Followers

Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa semperna MERDEKA

Assalammualaikum kepada semua pengikut blog aku,baiklah bulan Ramadan ni aku mcm ade mase sikit nak update blog aku yang usang ni..Sebelum tu,aku nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua WARGA 1 MALAYSIA.Alhamdulillah,Allah selamatkan negara kita ,Negara yang mempunyai berbilang bangsa yang sentiasa aman dan sentosa.Bersyukur jugak,untuk MERDEKA kali ini,kite umat Islam menyambut bulan kemerdekaan di samping bulan RAMADAN yang mulia.Jadi,untuk itu sama-sama kite menyimpan azam untuk menjadi BANGSA yang MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKAA!!

Untuk menyambut hari yang penuh bermakne ni,aku sekali lagi telahpun menjadi suami yang rajin untuk masak sebab isteri aku ade kelas hari ni,jadi,sekali lagi aku offer diri untuk menyiapkan juadah berbuka puasa semperna HARI KEMERDEKAAN ini.Jadi,untuk menjadi orang yang MERDEKA ,aku telahpun mencuba untuk membuat karipap.Sebab hari tu,aku mengidam dan suruh isteri aku buat.di sebabkan inti banyak lagi jadi aku rase nak try buat Karipap itu sendiri...selain itu jugak,semalam genaplah 7 bulan aku menjadi seorang suami..Alhamdulillah,semoga Allah merestui hubungan kami.Amin


Jadi inilah hasilnye....Karipap istimewa dari aku..mane tau nnti aku boleh jual kat bazar ramadan bile dah balik Malaysia...Aku dan wife minat memasak .So lepasni mungkin kami cuba buat kuih lain pulak..!
Antara lauk-pauk semperna MERDEKA ialah:

Homemade DIMSUM and KARIPAP (masakan tradisional orang Cina & Melayu)
Boleh la nk dikire sebagai MAKANAN 1 MALAYSIA.


Paru goreng-Fried Lung (my wife loves this)

Our Menu For Bukak Puasa..So simple janji kenyang dan tidak membazir
Memperkenalkan -Air Satu MALAYSIA-air bandung cincau


Aku jugak ade something nk share ngn korang semua....
janji korang semua terhibur!!


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yang ke 53!
SELAMAT BERBUKA PUASA
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA


jangan lupa 10 malam terakhir di bulan RAMADAN ye kawan-kawan doakan aku berjaya di sukan Komanwel dan sukan Asia-AMIN







Monday, August 30, 2010

Mama Wong's Kitchen

Alhamdulilah,kenyang aku makan untuk berbuka pose harini.....kalini restaurant yang di jadikan destinasi Jalan-jalan cari makan bersama aku adalah di MAMA WONG's KITCHEN ,HALAL 100 percent ..from Hong Kong ,Kedai bersih makanan pun melazatkan!!!
Antara menu aku berbuka dengan Isteri adalah :Cantonese Sweet Lemon Chicken: memang best!! harga dia pun best 13.50 dolar

Then,kiteorg order Salt & pepper King prawns ..sedap jugak..harga 16.50 dolar



Chicken Friend Rice yang sedap jugak .....8.00dolar

As the appertiser, kiterorg order curry puff ....4.20 dolarMemang sedap kesemua makanan yang ada kt kedai ni..layanan pun terbaik..friendly ..memang puas ati laa......so at least ade jugak kedai Chinese Food halal kat Melbourne.Aku nye isteri suke sangat makan Chinese Food..aku yang x brape suke lame2 suke and boleh layan makanan kegemaran die...


Kite makan DULU!!!










recommended ..try la kepada org2 Melbourne yang nk try cuba!silalah pergi ye!






Friday, August 27, 2010

Perhatian!!!

kepada semua rakan-rakan dan taulan..

tak kira dimana anda berada...

tak kira jauh ataupun dekat..

tak kira hitam atau putih..

tak kira timur,barat,selatan mahupun utara

tak kiralah ape yang tak kiralahhh!!!

tahun ni nak dapat kad raya banyak-banyak dari korang sume

boleh tak???? huhuhuhu

buktikan yang anda semua adalah budiman...


