Followers

Monday, October 5, 2009

Azizulhasni kejut juara dunia


Oleh Syed Riduan Ahmad

Atasi Bauge di GP Medellin

AZIZULHASNI Awang mencipta kejutan dengan menewaskan juara dunia, Gregory Bauge untuk menjuarai acara pecut kejohanan berbasikal trek Grand Prix Medellin, Colombia, kelmarin.

Selepas menguasai peringkat kelayakan dengan 10.352 saat dengan mengatasi Teun Mulder dari Belanda dan Bauge yang masing-masing mencatat 10.393s dan Bauge 10.445, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, membuktikan kehebatannya itu bukan sekadar nasib.

Malah, kejayaan menundukkan jagoan Perancis, Bauge, pelumba yang mengecewakannya di peringkat akhir Kejohanan Dunia di Pruzskow, Poland, Mac lalu, cukup manis dalam menebus kekecewaannya selama tujuh bulan.


Saya berjaya mengalahkan juara dunia. Ini memberikan saya kepuasan yang tidak terhingga.

"Sekarang saya berharap dapat mengulangi kejayaan sama dalam acara keirin," katanya yang sekadar menyumbang perak acara kierin.

Sebahagian acara pada hari kedua Grand Prix Medellin terpaksa ditunda akibat hujan lebat di velodrome terbuka Gran Caracol de Pista, kelmarin.







1 comment:

me said...

any videos please?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...