Followers

Monday, August 17, 2009

Untukmu Malaysia!

Untukmu Malaysia!

Oleh Aida Adilah Mat


KEGAGALAN pelumba harapan negara, Azizulhasni Awang untuk mencipta kejayaan hatrik menerusi acara keirin akhirnya terubat apabila dia sekali lagi cemerlang untuk menghadiahkan pingat emas kedua kepada negara menerusi acara 200 meter pecut individu di Kejohanan Basikal Asia (ACC), semalam.

Kejayaan itu memberi satu kepuasan bermakna buat Azizul apabila menang 2-0 ke atas Kazunari Watanabe, musuh tradisi yang mengecewakannya dalam acara keirin.

Gaya biasa Azizul melakukan wheelie selepas melepasi garisan penamat terus diperagakan sesudah mengetahui dia berada di kedudukan selesa untuk menang dengan catatan 11.447s pada pusingan pertama dan 11.525s pada pusingan kedua.

Begitupun, Azizul yang menghadiahkan kemenangan itu khususnya buat peminat sukan berbasikal Malaysia dan juga sempena kemerdekaan negara yang ke-52.






“Saya akui saya tidak berada dalam keadaan terbaik. Apatah lagi keadaan permukaan trek di sini (Velodrom Tenggarong) tidak sesuai dengan corak kayuhan saya. Kekalahan kepada pelumba trek Iran pada pusingan kedua separuh akhir semalam (kelmarin) memberi saya sedikit petua bagaimana untuk memotong pada garisan 50 meter terakhir.


“Malah, perlu juga akui saya agak takut sebelum bermula acara final ini. Maklumlah saya sudah kalah dalam acara keirin.

“Jadi apa cara sekalipun saya perlu menang pingat emas malam ini. Selepas menang pusingan pertama dengan selesa, saya tahu saya boleh menang pingat emas acara ini (200m pecut),” katanya.

Sementara itu hasrat kem negara merangkul pingat emas ketiga menerusi Rizal Tisin yang turun dalam acara 1 kilometer ujian masa terkubur apabila pelumba negara itu tewas kepada pelumba China.

Rizal terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatatkan 1:05:759s manakala pelumba China, 1:04:910.

Kemenangan itu bermakna Malaysia kini keseluruhannya sudah meraih 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa.

Terdahulu, pelumba wanita negara Fatehah Mustafa berjaya memberi pingat gangsa kedua kepada negara menerusi acara 200 pecut wanita.

1 comment:

Fingers of God said...

congrates mr.azizul.

jangan mudah mengalah.

fight till die!

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...