Followers

Monday, February 1, 2010

Selamat Pengantin Baru -Sinar Harian

Selamat Pengantin Baru

IPOH - Jaguh lumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi pingat emas dalam acara keirin Piala Dunia Trek UCI Klasik Beijing pada minggu lepas, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangannya Athiah Ilyana Abdul Samat, semalam.

Majlis pertunangan dan pernikahan Mohd Azizulhasni, 22, dengan Athiah Ilyana, 24, berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Persiaran Bukit Meru di sini.

Terdahulu, majlis pertunangan dilangsungkan pada pukul 11 pagi tadi sebelum pasangan yang memakai pakaian warna kuning keemasan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Muttaqin, Zaini Bakri kira-kira setengah jam kemudian.

Azizulhasni sah bergelar suami selepas lafaz akad yang ketiga dengan membawa 11 dulang hantaran termasuk pingat emas yang dimenanginya di Beijing manakala pengantin perempuan membalas dengan 13 dulang hantaran.

Athiah Ilyana menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 dan wang hantaran sebanyak RM8,000.

Azizulhasni yang ditemui selepas majlis itu berkata, beliau akan bertolak ke Melbourne, Australia pada minggu depan bagi meneruskan latihannya sebagai persediaan untuk Kejohanan Dunia di Denmark pada Mac ini.

“Pemilihan tempat berbulan madu masih dalam perancangan dan akan ditentukan selepas majlis resepsi sebelah pengantin perempuan yang akan diadakan selepas majlis graduasi Athiah Oktober ini,” katanya.

Azizulhasni ketika ini melanjutkan pengajian ijazah pertama dalam jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne manakala Athiah Ilyana pula menyambung pengajian peringkat sarjana jurusan Arkitek di Universiti Deakin, Geelong, Australia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Azizulhasni @ youtube

Loading...