Followers

Saturday, November 21, 2009

Azizulhasni bangkit di Melbourne

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my


AZIZULHASNI (kiri) dan Josiah menunjukkan pingat perak dan gangsa yang mereka raih di Kejohanan Berbasikal Trek Klasik Piala Dunia UCI, di Melbourne, Australia semalam.

Raih perak acara keirin Piala Dunia UCI selepas gagal menyerlah di Manchester

JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang mempamer kayuhan cemerlang apabila menduduki tempat kedua dalam acara keirin kegemarannya di Kejohanan Berbasikal Trek Klasik Piala Dunia UCI, di Melbourne, Australia semalam.

Azizulhasni yang menyarung jersi Bike Technologies Australia (BTA), meraih pingat perak dalam perlumbaan lapan pusingan itu di belakang pelumba Jerman, Carsten Bergemann manakala seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng mendapat gangsa.


Kejayaan berkenaan meletakkan jagoan kelahiran Terengganu itu di ranking ketiga dunia selepas mengumpul 10 mata ketika Josiah berada di tangga kelima dunia dengan lapan mata selepas dua siri perlumbaan.

Carsten kini berkongsi kedudukan di ranking pertama dunia acara keirin selepas mengumpul 12 mata bersama jaguh keirin dunia, Chris Hoy yang meraih emas dalam kejohanan siri yang sama di Manchester, awal bulan ini.

Mengulas kejayaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Berbasikal Trek Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad, berkata keputusan yang diraih Azizulhasni nyata melegakan.

"Selepas di Manchester, kami agak gusar terutama selepas dia gagal menyerlah gara-gara demam tetapi kali ini, kami tetap berpuas hati walaupun dia meraih pingat perak. Ini membuktikan dia mampu terus memberikan saingan.

"Kehadiran Josiah yang berada di tempat ketiga turut menggembirakan kerana ini dapat membantu melonjakkan saingan negara selain memberikan peluang cerah untuk Malaysia meraih pingat pada Sukan Asia dan Komanwel kelak," katanya.

Dua lagi siri perlumbaan Piala Dunia ini akan diadakan di Cali, Columbia pada 10 hingga 12 Disember ini dan di China pada Januari depan, namun tumpuan Azizulhasni hanya kepada saingan di Beijing saja selepas ini.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...