Followers

Sunday, August 19, 2012

Cerita lebaran Ahadiat, Azizulhasni





DIA seorang pelumba yang berdepan debaran dan kepantasan di trek lumba basikal. Seorang lagi 'berlumba' dengan imaginasi dan kata-kata di litar penulisan novel. Double A ini dipertemukan dalam satu sesi fotografi raya bersama selebriti kelas A. Keserasian kimia mereka terjalin sambil berkongsi cerita walaupun berada di lapangan berbeza. Dilihat sebagai selebriti tanah air di lapangan masing-masing, Ahadiat yang sudah berkecimpung dengan dunia penulisan novel sejak tahun 1985 berkongsi kemenangan lebarannya. Begitu juga Azizulhasni yang mencapai kemenangan tersendiri dalam portfolio lumba basikalnya. Beraya di Malaysia Senyum lebar, keterujaan kembali beraya di tanah air sendiri terlukis di wajah pelumba basikal yang mencipta nama di temasya Olimpik 2012 baru-baru ini. "Selepas tiga tahun beraya di Melbourne, Australia saya kembali beraya di Malaysia bersama isteri, Athiah Ilyana Abd. Samat dan keluarga. Insya-Allah isteri saya kini hamil tujuh bulan," ujarnya yang sudah sibuk mencuci rumah dan berkemas untuk menyambut lebaran. Bakal menyambut lebaran di kampung halaman sang isteri di Ipoh, Perak dan kemudian mudik ke kampungnya di Dungun, Terengganu, Azizulhasni mengaku begitu rindukan suasana raya dan bertandang di kampung. Menyentuh tentang raya sebagai sebuah kemenangan, topik signifikan itu ditafsirkan dengan cara Azizulhasni yang tersendiri. "Kemenangan itu adalah selepas kita berpuasa selama sebulan melawan hawa nafsu, lapar dan dahaga. Aidilfitri juga bagi saya adalah penyatuan semua umat Islam sambil bermaaf-maafan," senyum si lelaki yang digelar The Pocketrocketman ini. Daripada segi kerohanian, Azizulhasni bersyukur apabila bakal dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin pada 2010. "Semasa menunaikan umrah bersama isteri dan keluarga pada tahun lalu, saya memang berdoa untuk dikurniakan anak selepas saya ke Olimpik. Doa saya makbul dan saya bersyukur. Sekarang semua persediaan raya saya lebihkan untuk isteri dan anak," ucapnya yang sempat memberi barang-barang Olimpik sewaktu di London, Britain baru-baru ini. Menyuntik semangat trek dalam dirinya, Azizulhasni mengaku menganggap basikal adalah separuh daripada dirinya. "Dahulu saya lihat sukan berbasikal ini belum cemerlang. Tetapi sekarang sudah sampai ke peringkat dunia dan saya harap ia akan meningkat. Orang Malaysia juga semakin aktif berbasikal dan ini bagus untuk kesihatan," ujarnya yang memang bercita-cita besar daripada kecil dalam sukan basikal.

Thursday, August 2, 2012

Olimpik: Azizulhasni, Fatehah sedia hadapi jaguh dunia di London






1 Ogos 2012 LONDON - Bersaing dengan juara dunia tujuh kali dalam acara pecut dan berdepan pemenang tiga pingat emas dari temasya Beijing bukan penghalang kepada Mohd Azizulhasni Awang untuk mencari emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik London. Pelumba yang digelar 'Thepocketrocketman' itu mengakui lebih selesa bergelar underdog di temasya sukan terbesar dunia ini dan akan memulakan saingan dalam acara pecut 200m individu dan keirin pada Sabtu ini. "Terlalu ramai nama besar dalam acara pecut dan keirin di Olimpik tetapi bukan penghalang kepada saya. Apapun boleh berlaku, apa yang penting, saya fokus untuk memecah kebuntuan pingat," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Velodrom London yang terletak di Olympic Park, di sini hari ini. Pelumba berusia 24 tahun kelahiran Terengganu itu akan berdepan juara dunia tujuh kali dari Perancis, Gregory Bauge dalam acara pecut 200m individu serta pelumba tuan rumah, Sir Chris Hoy yang juga pemenang tiga pingat emas dari edisi Olimpik Beijing pada 2008, dalam acara keirin. Acara pecut akan bermula dari 4 hingga 6 Ogos sementara Keirin berlangsung sehari kemudian, pada 7 Ogos. Ditanya adakah beliau mendapat rehat yang cukup untuk kedua-dua acara tersebut, Mohd Azizulhasni yang berpangkalan di Melbourne di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan, John Beasley, berkata beliau telah bersedia sejak dari Olimpik Beijing lagi. "Saya layak secara merit dalam kedua-dua acara dan merupakan acara kepakaran saya," katanya. Di Beijing, empat tahun lepas, cabaran Mohd Azizulhasni tersekat di peringkat separuh akhir acara keirin dengan menduduki tempat kesembilan sementara dalam acara pecut 200m individu, di tangga kelapan. Bagi pelumba wanita negara, Fatehah Mustafa yang akan beraksi dalam acara keirin wanita meletakkan sasaran peribadi yang tinggi, untuk berada di peringkat akhir acara tersebut. Pelumba berusia 23 tahun dari Terengganu itu dengan pencapaian terbaik menduduki tempat kelima Kejohanan Dunia di Belanda pada tahun lepas juga merupakan pemenang pingat emas dalam acara keirin pada Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras pada Februari. Dia memenangi emas itu dengan masa 11.672 saat dan memperbaiki catatan tersebut, sekaligus menjadi rekod peribadi terbaiknya dengan catatan 11.04 saat yang dilakukannya di Kejohanan Dunia di Melbourne, Australia pada April. Mengenai saingannya di sini, Fatehah mengakui bersaing dengan pelumba yang menduduki ranking terbaik dunia memaksa dirinya lebih gigih berusaha untuk menjadi setaraf mereka. - Bernama

Wednesday, August 1, 2012

A promise to my baby and wife



Im praying all night long to Allah S.W.T ..to get the GOLD MEDAL in the LONDON OLYMPIC 2012.
I want to prove to my kids ,once she/he sees the wold..She/He must be proud that her/his dad is the Gold Medalist in the London Olympic 2012.My effort is 200 % goes to my becoming baby and my wife .They are my strength to win the game.Indeed,Allah knows what is the best for us always.So,Malaysians pray for me in this most prestigious competition in the blessing Ramadhan.I feel honored to read all your comments and tweets .Thank you very much for those kind words to me.May Allah bless all of you.




 " But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not. 2:217"






"Size dosent matter!As long you have your aim and determination"Azizul Awang






From London Olympic Athlete Village,
Azizul Awang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...