Followers

Monday, October 5, 2009

Emas dari Colombia


Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my


HADIR selaku pelumba jemputan, jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang membuktikan dia berada di kelas tersendiri apabila menghadiahkan pingat emas buat Malaysia di Grand Prix Medellin, Colombia, semalam.

Kejayaan meraih kemenangan dalam acara pecut dan berada di kedudukan kedua dalam acara keirin membolehkan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul juara keseluruhan di grand prix berkenaan.

Tambah membanggakan, Azizul berjaya mengharumkan nama negara ketika Malangnya Josiah Ng yang turut hadir sebagai jemputan, gagal menyerlah.

Tampak impian percaturan negara menjelang misi merangkul emas pertama pada Olimpik London 2012 kini berada di landasan tepat, dengan Azizul tidak lagi menoleh ke belakang dengan kejayaan menewaskan juara dunia dari Perancis, , Kevin Sireau dan Gregory Bauge.

“Syukur Alhamdulillah, saya berjaya melaksanakannya dan kejayaan ini bakal memberi semangat untuk saya mengejar kejayaan.

“Kemenangan ini juga membuktikan bahawa saiz bukanlah ukuran kepada kejayaan seseorang individu itu terutama dalam sukan berbasikal ini,” katanya.

Azizul turun buat kali kedua dalam acara pecut semalam selepas acara berkenaan ditangguhkan berikutan hujan lebat, kelmarin.

Rentaknya kecemerlangannya sedikit terganggu apabila dilihat sedikit kepenatan kerana terpaksa turun dalam dua acara bagaimanapun terubat apabila misi menewaskan Bauge, pelumba yang meranapkan hasratnya mencipta sejarah untuk menjadi pelumba pertama negara merangkul emas di Kejohanan Basikal Trek Dunia di Pruskow, Poland, Mac lalu berjaya ditewaskan.

“Saya amat berpuas hati dan terlalu gembira. Misi membalas dendam ke atas Bauge berjaya dilaksanakan ketika pertarungan penentuan 1/4 manakala pada penentuan final saya menentang Teun Mulder,” katanya yang mendapat sokongan padu daripada ribuan penonton yang membanjiri lokasi kejohanan dengan namanya ‘Azizul’ dilaungkan setiap kali turun beraksi.

Azizul yang akan meneruskan pengajian semester dua di Universiti Universiti Deakin, Australia pada 19 Oktober ini berkata, selepas ini dia akan memberi tumpuan dalam siri Piala Dunia Klasik yang pertama di Manchester, akhir bulan ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...