Followers

Thursday, November 18, 2010

basikal, bowling akhiri detik muram



2010/11/18

AZIZULHASNI dan Josiah merai kejayaan mereka menamatkan saingan 1-2 acara keirin yang membabitkan kemalangan dua pelumba dari China dan Iran, semalam.
AZIZULHASNI dan Josiah merai kejayaan mereka menamatkan saingan 1-2 acara keirin yang membabitkan kemalangan dua pelumba dari China dan Iran, semalam.
Azizul ungguli keirin, Alex-Adrian rai emas bowling beregu lelaki

SUASANA muram tanpa pingat, kelmarin pantas berubah dalam tempoh 24 jam apabila kontinjen negara mencipta hari penuh produktif dengan menuai dua pingat emas daripada acara basikal dan bowling beregu lelaki selain pungutan dua perak dan satu gangsa pada hari kelima, semalam.Azizulhasni Awang ceria berjaya menebus detik kecewa di Sukan Komanwel New Delhi, bulan lalu apabila gah memenangi acara kegemarannya, keirin – sekali gus menamatkan penantian 40 tahun pingat emas acara basikal di Sukan Asia. Lebih manis, rakan senegara, Josiah Ng melengkapkan keputusan 1-2 buat negara di Velodrom Guangzhou pada hari terakhir acara berbasikal trek.
Pada lewat petang, gandingan Alex Liew dan Adrian Ang menambah lagi detik gembira pada kontinjen apabila memenangi acara bowling beregu lelaki selepas berjaya mengatasi pasangan Jepun dan Singapura.

Dengan kejayaan semalam, kontinjen negara mengumpul jumlah tiga emas, tiga perak dan empat gangsa setakat ini.

Di Pusat Ekuestrian Guangzhou, Quzandria Nur dan abangnya, Qabil Ambak memastikan perak dan gangsa dalam genggaman acara dressage individu selepas mereka memenangi gangsa dalam acara berpasukan, Ahad lalu.

Wajah ceria terpancar pada Chef de Mission, Datuk Zolkples Embong yang berharap, atlit negara akan memperhebatkan lagi cabaran untuk memenuhi sasaran sembilan emas di Guangzhou 2010.
“Dua emas ini menjadi penawar duka selepas gagal menambah sebarang pingat semalam (kelmarin). Harap-harap lebih banyak pingat dapat ditambah selepas ini,” katanya.

5 comments:

pizli.mw said...

Congaratulations Azizul & Josiah..

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL said...

Salam,

Apa lagi yang aku nak katakan selain memanjat rasa Syukur Alhamdulillah ke atas kejayaan the pocketrocketman. Tahniah dari rakyat Malaysia atas kejayaan 1-2.

Dikau lah jaguh keirin negara. Dalam usia yang masih muda tapi dah buktikan kejaguhanmu. Semoga senantiasa istiqomah. Amin...

Terharu sungguh mendengar khabar gumbira ini,

TAHNIAH

kazisha said...

congratz :)

kyle said...

congratz bro!

tieykah said...

tahniah Azizul.

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...