Followers

Thursday, December 25, 2008

Azizul bangga prestasi rakan


BERITA HARIAN 23 DISEMBER 2008
Kejayaan kuartet berbasikal cetus harapan baru buat Malaysia

KEJAYAAN demi kejayaan mengiringi skuad berbasikal trek negara dalam tempoh dua bulan lalu dan ia sekadar mencetus detik gembira buat jaguh muda negara, Azizulhasni Awang yang berharap mereka mampu meraih kejayaan lebih cemerlang selepas ini.

Dimulakan dengan kecemerlangan dilakar pelumba berasal dari Terengganu itu pada Piala Dunia Melbourne apabila meraih pingat emas keirin, November lalu, ia diteruskan dengan Mohd Edrus Yunus muncul juara acara keirin di Kejohanan Antarabangsa New Zealand Krismas Karnival, minggu lalu.

Kemudian, Josiah Ng menghasilkan kejutan apabila memenangi Piala Melbourne Wheels-Revolution 4 di Melbourne diikuti Mohd Rizal Tisin memperbaharui rekod Asia dalam acara satu kilometer ujian masa di Victorian Championships, kelmarin.

“Semua menunjukkan prestasi memberangsangkan. Edrus, Rizal, Junaidi (Mohamad Nasir) Josiah dan Fatehah (Mustafa) semua menunjukkan aksi membanggakan di setiap kejohanan,” kata Azizulhasni menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, kejayaan itu adalah petanda baik dan dia mengharapkan akan ada skuad pelapis yang mantap di tanah air bagi memberi sokongan kepada skuad utama sedia ada ketika ini.


“Saya harap bilangan atlit berbasikal juga akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Ketika ini dia hanya mengekalkan persembahan pada setiap kejohanan disertai dengan sasaran menyertai Piala Dunia di Beijing, China dari 16 sehingga 18 Januari ini.

Katanya selepas ini, dia dan rakan-rakan serta jurulatih John Beasley akan ke perlumbaan di Devonport Carnival, Tasmania dan dia berharap skuad negara akan mampu menyinar sekali lagi.

1 comment:

SiQaH HuSSiN said...

teruskan usaha mengejar kejayaan..
we all will pray for ur success..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...