Followers
Monday, June 30, 2008
MY TRIP TO EUROPE
Melbourne-Kuala Lumpur
Olympic Beijing dah makin dekat..kitorang akan fly ker Europe as last preparation+trainning camp..from John’s plan..kitorang akan fly ker Germany dlu..kitorang akan race dulu kat sane..Germany Grand Prix..then baru fly ker Valencia,Spain..last year aku stay sini gaks..
Tapi before pi Europe,aku transit dlu kat Kuala Lumpur which sangat ler penting bagi aku..walaupon 2hours..
Sesampai jer KLIA..time nak kuar tu aku nampak my babygurl tunggu..OMG!!!!!punyerler hepi aku dapat jumper die rase nak transform jadik hijau jer..huhu..rase nak lari jer gi kat die..almaklumler..lame giler tak jumper dol...tapi alkisah la plak..ader press kat blakang die tuh..ngah tunggu aku..ermm..layan press tu sumer dlu..settlekan sumer..then time aku ngan babygurl..babygurl sangat comel+cute+cantik..sanggup die tunggu aku kat airport dari pkol4 ptg..BAYANGKAN!!aku arrive pkol 9malam..ciannyee kat babygurl+terharu gell..sanggup tggu lame-lame siot..aku berburak,manje-manje skit..cewahh..ader 2hours jer..kenala spend btol-btol..baru aku dapat rase yang ‘Masa Itu Emas’..lebey dari emas kot..before nak leave dah..babygurl wat surprise gilo lak..die kuarkan sumthin dari plastic bag..sume souvenir+hadiah+stuffs from her Europe Trip last time..OMG..bukan maen byk lagi..nak kena cobit nih..da cakap tak yah beli banyak-banyakkan..anyway..aku suke gile sume yang babygurl kasik..those limited edition choc..tastefull..da lovely card..i love it!!!..all da shirts..wonderfull dear!!!...an album of ur pics..curing a bit of my rindu tahap dewa nih..pound coins..usefully..leh col u nanti..Olay whitening cream..haaa..leh corahkan skit kolit husband u yang dah golap nih dek paneh matohari..huhu..a packet of tongkat ali..erkk..no comment..
Papepon...tanx lot love..no words can describe hepi+terasa dihargai giler-giler nye aku nih..i love u so much..before boarding..sempat lagi bergambar..bukan senang nak amik pic kan..da le berjauhan jer..tanx to jojo..our photographer dat nite..
NO MORE NUNAN STREET..NO MORE TOWN HOUSE..NO MORE..
REVOLUTION #3 AUSSIE VS MALAYSIAN..WARM UP BEFORE OLYMPIC(REPORT)
view da race here
keirin final
sprint semifinal
Sunday, June 29, 2008
Tamatnya SUKMA..Selesainya tanggungjawab
Abis cerita kat game venue..ni cerita time kat opening ceremony laks..2days before da race..aku dipilih untuk membaca ikrar time opening tuh..fuhhh..bace ikrar depan beribu penonton..rakyat ganu..dan yang paling penting Sultan Ganu a.k.a Agong kiter..Sultan Mizan..hushhh..aku dapat ikrar tu last minute..bout 2-3hours before nak bace..bayangkan..aku hafal bukan maen lagi..duk hafal benda tuh jerk..cakap ngan orang pon tak..dey all suh bace kat kertas jerk..tapi aku tak naklaa..tak maen ler kertas-kertas nih..baru nampak gempakz skit..tapi time dey all announce nama aku,fuhh..darah nih turun naik beb.time aku jalan nak masuk stadium tuh..tah camne,aku cuak lak tersilap or pape.maklumler..depan Agong and bribu orang dohh..arghh lantak ar..time naek atas pentas tuh..tros ngan perlahannye aku kuarkan kertas as spare if tersilap bace..suma berjalan lancar..fuhhh..da abes tu..Allah jer taw leganya+hepinyee aku..tapi kureng enak..suma sedare mare complained coz aku botak.. urghh..papelaaa..
Crite after race lak..tido umah Ayah&Cik Ngah a.k.a pak&mak Sdare aku..malam tu ade dinner ngan Dato Sidi..balik lewat da satu hal..pagi tu bangun awal lagi nak gerak balik Dungun lagi satu hal..penat race tak ilang lagi..sampai Dungun kena settlekn satu hal nih..amatlah complicated hal ni,sampai bengang giler aku..tapi Alhamdulillah,settle gak akhirnya..tapi kelam kabot ler..sempat makan sat masakan ma tersayang then tros kelam kabot gerak pi airport..time dalam keta tuh,rase marah jer ngan keta-keta kat depan yang slow..tak reti bawak laju ker..sayang minyak ker..skemanyee..aku dah ler nak cepat ni..Alhamdulillah sempat gak on time..fuhh..kat airport suma orang da ader..so amik tiket...settlekan luggage sume then minom sat sambil citcat..ermm..sedey pon ade nak tinggalkn ma..kejap giler balik..xpela..da nama atlet..furhhh..jumpa lagi ma..jumpa lagi ganu..bile la nak jumpa orang kat London!??
