Followers

Wednesday, March 25, 2009

Ayuh bakar trek!





TRIO HARAPAN...Azizulhasni (depan), Josiah (tengah)
dan Rizal miliki peluang cerah untuk menggegarkan
Pruzskow.

CABARAN trio basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang, Rizal Tisin dan Josiah Ng di Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland akan bermula secara rasmi hari ini menerusi pecut berpasukan.

Selain itu kontinjen basikal negara ke Poland akan turut menyertai acara keirin dan pecut menerusi pelumba harapan negara, Azizul disamping Rizal yang akan mengibarkan cabaran dalam 1 kilometer ujian masa.

Kejohanan berlangsung lima hari itu menyaksikan harapan jelas disandarkan kepada Azizul yang turut menyarung jersi Putih, selaku pelumba yang menduduki ranking pertama dunia menerusi acara keirin dalam pemburuan jersi Pelangi jika mampu bergelar juara dunia.

Semua itu tampak cerah bagi anak muda Terengganu itu, merealisasikan hasrat berkenaan ditambah pula tanpa kehadiran Chris Hoy. juara bertahan dari Britain kerana mengalami kecederaan yang belum pulih sepenuhnya.
Azizul berkata, dia kini sudah bersedia menyahut cabaran dan yakin akan kemampuan dirinya dalam memberi yang terbaik selepas berjaya meraih dua pingat emas di Kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Melbourne dan Beijing China.

“Semua orang berlatih dengan gigih begitu juga kami. Kini saya sudah bersedia sepenuhnya dan dalam peringkat persiapan terakhir saya.

“Semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kesilapan daripada segi teknikal mahupun taktikal ketika perlumbaan berlangsung.

“Terima kasih di atas sokongan dan galakan yang diberikan. Saya akan memberikan yang terbaik dan berharap emas akan berada di dalam genggaman sebagai balasan buat mereka yang menyokong saya dan juga kepada Malaysia,” katanya.

Berbekalkan tempoh seminggu untuk menyesuaikan diri dengan trek dan cuaca sejuk setibanya ke Poland, 15 Mac lalu, Azizul akan turun mengibarkan cabaran seterusnya esok menerusi acara keirin dan pecut, Sabtu ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...