TRIMASSSS...

iPhone 4G

wahhhhhh!!!!!

iPhone 4G ni beb!!!

caya or tak..phone canggih manggih ni da lame kuar kat Melbourne nih tapi sume under contract ler..

kalau korang register for 2 years under mane-mane line kat sini, korang akan angkat phone ni dengan free saje..alomak!!betul ke!!

betul ler..awat nak tipu lakk...

so aku ngah tunggu kedatangan phone yang canggih manggih lagi dari ni tuk menggantikan phone lame ku yang berjasa ni....

hehehe.....

(p/s:kalau ade orang nak kasik dialu-alukan)

Kisah Nabi Adam a.s (part 3)

Pencarian Yang Berakhir Dengan Pertemuan

Nabi Adam a.s yang diturunkan di Pulau Sri Langka (Ceylon) telah terpaksa mengharungi hutan belantara di pulau itu dan lautan untuk ke tanah besar benua India.Nabi Adam a.s yang tingginya hamper mendekati pucuk pokok kelapa itu telah menjadikan pulau-pulau di antara Pulau Ceylon dengan tanah besar benua India sebagai jambatan atau titian kakinya.Sebab itulah sekarang ini beberapa buah pulau di antara Pulau Ceylon dengan India dinamakan dengan ‘TITIAN ADAM’.

Setiap yang terlibat dengan peristiwa penyingkiran Adam a.s dan Siti Hawa dari syurga pun dikeluarkan juga termasuklah burung merak dan ular.Siti Hawa diturunkan di tanah Arab kawasan Judah dan beliau telah berjalan ke arah timur mencari suaminya yang sangat dicintai itu.Allah SWT telah menghalakan hati mereka ke arah pasangan masing-masing.Nabi Adam a.s terasa mahu berjalan kearah barat manakala Siti Hawa kearah timur.Berjalanlah masing-masing kearah tersebut bersama linangan air mata.Ketika berjalan itu,mereka berdua saling memanggil nama masing-masing.Serupalah dengan kelakuan manusia sekarang didalam mencari orang yang sesat atau hilang.

Setelah berasa penat berjalan (inilah kali pertama mereka terasa erti kepenatan kerana ketika didalam syurga tidak pernah ditimpa rasa penat) bertemulah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa disebuah tempat lapang yang luas saujana mata memandang di Mekah.Berpeluklah mereka berdua suami isteri itu dengan gembira kerana pertemuan itu sambil menangis.Mereka amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mempertemukan mereka itu

Iftar with Deakin Uni Students

Majlis berbuka puasa bersama students Malaysia di bumi GEELONG,AUSTRALIA.
Terima Kasih kepada tuan empunya rumah yang sudi menjemput aku dan isteri aku ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih berjemaah.Inysa Allah jika ada kelapangan ,aku nak pegi lagi.










Tomyam for wifey

Disebabkan kesebokkan yang melampau,aku kesian dekat wifey aku ..jadi aku pun membuka buku resepi untuk memasak tomyam idaman untuk isteri tersayang.Wifey suka makan tomyam aku pulak kureng suke.Tapi bile dah kawin,aku tetibe suke pulak tomyam...!Kelas isteri aku jauh..1 jam dari Melbourne..Aku balik je dari trek,aku terus ke dapur..dan prepare masakan untuk berbuka puasa bersama wifey.....inilah 1st time aku masak Tomyam!dan inilah jugak kali pertama aku served bukak pose untuk wifeyku....



Ni la hasilnye..amacam?






Wednesday, August 25, 2010

Kunjungan Menteri Belia & Sukan ke Melbourne

Dalam persiapan ke Komanwel yang hanya beberapa minggu sahaja lagi,Menteri Belia dan Sukan ,Dato Shabery Cheek serta pegawai-pegawai dari KBS dan MSN telahpun melawat kami di Melboure.Segala aktiviti harian kami di lihati oleh Menteri sendiri dan memberi suntikan semangat yang jitu kepada saya untuk membuat persiapan bersungguh-sungguh menjelang Sukan Komanwel yang akan tiba tidak lama lagi.Saya mewakili pelumba basikal yang lain mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato dan pegawai-pegawai KSN dan MSN yang sudi hadir melawat kami di Melbourne.Ini juga kali pertama saya memperkenalkan "orang yang banyak membantu saya dan menaikkan nama saya",iaitu isteri saya kepada tetamu dari Malaysia.Saya memperkenalkan isteri kepada Encik Ibni,dari Majlis Sukan Negeri Terengganu .

