Followers

Wednesday, November 10, 2010

Buru emas -HARIAN METRO

THE Rocket Pocketman berazam menebus kehampaannya di Sukan Komanwel New Delhi dengan meraih pingat emas di Sukan Asia Guangzhou.

Begitu tekad jaguh pelumba keirin negara, Azizulhasni Awang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, bersama-sama rakan sepasukan dan jurulatih John Beasley, awal pagi semalam.


Sekalipun kelihatan agak penat selepas melalui 10 jam penerbangan terus dari Melbourne, Azizulhasni mengakui pencabar utamanya datang daripada pelumba Jepun, manakala cabaran daripada pelumba China tidak boleh dipandang ringan. “Tekad saya memang untuk merangkul pingat emas di sini. Saya sudah melipat gandakan latihan sebaik Sukan Komanwel New Delhi berakhir.

“Memang sedih bila dikenang semula pengalaman di New Delhi. Kemenangan saya tidak diiktiraf dan dibatalkan sedangkan keputusan juri teknikal boleh dipertikaikan.


“Apapun saya sudah lupakan kekecewaan itu dan bertekad memenangi pingat emas buat negara,” katanya.


Di Guangzhou, Azizulhasni yang menerima biasiswa Perpaduan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke Sukan Olimpik 2012 London akan beraksi dalam acara kegemarannya, keirin, 200m pecut dan pecut berpasukan bergandingan dengan Rizal Tisin dan Josiah Ng.

Di New Delhi, Azizulhasni hanya membawa pulang pingat gangsa dalam acara berpasukan dan ternyata pelumba kelahiran Terengganu itu menjadi harapan Majlis Sukan Negara (MSN) meraih pingat emas bagi mengakhiri kemarau 30 tahun sejak Daud Kassim dan Ng Joo Ngan memenanginya di Sukan Asia Bangkok 1970.

1 comment:

Fingers of God said...

tahniah mate.u make malaysia proud and malaysian falg stand higher and higher.ur dreams in keirin come reality.extreme power.keep up ur gud work..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...