Followers

Thursday, November 11, 2010

Azizulhasni tak perlu ubah gaya kayuhan-Utusan

GUANGZHOU - Mohd. Azizulhasni Awang tidak akan mengubah gaya kayuhannya dalam acara keirin, walaupun corak tersebut telah 'mematikan' hasratnya untuk meraih pingat emas pertama pada Sukan Komanwel New Delhi, bulan lalu.

Ini ditegaskan oleh jurulatihnya John Beasley, yang menganggap gaya kayuhan anak buahnya itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian pada pada temasya di Delhi.

Beasley bagaimanapun mengakui, malah mengingatkan bahawa saingan tuan rumah, China selain Jepun tidak wajar dipandang ringan.

''Pelumba kita akan berdepan perlumbaan sengit walaupun peluang untuk mencapai sasaran pingat tetap ada," kata Beasley, pada sidang akhbar selepas upacara menaikkan bendera Malaysia di perkampungan Sukan Asia XVI, semalam.

Di Delhi, Azizulhasni yang mendapat tempat pertama dalam acara akhir keirin, terpaksa melepaskan pingat emasnya itu kepada rakan senegara, Josiah Ng selepas kemenangannya dibatalkan, kerana didakwa melakukan kesalahan ketika memintas.

Azizulhasni, yang sememangnya menjadi pilihan dalam acara keirin bagaimanapun tidak pulang hampa selepas membantu kemenangan gangsa skuad negara dalam acara pecut berpasukan.

Dalam pada itu, Beasley mahu kesemua pelumba Malaysia mempamerkan kayuhan tinggi pada perlumbaan nanti, memandangkan mereka telah melakukan persiapan yang rapi, di samping meraih banyak pengalaman dalam perlumbaan yang disertai sejak Mac lalu.

Dalam pada itu, pemenang emas keirin di Delhi, Josiah Ng yakin kemampuan Malaysia untuk meraih kedudukan 1-2 dalam acara yang sama di Guangzhou.

''Walaupun pada mulanya letih selepas kembali dari Komanwel, kesempatan waktu yang ada selepas itu saya guna untuk memulihkan semula tenaga dan sekarang saya lebih yakin untuk menghadapi saingan Sukan Asia," kata Josiah.

Bagi satu-satunya prospek pingat pertama negara, Fatehah Mustapha, dia berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh dalam acara trek yang akan bermula Sabtu ini, selepas mendapat 'semangat' baru semasa menyertai Piala Dunia di Melbourne tahun lepas.

''Saya bertambah yakin selepas mencatat 35.9 saat dalam Piala Dunia dan Insya-Allah saya akan berusaha untuk menghadirkan pingat buat negara," katanya. - Utusan

2 comments:

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL said...

rakyat malaysia mendoakan kejayaan the Rocket Pocketman... Allah permudahkan urusan mu bro ...

wan

Fingers of God said...

tahniah mate.u make malaysia proud and malaysian falg stand higher and higher.ur dreams in keirin come reality.extreme power.keep up ur gud work..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...