Wednesday, June 25, 2008
Dari MNCF, 20 Jun 2008
Beijing08:Azizulhasni sertai 3 acara | | | |
Written by Administrator | |||
Jun 20, 2008 at 06:12 PM | |||
SEKURANG-KURANGNYA satu pingat gangsa akan dibawa pulang menerusi acara lumba basikal trek pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China Ogos ini. Hakikat ini sangat jelas apabila Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mempertaruhkan pelumba handalan negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk menyertai tiga acara pada temasya sukan itu nanti. Azizulhasni yang melakar sejarah unik apabila menumbangkan tiga pelumba ternama Australia iaitu Shane Kelly, Ryan Bayley dan Mark France pada pertembungan di Melbourne minggu lalu, kini disenaraikan dalam tiga acara iaitu keirin, pecut 200 meter individu serta pecut berpasukan. Pengurus pasukan lumba basikal ke Sukan Olimpik 2008, Abu Samah Wahab berkata, Azizulhasni yang akan meninggalkan Melbourne untuk meneruskan sesi latihan ke Eropah pada 22 Jun ini, disasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa menerusi acara keirin. "Azizulhasni mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menang dalam acara keirin kerana dia berada pada prestasi yang sangat baik ketika ini. Apatah lagi selepas dia berjaya mengalahkan Shane Kelly dan Ryan Bayley di Melbourne minggu lalu. "Saya sudah bertanya kepada John (Beasley) adakah ini (masuk tiga acara) tidak akan membebankan Azizulhasni. Saya bimbang kalau ia boleh merosakkan peluang Azizulhasni kerana dia terpaksa masuk tiga acara. "Bagaimanapun John beritahu dia sudah mengkaji semua acara dan dapati Azizulhasni mempunyai cukup masa untuk ketiga-tiga acara berkenaan. Saya fikir John lebih arif dalam perkara ini. Saya percaya kepada kewibawaan John," katanya. Abu Samah yang juga presiden PKBM menjelaskan Azizulhasni akan bergandingan bersama Josiah Ng dalam acara pecut 200 meter individu manakala gandingan Azizul, Josiah dan Rizal Tisin pula akan dikekalkan bagi acara pecut berpasukan. "Azizul akan bertindak sebagai pelumba pertama, Josiah kedua manakala Rizal pula pelumba terakhir. Sewaktu berlumba di Melbourne ketika melawan pasukan Olimpik Australia, kombinasi ini sangat berkesan. John juga telah menamakan Mohammad Edrus (Mohd. Yunos) sebagai pelumba simpanan bagi acara pecut berpasukan," tambah Abu Samah. |
Sunday, June 15, 2008
Dari Utusan Online, 14 Jun 2008
|
|
KUALA LUMPUR - Pelumba trek muda negara, Azizulhasni Awang memberi harapan besar kepada kontinjen Olimpik Malaysia apabila menewaskan pelumba Olimpik Australia untuk muncul juara acara keirin pada satu perlumbaan ujian di Vodafone Arena Melbourne, Australia, kelmarin.
Antara yang menjadi mangsa Azizulhasni adalah pemenang pingat emas keirin Sukan Olimpik Athens 2004, Ryan Bayley di samping dua pelumba berpengalaman Australia, Shane Kelly dan Mark French.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab yang turut berada di Melbourne berkata, kemenangan Azizulhasni amat membanggakan.
"Walaupun ia hanya perlumbaan ujian tetapi cara kayuhan Azizulhasni meninggalkan pelumba-pelumba Olimpik Australia yang lebih berpengalaman dan bersaiz fizikal lebih besar amat menakjubkan.
"Walaupun bertubuh kecil dan masih muda, Azizulhasni menunjukkan kematangannya beraksi buat kali pertama dengan jaguh-jaguh terkemuka Australia itu," katanya.
Pelumba kelahiran Terengganu yang baru berusia 19 tahun itu turut membantu pasukan negara menjuarai acara Olimpik berpasukan (team sprint) berpasangan dengan Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin.
Gandingan trio negara menewaskan gandingan French, Bayley dan Daniel Ellis.
Selain itu, Azizulhasni juga berjaya menduduki tempat ketiga acara 200 meter pecut di belakang dua pelumba Australia, Bayley (juara Olimpik 2004) dan French.
Pelumba wanita negara, Fatehah Mustapha juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara keirin.
Seramai enam pelumba negara berada di Melbourne sejak sebulan lalu untuk berlatih di bawah jurulatih tempatan, John Beasley.
Bagaimanapun hanya empat pelumba lelaki akan beraksi di Sukan Olimpik Beijing Ogos ini yang pemilihannya akan ditentukan tidak lama lagi.
Ketika ini selain Azizulhasni, Josiah dan Rizal, turut bersaing merebut tempat ke Beijing adalah Mohd. Ederus Mohd. Yunus dan Junaidi Mohd. Nasir.