Followers

Monday, February 1, 2010

Pingat emas jadi hantaran

Pingat emas jadi hantaran

Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
am@hmetro.com.my
2010/01/31

IPOH: Pingat emas yang dimenanginya pada Piala Dunia Klasik di Beijing baru-baru ini antara hantaran jaguh basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, 22, kepada isterinya, Athiah Ilyana Datuk Ahmad Samat, 24, dalam majlis pernikahan mereka di sini, semalam.

Mohd Azizulhasni berkata, isterinya banyak memberi dorongan dan semangat kepadanya dalam setiap kejohanan, malah dia nekad untuk pulang dengan kejayaan sebagai hadiah kepadanya.


“Sebelum kejohanan, Athiah meminta saya memenangi pingat berkenaan sebagai hadiah perkahwinan dan syukur saya berjaya memenanginya dan sebagai tanda kasih dan sayang, saya jadikan ia sebagai satu barang hantaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.


Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Muttaqin, Zaini Bakri di kediaman keluarga Athiah Ilyana di Meru Height, di sini, dan selepas tiga kali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri.


Athiah yang anggun berkebaya berwarna emas menerima wang hantaran RM8,000 serta 11 dulang hantaran daripada Mohd Azizulhasni dan dibalas 13 dulang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...