan arab ade...u can have anything that u want..since,im in my resting period..
apalagi...meratah daging kambing la..wanna thanks to abang azam n kak mas satu family for belanjaing me and tya for bukak puasa...it was great to know u and family..
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)