Followers

Monday, April 13, 2009

Tuah Azizulhasni

Tuah Azizulhasni




TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.
Begitulah yang berlaku dengan jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang.

Kejayaannya mencipta nama pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Pruszkow, Poland baru-baru ini telah mengubah reputasi pelumba muda kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Daripada seorang budak kampung yang serba sederhana, sukan lumba basikal telah mengubah reputasi Azizulhasni.

Insentif demi insentif diterimanya dan semalam, kerajaan Terengganu terus memberi pengiktirafan terhadap kejayaannya.

Selain insentif wang tunai berjumlah RM20,000, pelumba basikal trek negara itu turut mendapat sebidang tanah untuk dijadikan tapak rumah.

“Kerajaan negeri sememangnya begitu berbangga dengan pencapaian Azizulhasni dalam sukan lumba basikal.

“Selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada temasya Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan pencapaian terbaru di Poland, saya yakin dia mampu memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dalam Majlis Penyampaian Skim Insentif Hadiah Kemenangan (Shake) di Wisma Darul Iman malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Menurut Ahmad, dia telah mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Dungun untuk mencari sebidang tanah yang sesuai untuk diberikan kepada Azizulhasni.

Katanya, itu adalah penting bagi menjamin masa depan pelumba itu seandainya dia tidak lagi aktif dalam sukan ini.

Ahmad berkata, sekiranya Azizulhasni dan mana-mana atlet Terengganu yang berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik, hadiah lumayan menanti mereka.

Sementara itu, Azizulhasni yang ditemani jurulatih John Beasley berkata, dia terkejut dengan sambutan dan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan menghargai kejayaan saya ini.

“Saya harap insentif yang diterima ini akan menjadi pendorong dan penyuntik semangat kepada adik-adik dan atlet terengganu yang lain untuk berjaya dalam sukan,” katanya.

Sebelum ini, Azizulhasni turut menerima insentif daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM20,000 manakala RM7,500 daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

9 comments:

bicyclecrazy said...

bagus,bagus....
xlama lagi cukup duit untuk kahwin

R28est said...

hik..mcm nak g menari je.. ;P

sfso@pulaijb said...

Tahniah azizul..

Teruskan usaha anda.You're our hope for Olympic gold 2012

Amin

jumapx said...

tahniah...
semoga terus berjaya...

:)

SiQaH HuSSiN said...

tahniah..
teruskan usaha anda :)

JONdisen said...

SYABAS! TERUSKAN PERJUANGAN ADIK...SEGELINTIR ORANG ADA MINAT TETAPI TIDAK DAPAT MENCAPAI IMPIANNNYAM MENJADI PELUMBA ,BERSYUKUR! 1MALAYSIA ! http://johanzaki.blogspot.com

@rep said...

so now apa cerits?

East Coast Cycling Team said...

Tahniah dan syabas dari kami semoga maju jaya.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Tahniah.... Tuah manusia bernama Azizul ni pun ada di kakinya. Teruskan menaikan nama Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...