Puas mencari tempat untuk Lunch time,akhirnya kami menjumpai satu spot yang sangat happening .Untuk orang2 yang suka makan Seafood ,saya rasa restaurant di Crown ini merupakan tempat yang sesuai di jadikan habuan.Dato' Shabery telahpun memesan seafood platter kepada kami semua .Seafood platter di sini di susun bertingkat2 dan di lengkapi dengan perkakas dan alat-alat untuk memakan seafood.
ouh sedap tak terkata,kalau nk pergi seorang dan pergi dgn Isteri memang tak mampu lah saya nak bawak dia makan hari-hari dekat kedai ni.Selesai Seafood platter ,masing-masing order menu Seafood yang lain.
My coach,John Beasley with his baby snapper.Menu yang di order oleh John sangat menyelerakan .Mungkin satu hari, jika saya menang Komanwel saya akan bawa Isteri meratah ikan di kedai ini kembali boleh celebrate birthday bini sekali.

Selesai sesi makan,kami bergegas ke Velodrome tempat di mana saya berlatih.Velodrome terletak di Darebin mengambil masa dalam 20 minit driving dari City.Menteri dan para pegawai yang lain melihat reka bentuk Velodrome barangkali akan membina Indoor Velodrome sebegini di Malaysia.


Kemudian,Menteri dan para pegawai mengunjungi rumah para atlit lumba basikal di Melbourne.Kami berterima kasih sekali lagi dengan kemudahan yang di berikan kepada kami dan janji kami adalah melakukan yang terbaik untuk MALAYSIA!!

Pada malam hari,Dato Shabery Chek mempunyai program bersama belia-belia di Melbourne dan menjemput kami,para pelumba basikal yang berada di Melbourne untuk ke Majlis tersebut.Alhamdulillah,tanpa di duga,Dato Shabery Chek memperkenalkan kami kepada semua pelajar di dalam dewan tersebut.Seorang demi seorang bangun dan memperkenalkan diri masing-masing.



"Hello everyone.my name is Azizul the pocketrocketman.Im the smallest yet the strongest"


Selesai majlis,saya dan rakan-rakan bergambar dengan Menteri sebagai kenang-kenangan .Saya seikhlas hati berbangga dengan misi dan perjuangan yang di lakukan oleh Menteri Belia dan Sukan kita.Pelbagai pembaharuan di lakukan masa demi masa.Semoga sukan di Malaysia akan terus berkembang dan kita rakyat Malaysia sama-sama menjadi masyarakat yang produktif dan aktif!!Selamat melakukan ibadah puasa .Sertai aktiviti-aktiviti sihat dan yang mendatangkan pahala.


AzizulAwang




















Sunday, August 15, 2010

Did you know?

Your stomach has to produce a new layer of mucus every two weeks otherwise it will digest itself.

Your right lung takes in more air than your left one does.

Your heart beats over 100,000 times a day

Women's hearts beat faster than men's.

The elephant is the only mammal that can't jump.


Peanuts are one of the ingredients of dynamite.


Penguins can jump as high as 6 feet in the air


Pinocchio is Italian for "pine head."

and

The most common name in the world is Mohammed.

kisah nabi adam a.s (part 2)

