Followers

Sunday, March 6, 2011

kami bangga




2011/03/05

 NAJIB  menyampaikan Skim Insentif Khas MSN kepada Azizul (kiri) di Melbourne, semalam,  sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
NAJIB menyampaikan Skim Insentif Khas MSN kepada Azizul (kiri) di Melbourne, semalam, sambil diperhatikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Najib mahu anak muda lain ikut jejak Azizul

“KAMU membuat kita semua bangga,” kata Datuk Seri Najib Razak kepada ikon sukan negara, Azizulhasni Awang di Melbourne, semalam.

Perdana Menteri turut menambah: “Kamu tidak pernah mengenal putus asa dan kehebatan itu menjadi kisah yang menarik untuk dicontohi.”
Itulah kata-kata pujian yang dihambur ke atas jaguh trek berbasikal negara apabila Najib bertemu pemenang pingat emas Sukan Asia itu di Universiti Melbourne dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Azizul atas kecemerlangan di pentas trek berbasikal dunia.
Najib juga berkata, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut kagum dengan kehebatan Azizul sambil menyifatkan pelumba itu sebagai lambang hubungan strategik Australia-Malaysia.

Beliau menambah Azizul atau juga mesra dengan nama Jijoe sudah membuat semua rakyat Malaysia bangga dengan semangat tidak mudah mengalah ditunjukkan dan ia wajar menjadi contoh kepada golongan muda negara.

Najib kagum semangat juang Azizul: Pelumba itu bukan sekadar simbol tapi ikon negara

DATUK Seri Najib Razak, semalam melahirkan rasa bangga dan kagum dengan kecekalan serta semangat juang tinggi jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang apabila menyifatkan pelumba itu bukan sahaja satu simbol tetapi juga ikon negara.

Perdana Menteri berkata, semangat tinggi ditunjukkan Azizul, 23, dalam sukan yang diceburi itu wajar dicontohi rakyat Malaysia lain yang tidak tidak mudah mengaku kalah walaupun menghadapi pelbagai halangan dan kecederaan.
Beliau berkata, Azizulhasni membuat semua rakyat Malaysia bangga dengan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan dan ia wajar menjadi contoh kepada golongan muda negara.

“Kamu (Azizulhasni) membuat kita semua bangga... tidak pernah mengenal putus asa dan kehebatan itu menjadi kisah yang menarik untuk dicontohi,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari anjuran Universiti Melbourne, semalam dan turut bertemu kira-kira 50 pelajar Malaysia yang mengambil kursus ijazah kedoktoran di universiti berkenaan.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan berjumlah AUS$10,000 (RM30,000) daripada Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Azizulhasni atas kecemerlangannya.

Najib berkata, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut kagum dengan kehebatan Azizulhasni sambil menyifatkan pelumba itu sebagai lambang hubungan strategik Australia-Malaysia.

"Beliau (Julia) berkata Malaysia melahirkan jaguh lumba basikal bertaraf dunia yang mendapat latihan daripada jurulatih Australia," katanya

5 comments:

Cik Nursya said...

tahniah bro.. leh la share2 skit duit tuh... hehe

cheeadam said...

semoga pujian n harapan t'sebut x memberi tekanan pada Azizul. pastikan ianya menjadi lebih positif. sy peminat sukan negara m'ucap'n slmt n terus berjaya...
-cheeadam-

Unknown said...

azizul..anda sememangnya WIRA NEGARA!!!.........

Unknown said...

tahniah....

BTW, i have write about yout in my blog for my blog slot " atlet pilihan blog"...

visit this:
http://aazzrruull.blogspot.com/2011/03/dari-dalam-diri-azizulhasni-awang.html

thanks...
malaysian proud with u.

cheeadam said...

congratulations!
olahragawan negara 2010...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...