Followers

Showing posts with label malaysian cycling. Show all posts
Showing posts with label malaysian cycling. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

2.85j untuk Azizulhasni, Fatehah




(dari kiri) Mohd Azizulhasni, John Beasley dan Fatehah menunjukkan replika cek bernilai RM2.85 juta tajaan Yayasan Sime Darby untuk persiapan mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016 di Kuala Lumpur, semalam.




 KUALA LUMPUR - Yayasan Sime Darby semalam menyerahkan tajaan RM2.85 juta kepada dua pelumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa sebagai persiapan mereka ke Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil. Pengerusinya, Tun Musa Hitam berkata, tajaan tersebut membolehkan kedua-duanya menyertai sebanyak 42 kejohanan sebelum Sukan Olimpik. Tambah Musa, penajaan tersebut diberikan berdasarkan prestasi baik mereka semasa menyertai Sukan Olimpik London tahun lalu. Malah, Musa berharap Azizulhasni dan Fatehah mampu meraih pingat pertama dalam sukan berbasikal di Temasya Rio 2016. "Azizulhasni dan Fatehah telah mencipta sejarah tersendiri terutama untuk layak ke Sukan Olimpik pada tahun lalu. "Sungguhpun kita tidak memenangi pingat pada temasya berprestij itu, namun aksi mereka bersaing dengan pelumba terbaik dunia menjadi satu memori indah," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini, semalam. Yang turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, ahli majlis Yayasan Sime Darby, Datin Zaitoon Othman dan ketua jurulatih skuad kebangsaan, John Beasley. Yayasan Sime Darby juga sebelum ini pernah menaja program biasiswa akademik buat Azizulhasni untuk membolehkannya mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan sukan di Universiti Victoria, Melbourne, Australia. Begitu juga Fatehah yang meneruskan pengajian bidang pemasaran perniagaan di universiti sama. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130227/su_06/285j-untuk-Azizulhasni-Fatehah#ixzz2M4VIvfzA © Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, July 31, 2012

CYCLING: Azizul raring to go

AZIZULHASNI Awang is, barring a bandaged right arm, as fit and ready as he could be for his bid to create history in the London Olympics. Only lacerations on the arm remain from the training accident he suffered last week and team manager Datuk Naim Mohamed said the 2010 Asian Games keirin gold medallist has a confident look about him. "We all know that the Olympics are not easy but self-confidence is very crucial and I am happy to say that Azizul has this in abundance," said Naim at the Games Village yesterday. With Malaysia's road challenge, as expected, fizzling out, all eyes are on Azizul as he has proved that he can match the world's best by winning the keirin silver at the 2011 World Championships. His performances in the World Cup have also been inspiring but that was all before he suffered the horrific injury last when a wood pierced his calf. That virtually ended his 2011 season but Naim said Azizul has forgotten that injury and even last week's crash didn't affect him. "We were afraid that the crash would not only hamper his training but also have a psychological effect on him but he has proved that he is not going to allow minor issues from jeopardising his challenge." Naim said coach John Beasley has started to taper Azizul and Fatehah Mustapha's training as it is a matter of fine-tuning now. "They have trained hard and now it is all about the competition. Fatehah, too, looks good after initially feeling a little overwhelmed with the thought of competing in the Olympics." The Malaysian team now await the respective draws as they will be crucial in deciding the gameplan of the riders. "The draw for an event is normally made a day before and who Azizul and Fatehah are drawn with will determine what strategy has to be employed. Azizul, however, doesn't have to worry about drawing the big guns in the first round as his ranking is high," added Naim. The keirin, Azizul's targeted event, has 18 riders who will be split into three groups in the first round. The top two from each heat will advance to the semi-finals while the remaining 12 will be involved in two repechages to determine the next six. The top three for each of the two semi-final heats will advance to the final with the losing six going for the 7-12 playoffs. Fatehah will be first in action as the women's keirin is on Friday while Azizul's campaign will start with the sprint on Saturday, an event which will be contested over three days. "There are some who feel that Azizul shouldn't take the sprint seriously but Britain's Chris Hoy participated in three events in the Beijing Games and won all three. This is a decision which Azizul and Beasley will make." The keirin will be on Aug 7, with the final scheduled for 12.50am the following day in Malaysia and if he does make the final, Azizul knows that the whole nation will stay up.