Nabi Adam a.s diberi teman hidup
Setelah puas berjalan sambil menikmati buah-buahan syurga dan semua makanan syurga yang lazat, Nabi Adam a.s lalu berbaring di bawah sepohon kayu, tiba-tiba Nabi Adam a.s terlihat dua ekor burung syurga sedang berkasih-kasihan diatas dahan pokok sehingga menimbulkan perasaan itu dalam hatinya untuk hidup berteman seperti burung itu.Lalu sambil mengenangkan nasibnya, Nabi Adam a.s terlena.
Setelah terjaga,Nabi Adam a.s mendapati seorang perempuan muda yang sangat jelita disebelahnya.Beliau kaget,takjub serta gembira melihat kehadiran seorang perempuan muda dan jelita.Lalu beliau bertanya “Kamu ni siapa?” jawap perempuan itu “Saya adalah Hawa (ertinya Yang dicipta dari sesuatu yang hidup iaitu diri Nabi Adam a.s sendiri)”.
Setelah itu Allah SWT menceritakan kepada Nabi Adam a.s bahawa perempuan itu dijadikan daripada rusuk kiri yang paling bawah sekali ketika beliau sedang tidur tadi.

Cinta mula bersemi di hati Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
Setelah Nabi Adam merenung Siti Hawa,tiba-tiba bertunas didalam hatinya perasaan cinta yang membara dan bergejolak begitu juga dengan Siti Hawa.Ini semua kerana Allah SWT memperlihatkan tanda kebesaranNYA sebagaimana firmanNYA didalam Al Quran surah Ar Rum ayat 12
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah Dia (Allah SWT) mencipta untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya.Dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih sayang.Dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang suka berfikir”.
Hiduplah bersenang-senanglah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa didalam syurga dan menikmati semahu-mahunya semua kemudahan,buahan,makanan,daging dan sebagainya.Tetapi mereka hanya ditegah satu perkara iaitu tidak dibenarkan untuk menghampiri sejenis tumbuhan, apa lagi memakannnya.Hal ini diceritakan dalam Al Quran surah Al A’raf ayat 19
“Wahai Adam! Tinggalkanlah kamu disyurga ini bersama-sama isterimu. Dan makanlah kamu berdua(buah-buahan) dimana sahaja kamu berdua sukai.Tapi janganlah kamu berdua mendekati pokok ini,nanti kamu akan termasuk kedalam golongan orang-orang zalim”.
Iblis la’natullah yang berada dibumi mengetahui tentang perkara tersebut dan berazam ingin memperdayakan kedua-dua insan musuhnya itu supaya mereka menderhakai Allah dengan memakan buah kayu itu.
Tapi bagaimana caranya?

Iblis berazam menyingkirkan Adam dan Hawa dari syurga

Iblis la’natullah adalah satu makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat cerdik.Sebelum menderhakai Allah SWT, namanya adalah Azazil.Rupanya sangat elok dan tidak ada tempat dibumi ini tidak pernah kena jejak kakinya.Mengikut riwayat,tiada sejengkal bumi pun yang tidak kena sujud dahi Azazil.Dikatakan ia bersujud kepada Allah SWT dibumi selama 70,000 tahun sebelum Nabi Adam a.s diciptakan.
Lalu naiklah ia ke langit dan duduk dipintu syurga dengan menyamar sebagai seorang tua sambil menangis tersedu-sedu.Tangisan itu didengari oleh seluruh penduduk syurga.Tiba-tiba burung merak yang bermain-main berhampiran pintu itu lantas bertanya “Kenapakan pakcik menangis ni,apa yang telah terjadi?”
Iblis menyatakan beliau sedih kerada ada orang akan keluar dari syurga dan dia ingin mengajarkan beberapa doa kepada orang itu yang akan menyelamatkan dari dihalau dari syurga, itulah belit si iblis
Namun iblis gagal dalam memujuk si merak untuk membuka pintu syurga tersebut kerana si merak memberitahu bahawa kunci pintu syurga dipegang oleh malaikat.Namun iblis tetap memujuknya untuk mengajarkan doa itu kepada ahli syurga yang akan diusir itu.
Lalu berjalanlah si merak mencari orang yang memegang kunci pintu syurga.Bertemulah dengan si ular dipertengahan jalan.Lalu diceritakan tentang hal tersebut kepada si ular ini dan mereka berdua pun lantas ke pintu syurga berjumpa dengan si tua.Si ular pun menjengukkan kepalanya keluar melalui pintu syurga itu lalu iblis yang melihatnya lantas berpura-pura untuk mengajar doa berkhasiat tiga perkara itu tapi katanya bayaran perlu dibalas iaitu ular mesti berusaha membawanya kedalam syurga.
Namun ular tetap enggan, katanya selagi Nabi Adam a.s didalam syurga,pintu itu tidak dapat dibuka.Setelah merasa peluang untuk memujuk dan untuk memasuki syurga amat tipis lalu melompatlah iblis kedalam mulut si ular ketika ia bercakap-cakap.Digerakkan ular berjalan menuju ke arah tengah syurga.Diarahnya untuk mendekati Pokok Khuldi,iaitu pokok yang iblis sendiri menamakannya dengan Khuldi(kekal) yang Allah SWT melarang Nabi Adam dan Siti Hawa mendekatinya.

