Followers

Sunday, April 3, 2011

Sultan Perak hadir persandingan Azizulhasni

Sultan Perak hadir persandingan Azizulhasni



JAGUH basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan Athiah Ilyana Abd. Samat dalam majlis persandingan pasangan itu yang turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh semalam.
Jaguh keirin dunia itu telahpun melangsungkan pernikahan dengan Athiah di Meru Heights pada Januari lalu.
Hadir sama pada majlis persandingan Olahragawan Negara 2010 itu semalam ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Lain-lain orang kenamaan yang menjadi tetamu pada majlis itu termasuk Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong, para pegawai Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan beberapa pelumba trek negara, termasuk Mohd. Rizal Tisin.

3 comments:

Cik Yana said...

Tahniah! Semoga bahagia hingga akhir hayat. Sori x dpt hadir.

Entry terkini: Tiket Percuma Untuk Peminat Justin Bieber :)

Syahbinar Shuib said...

Semoga Berkekalan hingga akhir hayat.. :)

chee said...

congratulations.... 4 de wedding

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...