Followers

Tuesday, July 5, 2011

Azizulhasni Tokoh 1Malaysia NPC-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin

KUALA LUMPUR 4 Julai - Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dipilih sebagai Tokoh 1Malaysia Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dalam satu majlis yang diadakan di sini malam ini.

Azizulhasni dipilih atas sumbangannya mengharumkan negara dalam sukan berbasikal termasuk memenangi emas dalam acara keirin pada kejohanan Piala Dunia Klasik di Beijing, China tahun lalu.

Selain Azizulhasni, anugerah NPC-Naza yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu turut mengiktiraf beberapa individu dalam bidang kewartawanan.

Antaranya bekas editor Bernama, Musa Scully yang diberikan anugerah Pencapaian Seumur Hidup Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC)-TM.

Ahli akademik, penulis dan wartawan, Adibah Amin pula menerima Anugerah Legenda Media NPC-Ambank.

Majlis sama turut memberi penghargaan kepada wartawan yang menunjukkan komitmen tinggi dalam laporan berita yang disediakan termasuk menyentuh mengenai isu yang dekat dengan rakyat.

Anugerah khusus yang dinamakan Anugerah Wartawan Terbaik 2011 NPC-Scomi itu diberikan kepada wartawan The Star, Shahanaaz Habib.

Sementara itu, Anugerah Personaliti Media NPC- Celcom diberikan kepada Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai manakala Anugerah Ikon Media NPC-Maxis diberikan kepada Ahiruddin.

Bagi kategori anugerah Wartawan Baru Terbaik NPC-Celcom pula dimenangi oleh wartawan Ntv7, Melissa Ong.

Wartawan portal Malaysiakini, Aidila Razak pula dipilih sebagai penerima anugerah Wartawan Online Terbaik 2011 NPC-UEM manakala penulis blog www.paultan.org pula menerima anugerah Penulis Blog Terbaik 2011 NPC-Sime Darby.

Majlis anugerah NPC-Naza ini turut mendapat sokongan penaja utama iaitu Kumpulan Naza, Kumpulan AmBank, Telekom Malaysia Berhad, Celcom dan Kumpulan Scomi.

Kesemua anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...