Siti Hawa kalah pada pujuk rayu iblis
Siti Hawa pun menujulah ke arah pohon itu kerana terdengar akan suara orang menangis.Lalu bertanyalah Siti Hawa “Tuan ini siapa dan kenapa tuan menangis ini?”
Jawab iblis, “Saya adalah malaikat dan saya menangis kerasa saya sungguh sedih kerana suami puan,Adam akan diusir dari syurga kecuali jika anda berdua memakan buah dari pohon Khuldi ini” pujuk iblis menjalankan fitnahnya.
Setelah dipujuk oleh iblis lantas Siti Hawa mengambil tiga biji buah larangan itu lalu dimakannya sebiji dan diberi kepada suaminya dua biji.Tapi Adam a.s enggan memakannya.Mengikut cerita ,setelah Siti Hawa puas memujuknya nabi Adam a.s tetap tidak mahu memakannya,lalu Siti Hawa mencari sejenis air pelupa lalu diberikan kepada suaminya.Apabila Nabi Adam a.s meminumnya,ia jadi lupa terhadap perjanjiannya dengan Allah supaya jangan menghampiri pokok itu dan memakan buahnya.
Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dibuang ke dunia
Ketika buah itu masuk hingga ke batas halkum,Malaikat Jibrail a.s mencekik leher Nabi Adam a.s tepat pada tengah-tengah lehernya lalu melekat di situ (inilah yang menyebabkan semua lelaki mempunyai halkum dilehernya) dan hilanglah segala kebesaran dan kemuliaan Adam a.s dan Siti Hawa.Pakaian mereka berdua hilang lesap menyebabkan mereka bertelanjang dan saling memandang aurat masing-masing.
Bergegaslah Nabi Adam a.s mengambil daun kayu syurga untuk menutup auratnya dan aurat isterinya kerana terlalu malu.Perasaan berdosa menyelinap masuk kedalam diri kedua-dua insan tersebut.Kemudian perlahan-lahan menitis air mata menikam bumi.Semakin deras dan akhirnya mereka sujud memohon ampun dengan esak sambil menyatakan penyesalan mereka.Buat masa sekarang (ketika masih berada didalam syurga) Allah SWT sesekali tidak mahu mendengar rayuan mereka,Ia mahu menghukum keduanya terlebih dahulu sebelum mengampuninya.
Turunlah Nabi Adam a.s dan isterinya ke bumi dengan menaiki sejenis kenderaan berenjin daripada cahaya.Ketika keduanya ditempatkan pada kawasan yang berasingan di bumi mulalah keduanya mencari regu masing-masing.
Dapatkah Nabi Adam a.s bertemu dengan Siti Hawa?Dimanakah Nabi Adam a.s diturunkan?
Ikuti sambungannya

Friday, August 13, 2010

KISAH NABI ADAM A.S (Part 1)

Nabi Adam A.S diciptakan dari tiga jenis tanah

Pertama: Allah SWT memerintahkan Jibarail a.s supaya mengambil tanah kering yang seperti tembikar.
Kedua: Allah SWT memerintahkan Jibrail a.s mengambil tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam
Ketiga:Allah SWT memerintahkan Jibarail a.s supaya mengambil saripati tanah

Bumi enggan membenarkan Malaikat Jibarail a.s untuk mengambil tanah yang tiga jenis itu lalu Jibrail a.s menghadap Allah SWT mengadu kepadaNYA tentang keengganan bumi untuk menyerahkan sebahagian tanah (dirinya) kepada Jibrail a.s

