Followers

Sunday, January 24, 2010

Azizulhasni juara keirin di Beijing

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my


AZIZULHASNI kini melonjak ke tangga teratas kedudukan keirin Piala Dunia musim ini dengan 22 mata.

Josiah sekadar mampu menghuni tangga keenam Piala Dunia Klasik

PELUMBA harapan negara, Mohd Azizulhasni Awang menepati sasaran mempertahankan kejuaraan acara keirin Piala Dunia Klasik di Beijing, China, semalam manakala seorang lagi pelumba, Josiah Ng sekadar menghuni tangga keenam.

Kemenangan itu melonjakkan Azizulhasni ke tangga teratas kedudukan keirin Piala Dunia musim ini dengan 22 mata - sekali gus mengekalkan jersi putih juara dunia yang turut dirangkulnya musim lalu, manakala Josiah di tangga keempat dengan 13 mata.


Sebelum itu, Azizulhasni dan Josiah yang diletakkan dalam kumpulan berasingan ketika pusingan kelayakan, layak dengan masing-masing mengungguli sesi awal berkenaan. Juara pecut Olimpik 2008, Gregory Bauge turut mara apabila menduduki tangga kedua di belakang pelumba ranking teratas keirin musim ini, Maximillian Levy.

Dalam pusingan kedua, kedua-dua pelumba berjaya mencuri slot terakhir kumpulan masing-masing dan Bauge yang berada dalam kumpulan sama dengan Azizulhasni gagal layak.

Saingan semalam turut menyaksikan Akmal Amrun menyertai acara Scratch lelaki tetapi gagal layak dalam kelompok 12 pelumba terpantas perlumbaan 10 kilometer, 40 pusingan itu.

Pelumba wanita tunggal negara, Fatehah Mustapa yang gagal menyerlah dalam acara pecut kelmarin turun sekali lagi semalam dalam acara 500m ujian masa. Bagaimanapun dia gagal memperbaiki kedudukan dalam ranking Piala Dunia acara berkenaan apabila hanya menduduki tangga ke-15 perlumbaan di Beijing dan ke-20 keseluruhan musim ini dengan tiga mata.

Saingan hari terakhir hari ini menampilkan tiga pelumba, Josiah, Muhammad Edrus Yunos dan Azizulhasni turun dalam acara pecut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...