Followers

Thursday, March 25, 2010

Kejohanan Basikal Trek Dunia: Azizul sedia sekat Hoy


PELUMBA negara, Josiah Ng (depan) dan Azizulhasni Awang menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Trek Dunia di Ballerup, berhampiran Copenhagen, Denmark, semalam. - AFP


KUALA LUMPUR - Azizulhasni Awang dan Josiah Ng berada dalam keadaan terbaik serta cukup bersedia untuk memulakan cabaran pada Kejohanan Basikal Trek Dunia apabila acara keirin bermula di Denmark, hari ini.

Menurut Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, kedua-dua pelumba amat bersemangat selepas menguji trek Ballerup Super Arena di Copenhagen Sabtu, Ahad dan kelmarin.

Katanya lagi, baik Azizulhasni mahu pun Josiah, masing-masing yakin untuk memberikan cabaran kepada pelumba handalan dunia, termasuk juara Olimpik, Chris Hoy dari Britain.

"Azizulhasni beritahu saya dia mahu menebus kekecewaannya di Pruzkow, tahun lalu selepas pulang tanpa sebarang pingat dalam acara keirin dan sekadar meraih perak acara pecut," kata Naim ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Katanya, kegagalan tersebut menjadi motivasi buat pelumba bertubuh kecil dari Teengganu itu untuk melakar keputusan yang belum pernah dilakukan mana-mana pelumba Malaysia sebelum ini.

"Dia (Azizulhasni) mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada dua acara (keirin dan pecut), jauh di sudut hatinya terpendam dendam bahawa dia ingin kalahkan Hoy seterusnya menebus kekecewaan pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

"Jika hendak dibandingkan Azizulhasni pada waktu itu (2008) mungkin pengalamannya masih kurang, selepas melakukan persiapan selama setahun (2009) dia dilihat semakin matang dan ghairah untuk meraih kejayaan," kata Naim lagi.

Ditanya mengenai persiapan yang dilakukan oleh pelumba handalan dunia yang lain, Naim berkata, semua pelumba mempamer latihan gigih.

"Jika pelumba kita bersedia, pelumba yang lain turut membuat persediaan yang rapi, terutama beraksi di atas trek yang mempunyai permukaan laju selepas baru digosok sehari sebelum perlumbaan sebenar bermula hari ini (semalam).

"Azizulhasni dan Josiah berpuas hati dengan permukaan trek di sini, mereka sudah mencubanya tiga kali dan semuanya nampak baik," katanya.

Kata Naim, permukaan trek yang laju membuka peluang lebih baik buat pelumba yang ketinggalan di belakang untuk memintas pelumba di depan, iaitu strategi yang digemari Azizulhasni dan diharap mampu memberi kelebihan kepadanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...