Lalu Allah SWT mengarahkan Malaikat Mikail a.s untuk menggantikan tugas Jibarail a.s tersebut.Tetapi juga ditegah oleh bumi.Kemudian Malaikat Israfil a.s pula diperintahkan oleh Allah SWT namun berakhir dengan kegagalan jua.Akhirnya Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail a.s supaya turun mengambil segenggam setiap jenis satu tanah itu. Lalu malaikat Izrail a.s menghulurkan tangannya untuk mencekau ketiga-tiga jenis tanah itu lalu bumi menyergahnya seperti yang dilakukan kepada ketiga pembesar malaikat terdahulu.Tapi Izrail a.s keras dan teguh memegang perintah Allah SWT lalu diragutnya ketiga jenis tanah it uterus dibawa naik ke hadhirat Allah SWT.Dengan kejayaan itu,Allah SWT lalu member tugas kepadanya untuk mengambil nyawa setiap mahkluk yang hidup termasuk manusia dan dia diberi gelaran MALIKIL MAUT bererti ‘PENGUASA KEMATIAN’



Iblis disingkir dari bumi syurga


Lembaga Adam yang telah sempurna kejadiannya berdiri gagahnya didalam syurga walaupun tanpa roh.Ketika itu Allah SWT mengeluarkan perintahNYA kepada semua malaikat dilangit supaya sujud kepada lembaga manusia pertama itu.Sebagaimana Al-Quran menceritakan didalam surah Al-Baqarah ayat 34:
“Dan(ingatlah) ketika Kami (Allah SWT) berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu semua (kerana menghormati dan memuliakan) kepada (Nabi) Adam. Makan sujudlah (para malaikat) semua kecuali iblis. Ia enggan dan menyombong diri.Lalu termasuklah dia kedalam golongan orang-orang yang kafir”.

Mendengar jawapan iblis itu maka murkalah Allah SWT terhadap makhlukNYA yang bangsat itu.Kemudian Allah SWT menghalaunya meninggalkan bumi syurga.Tetapi sebelum melangkah keluar,iblis memohon kepada Allah SWT supaya diberi kepadanya umur yang panjang supaya dapat hidup hinggalah ke Hari Qiamat untuk membalas dendamnya terhadap Nabi Adam a.s.

Sebelum beredar dari syurga, iblis la’natullah terlebih dahulu berjalan menghampiri lembaga bapa manusia itu sambil mengelilinginya.Kerana sangat benci lalu iblis meludah ke perut Adam a.s dan ludahnya betul-betul melekat di tengah-tengah perut lembaga Adam a.s.Melihat itu,Malaikat Jibrail as. Dengan segera mencungkih buang air liur tersebut dengan cara menculik (dengan kukunya) tanah yang terkena ludahan tersebut lalu menyebabkan terjadinya pusat Adam a.s. Itulah sejarah terciptanya pusat manusia.

Setelah meludah lalu turunlah iblis dari syurga dan rupanya telah ditukar oleh Allah SWT dari rupa malaikat yang cantik indah kepada rupa iblis yang hodoh buruk.Setelah itu Allah SWT pun meniupkan rohNya kedalam lembaga manusia itu, dengan tiba-tiba hidup dan menjadilah seorang manusia yang sempurna seta berkemahuannya.

Mengikut cerita, tempoh untuk roh itu meresap keseluruh bahagian kepala Adam a.s sahaja mengambil masa 200 tahun baru sempurna resapannya.Namun Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.


Apakah Nabi Adam a.s sudah berbangsa.

Mungkin kita tertanya-tanya apakah Nabi Adam a.s juga mempunyai bangsa?
Mengikut hadith bahawa Nabi SAW menjelaskan bangsa Nabi Adam a.s..Baginda mengatakan empat orang nabi berbangsa Suryani.Mereka ialah Nabi Adam a.s, Nabi Syith a.s, Nabi Idris a.s, dan Nabi Nuh a.s..Manakal empat orang pula berbangsa Arab iaitu Nabi Hud a.s, Nabi Salih a.s, nabi Syuaib a.s dan Nabi kita Muhammad SAW.


