Followers

Tuesday, November 27, 2012

Mohd. Azizulhasni, Athiah timang anak perempuan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI utusanperak@utusan.com.my








 MOHD. Azizulhasni mendukung bayi perempuannya yang selamat dilahirkan di Ipoh, semalam. IPOH - Pelumba berbasikal sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang kini bergelar bapa selepas isterinya Athiah Ilyana Abd. Samat selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.99 kilogram di Hospital Pakar KPJ Ipoh, dekat sini semalam. Mohd. Azizulhasni, 24, berkata, Athiah Ilyana, 26, melahirkan bayi mereka itu menerusi pembedahan pada pukul 6.30 petang semalam, kira-kira 40 minit selepas memasuki bilik bedah hospital tersebut. Katanya, Athiah Ilyana dijangka bersalin pada 18 November ini tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital itu lebih awal pada pukul 2 pagi, semalam selepas mengadu sakit perut. ''Pada mulanya, isteri saya dijangka bersalin secara normal tetapi disebabkan bayi besar, doktor menasihatkan pembedahan dan saya tiada pilihan selain bersetuju demi keselamatan isteri dan bayi dalam kandungannya. "Hampir sejam saya tunggu dengan berdebar-debar tetapi selepas melihat bayi comel dan isteri selamat, saya rasa sangat gembira," katanya ketika ditemui semalam. Turut berada di hospital itu, bapa dan ibu mentuanya, Datuk Abd. Samat Sabri dan Datin Amimah Ahmad. Ketika ditanya perasaannya menimang cahaya mata, Mohd. Azizulhasni yang mendapat jolokan The Pocketrocketman memberitahu, ia lebih indah daripada memenangi mana-mana kejohanan lumba basikal peringkat antarabangsa. "Saya tidak dapat hendak gambarkan perasaan saya menjadi seorang bapa selepas menunggu detik ini selama berbulan-bulan," katanya. Menurut Mohd. Azizulhasni, dia akan mengumumkan nama anaknya itu selepas majlis akikah pada hari ketujuh nanti. "Kami sudah mempunyai beberapa nama tetapi kami hendak berbincang dengan keluarga dahulu," tambahnya. Walaupun baharu bergelar bapa, pemenang pingat perak acara pecut Kejohanan Dunia 2009 dan pingat perak acara keirin Kejohanan Dunia 2010 itu terpaksa berlepas pulang ke Melbourne, Australia untuk kembali menjalani latihan. "Isteri dan anak saya akan tinggal dengan keluarga mentua buat sementara waktu sebelum mengikut saya ke Melbourne," ujarnya. Mohd. Azizulhasni dan Athiah Ilyana melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari 2010. Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...