Followers

Wednesday, December 30, 2009

Azizulhasni atlit terbaik Terengganu

Azizulhasni, Fatihah atlit terbaik Terengganu



SUKAN berbasikal mendominasi Majlis Anugerah Sukan Terengganu 2007/2008 apabila acara itu membolot empat anugerah utama, kelmarin.

Selain Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustafa yang masing-masing dipilih Olahragawan dan Olahragawati Terengganu, turut terpilih, Mohd Harris Salleh sebagai Olahragawan Harapan. Syed Mohd Husaini Syed Mazlan pula menerima anugerah Jurulatih Terbaik.

Azizul dan Fatihah yang sekarang ini sedang berlatih di Australia, menerima wang tunai RM7,000, trofi dan sijil.

Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kepada ibu Azizulhasni, Selamiah Yong, manakala Fatihah diwakili bapanya, Mustafa Kassim pada majlis yang diadakan di Wisma Darul Iman itu.Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki dan Wanita, masing-masing dimenangi skuad ragbi dan lawn bowl Sukma XII 2008 manakala Persatuan Silat Negeri Terengganu dipilih Persatuan Terbaik.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dipilih penerima anugerah Tokoh Sukan Terengganu sebagai mengenang jasanya terhadap pembangunan sukan di negeri itu.

Sementara itu, arwah Kamaruddin Maidin, atlit lompat kijang dan bekas pemain bola sepak, Yahya Jusoh turut disenaraikan untuk menerima anugerah Jasamu Dikenang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...