Followers

Wednesday, June 25, 2008

Dari MNCF, 20 Jun 2008

Beijing08:Azizulhasni sertai 3 acara



Written by Administrator

Jun 20, 2008 at 06:12 PM

AZIZULHASNI pamer kebangkitan luar biasa dalam usaha
meraih pingat pada Sukan Olimpik.


SEKURANG-KURANGNYA satu pingat gangsa akan dibawa pulang menerusi acara lumba basikal trek pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China Ogos ini.

Hakikat ini sangat jelas apabila Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mempertaruhkan pelumba handalan negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk menyertai tiga acara pada temasya sukan itu nanti.

Azizulhasni yang melakar sejarah unik apabila menumbangkan tiga pelumba ternama Australia iaitu Shane Kelly, Ryan Bayley dan Mark France pada pertembungan di Melbourne minggu lalu, kini disenaraikan dalam tiga acara iaitu keirin, pecut 200 meter individu serta pecut berpasukan.

Pengurus pasukan lumba basikal ke Sukan Olimpik 2008, Abu Samah Wahab berkata, Azizulhasni yang akan meninggalkan Melbourne untuk meneruskan sesi latihan ke Eropah pada 22 Jun ini, disasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa menerusi acara keirin.

"Azizulhasni mempunyai harapan yang sangat cerah untuk menang dalam acara keirin kerana dia berada pada prestasi yang sangat baik ketika ini. Apatah lagi selepas dia berjaya mengalahkan Shane Kelly dan Ryan Bayley di Melbourne minggu lalu.

"Saya sudah bertanya kepada John (Beasley) adakah ini (masuk tiga acara) tidak akan membebankan Azizulhasni. Saya bimbang kalau ia boleh merosakkan peluang Azizulhasni kerana dia terpaksa masuk tiga acara.

"Bagaimanapun John beritahu dia sudah mengkaji semua acara dan dapati Azizulhasni mempunyai cukup masa untuk ketiga-tiga acara berkenaan. Saya fikir John lebih arif dalam perkara ini. Saya percaya kepada kewibawaan John," katanya.

Abu Samah yang juga presiden PKBM menjelaskan Azizulhasni akan bergandingan bersama Josiah Ng dalam acara pecut 200 meter individu manakala gandingan Azizul, Josiah dan Rizal Tisin pula akan dikekalkan bagi acara pecut berpasukan.

"Azizul akan bertindak sebagai pelumba pertama, Josiah kedua manakala Rizal pula pelumba terakhir. Sewaktu berlumba di Melbourne ketika melawan pasukan Olimpik Australia, kombinasi ini sangat berkesan. John juga telah menamakan Mohammad Edrus (Mohd. Yunos) sebagai pelumba simpanan bagi acara pecut berpasukan," tambah Abu Samah.

2 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Wish you all the best in Beijing Olympic. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran...stay focus...3 events, tak banyak ke?

Whatever it is, do it lillahi ta'ala dan jangan fikirkan pasal ganjaran 1 million tu sebab sejarah dah buktikan ganjaran kebiasaannya hanya merosakkan masa depan atlit. Anggap ganjaran sebagai rezeki dan usaha mengharumkan nama negara sebagai misi utama.

Last but not least, thanks for visiting my blog

The Pocket Rocketman said...

tanx lot rozaimi..pleasure to had ur support..3event tu da biase da pon..since junior and at the world level..insyallah can cover up all dat event..saya akan wat yang terbaik untuk maruah negara@pingat emas pertama malaysia..bout the ganjaran..itu as bonus:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...