Followers

Monday, June 14, 2010

Trio negara pecut emas



TRIO Malaysia (baju kuning) dari kiri Azizulhasni Awang, Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md Yunos berada di atas podium selepas meraih emas pecut berpasukan Piala Asia di Jepun, semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia memenangi pingat emas pertama pada Piala Trek Asia menerusi trio pecut berpasukan di Veledrom Hakodate, Hokkaido, Jepun semalam.

Jaguh lumba basikal dunia, Mohd. Azizulhasni Awang, Mohd. Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md Yunos mengetuai kemenangan bergaya negara.

Kombinasi mantap itu mencatat masa 1 minit 17.183 saat, menewaskan pasukan tuan rumah, Jepun dan Korea Selatan yang masing-masing terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa.

Keputusan itu sekali gus membolehkan Azizulhasni membalas dendam kekalahannya pada pusingan akhir kepada pelumba Jepun, Tsubasa Kitatsuru di dalam acara pecut individu semalam.

Kemenangan ini juga bermakna Malaysia kini boleh mengharapkan kilauan pingat emas daripada pelumba-pelumba trek kebangsaan di Sukan Asia 2010 di China pada November ini.

Kecemerlangan meraih emas itu bagaimanapun gagal diteruskan Muhammad Edrus apabila sekadar meraih pingat perak acara 1km ujian masa di belakang pelumba Jepun, Kazuki Amagai.

Percaturan untuk menyediakan tahap terbaik kepada Mohd. Rizal dalam perlumbaan pecut berpasukan menyebabkan pelumba itu tidak menamatkan perlumbaan acara omnium II (30km perlumbaan mata).- Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...