Followers

Sunday, August 19, 2012

Cerita lebaran Ahadiat, Azizulhasni





DIA seorang pelumba yang berdepan debaran dan kepantasan di trek lumba basikal. Seorang lagi 'berlumba' dengan imaginasi dan kata-kata di litar penulisan novel. Double A ini dipertemukan dalam satu sesi fotografi raya bersama selebriti kelas A. Keserasian kimia mereka terjalin sambil berkongsi cerita walaupun berada di lapangan berbeza. Dilihat sebagai selebriti tanah air di lapangan masing-masing, Ahadiat yang sudah berkecimpung dengan dunia penulisan novel sejak tahun 1985 berkongsi kemenangan lebarannya. Begitu juga Azizulhasni yang mencapai kemenangan tersendiri dalam portfolio lumba basikalnya. Beraya di Malaysia Senyum lebar, keterujaan kembali beraya di tanah air sendiri terlukis di wajah pelumba basikal yang mencipta nama di temasya Olimpik 2012 baru-baru ini. "Selepas tiga tahun beraya di Melbourne, Australia saya kembali beraya di Malaysia bersama isteri, Athiah Ilyana Abd. Samat dan keluarga. Insya-Allah isteri saya kini hamil tujuh bulan," ujarnya yang sudah sibuk mencuci rumah dan berkemas untuk menyambut lebaran. Bakal menyambut lebaran di kampung halaman sang isteri di Ipoh, Perak dan kemudian mudik ke kampungnya di Dungun, Terengganu, Azizulhasni mengaku begitu rindukan suasana raya dan bertandang di kampung. Menyentuh tentang raya sebagai sebuah kemenangan, topik signifikan itu ditafsirkan dengan cara Azizulhasni yang tersendiri. "Kemenangan itu adalah selepas kita berpuasa selama sebulan melawan hawa nafsu, lapar dan dahaga. Aidilfitri juga bagi saya adalah penyatuan semua umat Islam sambil bermaaf-maafan," senyum si lelaki yang digelar The Pocketrocketman ini. Daripada segi kerohanian, Azizulhasni bersyukur apabila bakal dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin pada 2010. "Semasa menunaikan umrah bersama isteri dan keluarga pada tahun lalu, saya memang berdoa untuk dikurniakan anak selepas saya ke Olimpik. Doa saya makbul dan saya bersyukur. Sekarang semua persediaan raya saya lebihkan untuk isteri dan anak," ucapnya yang sempat memberi barang-barang Olimpik sewaktu di London, Britain baru-baru ini. Menyuntik semangat trek dalam dirinya, Azizulhasni mengaku menganggap basikal adalah separuh daripada dirinya. "Dahulu saya lihat sukan berbasikal ini belum cemerlang. Tetapi sekarang sudah sampai ke peringkat dunia dan saya harap ia akan meningkat. Orang Malaysia juga semakin aktif berbasikal dan ini bagus untuk kesihatan," ujarnya yang memang bercita-cita besar daripada kecil dalam sukan basikal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...