Followers

Saturday, September 25, 2010

Kita mampu lahir jaguh dunia

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

SHABERY (kanan) bergambar bersama
Azizulhasni di Putrajaya, April lalu.


VELODROM DBKL di Cheras menampilkan trek simen dan mempunyai jarak sepanjang 333.33 meter.

RUMAH belum dibina, pahat sudah berbunyi.

Mungkin ini ungkapan menarik yang boleh dihuraikan mengenai reaksi orang ramai berhubung hasrat pihak kerajaan untuk membina sebuah velodrom baru bertaraf dunia.

Meskipun kerja-kerja pembinaan velodrom tertutup di 'Vision Valley' Labu, Negeri Sembilan itu masih lagi belum dimulakan, namun sudah banyak pandangan negatif dan cemuhan dihambur oleh segelintir pihak yang melenting tidak tentu arah.

Begitupun, ada reaksi yang kadangkala dilihat amat keterlaluan, malah hampir semua pandangan negatif itu seolah-olah menggambarkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang bakal menikmati ganjaran hasil perkembangan positif sukan tersebut.

Sebagai makluman, anjakan kegemilangan dalam generasi baru sukan berbasikal negara telah pun berjaya mengukuhkan lagi nama Malaysia di peta dunia.

Semuanya adalah hasil daripada penca- paian menakjubkan pelumba negara seperti Azizulhasni Awang, Rizal Tisin, Josiah Ng, Anuar Manan, Adiq Husaini Othman dan ramai lagi yang telah menempa nama di pentas antarabangsa.

Situasi itu sahaja mungkin sudah cukup menggambarkan bahawa Malaysia sebenarnya mampu melahirkan ramai atlet bertaraf dunia biarpun memiliki populasi hanya 28.2 juta penduduk sahaja.

Ketika pengiktirafan diberikan kepada Malaysia di atas kejayaan-kejayaan anak tempatan ini, namun malangnya masih ada di antara kita yang lebih suka berpuas hati setakat itu sahaja.

Reaksi yang ditunjukkan itu sebenarnya adalah gambaran sebenar mentaliti rakyat Malaysia yang sering terlupa akan satu perkara - mahu melihat kejayaan ini berpanjangan dan terus dipertahankan.

Umum mengetahui bahawa perjalanan sukan di negara ini amat tipikal dan sudah boleh dijangka kerana selalunya keja- yaan itu akan berakhir terlalu awal - bak kata pujangga 'semua keindahan hanyalah sementara'.

Sejarah membuktikan bahawa fenomena sukan di Malaysia sering kali 'gempak' dalam masa seketika atau dalam kata lain, terlalu cepat mencapai klimaks.

Contoh sudah ada tetapi kita lebih suka membutakan mata dan memekakkan teli- nga.

Bola sepak, sepak takraw, memanah dan hoki adalah di antara sukan yang meng- alami zaman kemerosotan dari segi prestasi, kualiti dan kesinambungan pemain pelapis.

Kini, mangsa terbaru kepada 'klimaks awal' ini ialah sukan badminton yang suatu ketika dahulu Malaysia pernah dijulang sebagai gergasi Asia, namun kian mudah diratah selepas era milenium.

Persoalan yang timbul kini ialah: Apakah badi yang sama akan terpalit kepada sukan basikal negara setelah nama-nama seperti Azizulhasni, Rizal, Josiah, Anuar dan Adiq sudah tiada dalam 10 atau 20 tahun lagi?

Mungkin inilah yang bermain difikiran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila mengumumkan satu velodrom tertutup bertaraf dunia bakal dibina di Nilai, Negeri Sembilan.

Malah, satu lagi velodrom mini dibina khas di tempat kelahi- ran jaguh basikal negara, Azizulhasni iaitu di Dungun, Terengganu.

Difahamkan, dua velodrom itu adalah pengiktirafan terbaru kerajaan terhadap kejayaan dan sumbangan anak Malaysia dalam sukan basikal pada peringkat antara- bangsa.

Malah, ia juga dilihat sebagai satu langkah yang praktikal bukan saja dari segi melahir- kan pelapis yang berkualiti, malah menjadi platform terbaik buat Malaysia menganjur- kan kejohanan bertaraf dunia seperti Kejohanan Ber basikal Asia, Kejuaraan Berbasikal Dunia dan kejohanan antarabangsa lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sendiri melihat satu perkembangan yang positif mengenai pembi- naan velodrom tertutup di Nilai dan juga velodrom mini di Dungun.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sete- lah menyedari minat dan penyertaan pelumba basikal di negara ini semakin menunjukkan peningkatan pada peringkat kebangsaan.

"Kita mahu menghasilkan jaguh-jaguh baru dalam acara berbasikal dan pembi- naan velodrom tertutup ini dilihat penting dalam menganjurkan lebih banyak kejoha- nan trek," kata Ahmad Shabery.

"Negara kita mempunyai potensi untuk memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London dalam acara sukan ber- basikal, malah kerajaan juga berhasrat meletakkan Malaysia pada peta sukan berbasikal dunia dengan menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...