Followers

Monday, June 14, 2010

Trio pecut raih emas

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/06/14

DARI kiri, ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley, Azizulhasni, Rizal, Edrus dan pengurus pasukan trek YSD, Datuk Naim Muhammad meraikan kejayaan merangkul emas berpasukan.
DARI kiri, ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley, Azizulhasni, Rizal, Edrus dan pengurus pasukan trek YSD, Datuk Naim Muhammad meraikan kejayaan merangkul emas berpasukan.
Atasi tuan rumah dalam perlumbaan akhir

EMAS pertama negara di kejohanan Trek Piala Asia ACC 2010, Jepun, muncul di hari kedua pertandingan semalam melalui acara pecut berpasukan yang dibarisi Mohd Azizulhasni Awang, Mohd Rizal Tisin dan Muhammad Edrus Md Yunos.
Trio pecut negara yang berlumba di bawah pasukan trek YSD itu terpaksa bersaing sengit dengan pelumba-pelumba Jepun yang menampilkan jaguh pecut terbaru mereka, Piala Trek Asia ACC, Kitatsuru Tsubasa yang mengecewakan Azizulhasni pada final acara pecut individu kelmarin.
Pada pusingan pertama, pelumba-pelumba negara mencatat 1 minit 18.374 saat untuk menduduki tangga kedua di belakang Jepun, tetapi memperbaiki catatan kepada 1:17.183, 0.064 saat lebih pantas untuk menewaskan Jepun pada final acara berkenaan.

Sebelum itu, Muhammad Edrus merangkul perak acara ujian masa 1 kilometer individu dengan masa satu minit 08.198 saat, dengan Amagai Kazuki dari Jepun muncul pelumba terpantas apabila mencatat 1:07.140 saat dan Okram Bikram Singh dari India, ketiga (1:09.335s).

Azizulhasni dan Edrus turut menempah tempat ke final acara keirin yang akan berlangsung hari ini selepas masing-masing melepasi peringkat saringan semalam.

2 comments:

dayangredzuan said...

tahniah anak malaysia

dayangredzuan said...

tahniah anak malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...