Followers

Tuesday, February 5, 2008

VICTORIAN TRACK CHAMPIONSHIP






Victorian track championship..atlet2 dari skuad negara yang mengambil bahagian adalah Mohd Azizulhasni,Muhammad Edrus Yunos dan Fatehah Mustafa..Rizal Tisin dan Junaidi Nasir berada di Los Angeles mengambil bahagian di Kejohanan Dunia Siri ke3 bagi mengumpul mata untuk ke Olimpik..masalah visa menyebabkan kami bertiga tidak dapat ke Los Angeles dan menyertai kejohanan ini sebagai latihan..

Hari Pertama:(KEIRIN)
Azizul@aku & eddy@diego mara ke final..bersama2 australian keirin champion,Joel Leonard dan world junior champion,Shane perkins bersama2 dua lagi pelumba dari kelab brunswick..resultnye shane perkins GOLD..azizulhasni SILVER..joel leonard BRONZE..eddy diego 4TH..
Fatehah pula menjadi pelumba pilihan di acara keirin wanita..tetapi akibat leka ketika perlumbaan,beliau terpaksa akur dengan pingat perak sahaja..

Hari Kedua:(SPRINT)
Aku memecahkan rekod peribadi iaitu 10.610 kepada rekod baru 10.510..aku terpaksa berlumba dengan eddy di semifinal..keputusannya aku menang 2-0..shane perkins mara mudah ke final kerana lawan semifinalnya amat mudah..di final aku tidak mudah menyerah kalah dimana kalah 2-1..aku membawa shane perkins ke set penentuan..1st set aku menang,2nd dan 3rd aku kalah..saingan amat sengit dan aku mendapat pujian daripada hadirin kerana persembahan yang amat menarik..tetapi dsebalik persembahan itu aku termuntah2 dan terbaring selama 20minit kerana kepenatan..
Fatehah pula membawa pulang emas di acara kegemaran beliau ini..

Hari Ketiga:(1KM TIME TRIAL)
Aku tidak mengambil bahagian kerana masih kepenatan dari perlumbaan semalam..hanya eddy yang mengambil bahagian dimana beliau memecahkan rekod peribadinya kepada 1:08.084 memadam rekod lame 1:10.210..tetapi eddy amat kurang bernasib baik kerana beliau tidak dapat mencatat bawah 1minit8saat kerana tawaran dari Rizal amat lumayan jika berjaya iaitu belanje makan seminggu..wah..wah..rugi betol..kena trainning lebih lagi la nampaknye Eddy oi!!
Fatehah pula membawa pulang emas lagi pada hari ini dlm acara 500meter time trial dengan masa 36.82..catatan agak baik di luar musim perlumbaan beliau..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...