Followers

Monday, February 22, 2010

'Pembakar semangat'

JAGUH keirin siri Piala Dunia Klasik, Azizulhasni Awang terkejut apabila mengetepikan dua atlit bergelar Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David untuk dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 Plus, semalam.

KEBANGGAAN...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyerahkan replika cek dan trofi kemenangan kepada ibu Azizulhasni, Selamiah selepas dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah SAM-100 Plus 2009 sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
KEBANGGAAN...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyerahkan replika cek dan trofi kemenangan kepada ibu Azizulhasni, Selamiah selepas dinobatkan Atlit Terbaik Anugerah SAM-100 Plus 2009 sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

“Saya belum pernah merangkul Anugerah SAM dan kejayaan ini tiba tepat pada masanya ketika Kejohanan Dunia semakin hampir. Ia pembakar semangat terbaik untuk berlatih lebih gigih kerana saya sudah memasuki fasa persediaan akhir.


“Selepas sekadar dicalonkan musim lalu, saya anggap kejayaan ini mengejutkan. Terima kasih kepada semua pihak yang menghargai keringat saya selama ini dan diharap, saya akan berjaya di Denmark,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana tidak dapat menghadiri majlis itu semalam.


Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berada di Melbourne, Australia untuk menjalani latihan selain melanjutkan pengajian di Universiti Deakin. Ibunya, Selamiah Yong menerima anugerah itu bagi pihak Azizulhasni.


Selain Chong Wei dan Nicol, Azizulhasni turut mengetepikan tiga calon lain iaitu jaguh renang, Daniel Bego, Pandelela Rinong/Leong Mun Yee (terjun) dan skuad badminton wanita kebangsaan.

Pemilihan Azizulhasni untuk melayakkannya menerima trofi dan wang tunai RM10,000, dilihat unik kerana buat julung kalinya, pemenang edisi ke-12 itu ditentukan oleh penulis sukan tempatan yang mendaftar selaku ahli SAM.


Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa, berkata strategi itu kerana ahli SAM lebih mengenali atlit negara dan dianggap kelompok terbaik untuk memilih pemenang.


“Anugerah ini penting terhadap atlit negara setiap tahun kerana ia sebagai penghargaan atas usaha gigih mereka untuk mencapai kejayaan tertinggi,” katanya.


Sementara itu, wartawan Meja Sukan New Straits Times (NST), Ajitpal Singh dinobatkan pemenang Anugerah Ulasan Terbaik kategori akhbar dengan Shahril Nizam Abdullah dari Kosmo merangkul anugerah utama, Laporan Berita Sukan Terbaik selain Laporan Khas Terbaik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...