Allah SWT mengurniakan Nabi Adam a.s ilmu yang luas

Untuk membuktikan kepada semua malaikat yang dahulunya mempersoalkan kewibawaan dan keunggulan manusia yang Dia mahu ciptakan itu, maka Allah SWT terlebih dahulu mengajar Adam a.s semua nama benda sehingga dikatakan Nabi Adam a.s mengetahui,mengenali dan mengingati nama-nama segala sesuatu kejadian Allah SWT yang wujud pada masa itu.


Rupa Nabi Adam a.s

Mengikut ulama-ulama tafsir, wajah Nabi Adam a.s amat kacak dan tampannya sebagaimana juga rupa semua nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain,mengikut ulama-ulama tafisr juga,terdapat sebelas orang nabi yang mempunyai wajah yang hamper serupa iaitu Nabi Adam a.s,Nabi Ishaq a.s,Nabi Ya’qub a.s,Nabi Yusuf a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Harun a.s dan Nabi Muhammad SAW.

Mengenai saiz bangunan tubuh Adam a.s terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa tinggi tubuh badan Adam a.s adalah 60hasta manakala lebarnya 7hasta.Ini menunjukan betapa besar dan tingginya bapa kita dahulu kalau dibandingkan dengan cucu cicitnya di abad ke-20 ini.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak




Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua rakan-rakan diluar sana..

Pertamanya, aku nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam diluar sana samada yang berpuasa atau tidak..hehe..diharapkan Ramadhan tahun ini memberi seribu makna dan keberkatan..marilah kita sama-sama berlumba untuk beribadat di bulan yang penuh keberkatan ni..

Setelah sekian lama aku tak update blog ni kerana ke-BUSY-an yang terlampau dengan rutin harian, al maklumlah SUKAN KOMANWEL dah hampir tiba..tinggal beberapa minggu je lagi..Tapi Alhamdullilah dengan tibanya bulan Ramadhan ini tiba-tiba hati aku ni tergerak nak update blog ni..

Untuk pengetahuan kalian semua, ketika sedang aku menulis blog ini, hanya tinggal lagi ENAM MINGGU lagi untuk SUKAN KOMANWEL bermula. Jadi diharap kita sama-sama berdoa supaya kotinjen Malaysia dapat beraksi dengan cemerlang..Insyaallah..

Bermulanya Ramadhan, aku juga memulakan misi untuk membaca buku yang aku sempat beli ketika transit di Malaysia dahulu..buku ini berjudul 25 ORANG NABI-NABI..Insyaallah akan aku kongsi apa isi kandungan buku ini untuk kita manfaatkan bersama dan menambah ilmu pengetahuan..

Salam Ramadhan dari Thepocketrocketman..


Friday, August 6, 2010

Jerman: Pemain Bolasepak Dikecualikan Berpuasa

BERLIN 6 Ogos - Pemain bola sepak profesional muslim mungkin boleh makan seperti biasa menjelang bulan Ramadan bermula Rabu depan berikutan satu kata sepakat telah dilakukan di antara para pemimpin Islam dan pegawai sukan Jerman.

Dewan Pusat Muslim di Jerman telah membuat perbincangan bersama badan bola sepak profesional negara itu dan meminta nasihat dari ulama Islam bagi menyelesaikan pertikaian terhadap pemain yang berpuasa.

Universiti Al-Azhar di Kaherah membuat kesimpulan bahawa pengecualian dari berpuasa di bulan Ramadan boleh dilakukan oleh pemain profesional.

Pihak berkuasa terkemuka di Sunni Islam, Al- Azhar menulis, “kontrak di antara pemain dan pasukan memerlukan pemain memberikan persembahan terbaik dan jika ini adalah satu-satu sumber pendapatan mereka, yang memaksa bermain ketika puasa, mereka dibenarkan untuk makan.” - AFP

