Followers

Monday, February 21, 2011

Betis tembus tertusuk kayu




2011/02/21

AZIZULHASNI dalam kesakitan selepas betisnya tertusuk serpihan kayu  dalam perlumbaan di Manchester, semalam.
AZIZULHASNI dalam kesakitan selepas betisnya tertusuk serpihan kayu dalam perlumbaan di Manchester, semalam.
MANCHESTER: Menahan kesakitan akibat betis kirinya tercedera tertusuk serpihan kayu trek, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di sini, pagi semalam.

Terdahulu, Azizul terbabit dalam perlanggaran di selekoh terakhir saingan sirkit terakhir di Velodrom Manchester tetapi bangkit untuk meraihkan tempat ketiga. Ia sudah memadai bagi Azizul merangkul juara keseluruhan siri berkenaan.
Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain yang juga mendapat tempat kedua secara keseluruhan.
Pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski dari Poland, Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

Dengan serpihan kayu sepanjang 17.5 sentimeter (kira-kira tujuh inci) menembusi belakang betis ke tulang keringnya, anak muda dari Terengganu itu menunggang semula basikal dan membuat henjutan semula untuk memenangi pingat gangsa dan terus dibawa ke hospital untuk pembedahan selepas itu.

Hoy, seorang daripada dua yang menamatkan perlumbaan tanpa terbabit dalam pelanggaran berkata: “Azizulhasni biasanya akan membuat henjutan dan pecutan untuk memintas... jadi sesuatu yang seumpama itu mungkin tidak dapat dielakkan berlaku terhadapnya.”

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang turut berada di Manchester menyaksikan kejohanan itu, berkata Azizulhasni menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan berdasarkan ujian imbasan X-Ray, serpihan kayu itu tidak mendatangkan kecederaan serius pada tisu betis dan tidak mengenai tulang Azizulhasni.
“Azizulhasni memberitahu saya dia tidak berasa sakit dan hanya menyedari selepas berjaya menamatkan perlumbaan. Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya mengenai hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya.

8 comments:

kazisha said...

semoga cepat sembuh :(

acap said...

salute lah.
tahniah n semoga cepat sembuh

kamisanasini said...

SEMOGA SAUDARA AZIZULHUSNI AWANG CEPAT SEMBUH. GAYA PENDEKAR MALAYSIA.

IKHLAS DARI KAMI

http://kamisanasini.blogspot.com/

Unknown said...

Salute dr gua bro,harap cepat baik!!! Teruskan usaha,semoga berjaya!!!

Faiz Noor said...

to my classmate smoga cpt sembuh..smua penyokong azizul mendoakan kesejahteraan dan kejayaan azizul..great fighter..

all-in-one said...

Wow, lega rasa saya bila baca kecederaan Azizul tak serius. Syabas dan terima kasih kepada saudara Azizul kerana menunjukkan kecekalan semangat berjuang dan mengharumkan nama Malaysia. Get well soon, ok.

AfiQ said...

semoga cepat sembuh abg azizul!!! aminn... fiq ade tulis pasal ni.. ade masa singah2 la ye,, ^___^

http://afiqrazak.blogspot.com/2011/02/azizulhasni-awang-hero-kita.html

TAKE CARE!!!

worldsportszone said...

SEMOGA CEPAT SEMBUH!!!AMIN

http://theworldsportszone.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...