Followers

Wednesday, February 27, 2013

2.85j untuk Azizulhasni, Fatehah




(dari kiri) Mohd Azizulhasni, John Beasley dan Fatehah menunjukkan replika cek bernilai RM2.85 juta tajaan Yayasan Sime Darby untuk persiapan mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016 di Kuala Lumpur, semalam.




 KUALA LUMPUR - Yayasan Sime Darby semalam menyerahkan tajaan RM2.85 juta kepada dua pelumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sebagai persiapan mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil. Pengerusinya, Tun Musa Hitam berkata, tajaan tersebut membolehkan kedua-duanya menyertai sebanyak 42 kejohanan sebelum Sukan Olimpik. Tambah Musa, penajaan tersebut diberikan berdasarkan prestasi baik mereka semasa menyertai Sukan Olimpik London tahun lalu. Malah, Musa berharap Azizulhasni dan Fatehah mampu meraih pingat pertama dalam sukan berbasikal di Temasya Rio 2016. "Azizulhasni dan Fatehah telah mencipta sejarah tersendiri terutama untuk layak ke Sukan Olimpik pada tahun lalu. "Sungguhpun kita tidak memenangi pingat pada temasya berprestij itu, namun aksi mereka bersaing dengan pelumba terbaik dunia menjadi satu memori indah," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini, semalam. Yang turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, ahli majlis Yayasan Sime Darby, Datin Zaitoon Othman dan ketua jurulatih skuad kebangsaan, John Beasley. Yayasan Sime Darby juga sebelum ini pernah menaja program biasiswa akademik buat Azizulhasni untuk membolehkannya mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan sukan di Universiti Victoria, Melbourne, Australia. Begitu juga Fatehah yang meneruskan pengajian bidang pemasaran perniagaan di universiti sama. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130227/su_06/285j-untuk-Azizulhasni-Fatehah#ixzz2M4VIvfzA © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...