Azizul bangga nama dicadang untuk velodrom

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2010/08/06

AHMAD Shabery  (tengah) ditemani  Zolkples   (kiri) dan   Azizulhasni  menyempurnakan majlis pecah tanah Velodrom Mini di Dungun, semalam.
AHMAD Shabery (tengah) ditemani Zolkples (kiri) dan Azizulhasni menyempurnakan majlis pecah tanah Velodrom Mini di Dungun, semalam.
VELODROM Mini yang akan dibina di Kampung Balai Besar, Dungun, Terengganu bakal dinamakan sempena nama jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang andai atlit idola itu berjaya meraih pingat emas acara lumba basikal pada Sukan Olimpik 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata cadangan itu dibuat sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara itu yang juga anak jati Dungun kerana berjaya mengharumkan nama negara hingga ke pentas sukan dunia dalam acara lumba basikal.
“Ini adalah cadangan kita dan akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk dibincangkan,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Velodrom Mini di Dungun, semalam.
Hadir sama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni dan Nurul Fatehah Mustaffa.

Azizulhasni berkata, dia bangga dengan cadangan menamakan velodrom mini itu sempena namanya dan ia menjadi suntikan semangat.

“Ia menjadi pendorong kepada saya berlatih lebih tekun, sekali gus mencipta kejayaan pada Sukan Olimpik dua tahun lagi,” katanya.

Shabery berkata, selepas cadangan lokasi awal pembinaan velodrom itu mendapat bantahan penduduk, rakyat Terengganu akhirnya berpeluang memiliki prasarana sukan berkelas antarabangsa di daerah ini yang akan dibina di atas tapak seluas 12 hektar bernilai RM3 juta dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Azizul ketuai buru emas

PETALING JAYA - Pelumba sensasi basikal negara, Azizulhasni Awang mengetuai 11 pelumba negara yang akan menggalas misi memburu pingat emas pada Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober ini.

Selain Azizul, mereka yang turut tersenarai ialah Mohd. Rizal Tisin, Josiah Ng, Idrus Md Yunus dan Akmal Amrun dalam acara trek.

Selebihnya acara lebuh raya yang membariskan Sharul Mat Amin, Mohd. Adiq Husainie Othman, Annuar Manan, Amir Mustafa, Yusrizal Yusof serta Mohd. Arif Salleh.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, senarai pelumba ke New Delhi telah ada dan kini persiapan untuk menjulang kejuaraan sedang giat dilakukan.

"Kami telah mengenal pasti pelumba yang akan beraksi dan senarai ini adalah tetap dan tidak boleh diubah.

"Ketika ini, kebanyakan daripada mereka sedang menjalani latihan dekat Melbourne di bawah bimbingan John Beasley dan mereka akan terus ke New Delhi dari sana," katanya di sini, semalam.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Le Tour de Langkawi (LTdL), Mohamed Salleh.

Menyentuh perkembangan latihan skuad negara di Melbourne, Abu Samah menjelaskan, setakat ini terdapat lima pelumba berlatih di sana manakala Annuar Manan pula berada di Eropah dan akan menyertai yang lain pada September ini.

"Cuaca di sana begitu sejuk, namun itu tidak menganggu persiapan latihan para pelumba malah kita turut mengambil bahagian dalam satu perlumbaan di sana.

"Hasilnya begitu memuaskan terutama sekali Adiq," jelas Abu Samah.

Selain itu, Abu Samah memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta bagi projek pembangunan sukan lebuh raya.

Peruntukan ini berikutan kejayaan siri LTdL yang mana Malaysia bukan sahaja unggul mempamerkan bakat tempatan, malah hebat dari segi penganjuran.

Katanya, dana itu bakal digunakan untuk persiapan dan latihan untuk memburu pelbagai kejayaan.

"Daripada jumlah itu, kita gunakan sebanyak 300 ribu untuk mengadakan Grand Prix lima peringkat iaitu di Kedah, Johor, Terengganu, Sarawak dan Selangor.

"Kita akan bagi mata serta RM7,000 kepada setiap pelumba yang menang ," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed berkata, LTdL tahun depan bakal menjadi satu lagi penganjuran terbaik buat negara.

"Kecemerlangan penganjuran lalu telah terbukti apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) memuji kita penganjur terbaik.

"Oleh itu, kita mahu tahun hadapan, penganjuran yang dilakukan lebih baik agar mampu menarik beberapa pasukan yang lebih profesional menyertainya," jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...