Followers

Thursday, March 25, 2010

Tiba ujian sebenar buat Azizulhasni

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/03/25




AKSI Azizulhasni. Gambar kecil, Hoy.
Hoy, Bauge hadir buat perhitungan muktamad

BAYANGAN awal sinaran emas Olimpik pertama negara bakal disaksikan, hari ini di Copenhagen, Denmark apabila jagoan pecut negara, Mohd Azizulhasni Awang turun dalam pusingan pertama acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2010.
Saingan utama Azizulhasni di Copenhagen kali ini ialah juara Olimpik, Chris Hoy dari Britain dan musuh ketatnya, Gregory Bauge dari Perancis yang hadir sebagai juara dunia acara pecut. Pertemuan terakhir antara Azizulhasni dan Hoy ialah di Sukan Olimpik Beijing 2008, pada suku akhir keirin yang akhirnya memihak kepada Hoy. Bauge juga menafikan gelaran dunia buat Azizulhasni dalam acara pecut apabila menewaskannya di Pruzskow, Poland, tahun lalu.

Bagaimanapun kehadiran Azizulhasni kali ini sedikit digeruni kedua-dua pelumba itu, yang sedar peningkatan mendadak ditunjukkan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu.

“Mereka juga gentar dengan kita,” kata pengurus pasukan trek kebangsaan, Datuk Naim Mohamad, berkenaan reaksi pencabar utama Azizulhasni di Copenhagen.

Menurut Naim, ketika debaran kem negara semakin memuncak menantikan Azizulhasni dan Josiah Ng turun dalam pusingan pertama acara keirin malam ini, perkara sama turut melanda jaguh pecut handalan lain yang layak ke kejohanan dunia ini.
“Dalam satu temuramah dengan wartawan di sini, Chris ada menyatakan dia kagum dengan peningkatan ditunjukkan Azizulhasni,” kata Naim. “Jadi kali ini mungkin dia akan memberi lebih perhatian kepada Azizul.”

Pada kejohanan kali ini, Naim menjangkakan catatan lebih pantas serta rekod baru dapat dibuat oleh pelumba kerana permukaan trek yang laju. “Ketika kami sampai di sini, permukaan trek baru digosok dan ini membolehkan pelumba memecut lebih pantas,” kata Naim.

“Skuad negara sempat berlatih tiga kali di trek kejohanan, dan nampaknya Azizulhasni serta Josiah sudah dapat menyesuaikan diri.” Naim turut menyimpan harapan tinggi kepada kedua-dua pelumba untuk mencipta kejutan, terutamanya Azizulhasni yang tampak lebih bersemangat sejak tiba ke sini.

Walaupun Azizulhasni sekadar mahu menjadikan Copenhagen pentas ujian menguji kemampuannya menyaingi Hoy sebelum ke Sukan Olimpik 2012, Naim yakin elemen kejutan masih mampu ditampilkan Azizulhasni dan Josiah.

1 comment:

netplay said...

Congratulation! Silver medalist pun OK. But harap u keep up sampai dpt GOLD plak!

Do yr best on next race...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...