Sedia julang PocketROKETMAN

LONDON - Saya sudah bersedia untuk mengembalikan sentuhan The PocketROKETMAN, ujar pelumba sensasi lumba basikal trek negara Mohd. Azizulhasni Awang ketika diajukan soalan sejauh mana persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik London 2012, semalam. Selepas sekian lama menyepikan diri ekoran daripada beberapa insiden kemalangan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi daripada peminat, Azizulhasni sebenarnya ada alasan tersendiri. ''Saya dirancang untuk mencapai kemuncak (peak) pada Sukan Olimpik 2012. Jurulatih John Beasley meminta saya jangan terlalu cepat untuk sampai kemuncak kerana kejohanan besar yang menanti adalah Olimpik," katanya yang mengakui keyakinannya semakin memuncak walaupun dihambat kecederaan terbaru apabila terjatuh dalam satu kejohanan di Koln, Jerman antara perlumbaan yang disertainya untuk persiapan ke Olimpik. Menurut Azizulhasni, percaturan yang dibuat Beasley kena pada waktunya kerana dia sendiri dapat merasai tahap persembahannya mengikut seperti yang dirancang. Kemalangan terbaru yang dialaminya mencetuskan kebimbangan kerana ia hampir mengulangi peristiwa hitam Februari 2011 apabila serpihan trek sepanjang 20 sentimeter tertusuk di betis kiri Azizulhasni ketika menyertai Siri Piala Dunia Klasik di Manchester. ''Saya jatuh sikit sahaja. Alhamdulillah tidak serius. Saya tidak ada apa-apa," jelasnya. Jelas Azizulhasni lagi, untuk Olimpik kali ini, dia akan memikul dua tugas besar berlumba dalam acara keirin dan pecut seperti diputuskan walaupun mengikut perancangan awal Josiah Ng diberi peluang berlumba acara keirin. ''Mungkin nasib saya lebih baik apabila terpilih untuk menyertai dua acara ini. Saya juga berterima kasih kepada Josiah yang memberikan sokongan dan mahu membantu saya merealisasikan harapan untuk memburu pingat emas buat negara. Dia bersikap profesional walaupun satu ketika kami terpaksa bersaing untuk mendapatkan tempat. Saya tidak ada masalah untuk memikul dua tugas besar ini kerana saya sudah bersedia sepenuhnya," katanya. Namun Azizulhasni tidak mahu memandang rendah keupayaan lawannya yang lain terutama penyandang emas Beijing 2008, Chris Hoy dan beberapa lagi pelumba dari Jerman, Perancis begitu juga Jepun yang semakin meningkat. Ditanya apakah dia akan meneruskan gaya kayuhan yang sering menjadikan dia menjadi mangsa amaran komisar, Azizulhasni berkata, cara kayuhannya tidak menyalahi peraturan, malah Hoy juga mengikut caranya yang gemar menyelit apabila mendapat peluang ketika berlumba pada Piala Dunia di Melbourne sebelum ini. ''Hanya satu pinta saya, doakan kejayaan saya kerana harapan saya dari awal-awal lagi mahu bawa pulang pingat emas bukan untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan peminat. - UTUSAN

Friday, June 8, 2012

Harapan baru Olimpik


John Beasley
John Beasley
ATLET lumba basikal Malaysia terpaksa berdepan dengan masalah infrastruktur dan minat mendalam rakyatnya terhadap bola sepak dan badminton tetapi jurulatih, John Beasley percaya beliau mempunyai pasukan yang mampu menyumbang pingat emas pertama di Olimpik.
Atlet berbasikal mempunyai dua velodrom pilihan untuk mengasah kemahiran mereka di negara ini.
   
  • FotoAzizulhasni
  • FotoFatehah
  • FotoJosiah
Satu daripadanya adalah sebuah velodrom yang dibina khusus untuk Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur dan satu lagi terletak di Ipoh yang sering ditakungi air setiap kali hujan.

Meskipun berdepan isu infrastruktur, Beasley, warga Australia yang mengendalikan program elit negara ini berkata pasukannya mampu mencabar atlet terbaik dari Barat untuk sukan Olimpik London.

“Saya yakin,” kata jurulatih berusia 50 tahun itu ketika menyaksikan tiga atlet harapannya ke Olimpik berlatih di velodrom di tenggara Melbourne.

“Kami perlu mendapatkannya tetapi saya berharap paling teruk, kami akan meraih pingat dalam acara keirin dan lebih baik jika kami memenanginya.

“Kami tidak gentar berlumba menentang Chris Hoy atau sesiapa saja.”

Pelumba bertubuh kecil yang memenangi pingat perak dunia, Azizulhasni Awang yang digelar ‘Pocket Rocketman’ kerana tenaga yang dimilikinya meskipun berketinggian lima kaki tujuh inci, mengetuai skuad Malaysia yang kecil tetapi berbisa beraksi di velodrom London di mana bintang Britain, Hoy bakal mempertahankan gelaran keirin.

Azizul akan menentang Olimpian dua kali dan juga juara Sukan Komanwel, Josiah Ng untuk menjadi pelumba tunggal negara beraksi dalam acara pecut individu dan keirin manakala Fatehah Mustapa yang semakin meningkat dijangka menjadi atlet wanita Malaysia pertama bertanding dalam acara lumba basikal trek Olimpik, juga dalam acara keirin.

Josiah, pelumba berusia 32 tahun yang dibesarkan di California, membuka lembaran baru buat negara apabila mara ke final acara keirin dalam Sukan Olimpik Athens 2004.

“Ia mungkin pertama kali semua orang di Malaysia membuka mata dan berkata;
“Siapa lelaki ini? Sukan apakah ini? Oh, ia bukan badminton! Wow!” kata Josiah, yang seperti Azizul mengekal�kan bentuk tubuh mereka dalam usaha meraih kejayaan antarabangsa.

Di bawah kendalian Beaslay, yang menyertai pasukan itu pada 2006 sebagai jurulatih Josiah selepas berjaya membawa atlet Australia ke podium Olimpik, mengubah pelumba terbaik negara daripada atlet belasahan kepada jaguh di trek.

Bola sepak kekal menjadi minat rakyat negara ini manakala badminton menjadi satu-satunya sukan yang mampu meraih pingat Olimpik tetapi lumba basikal meraih pencapaian lebih baik di peringkat antarabangsa.

Pelumba pecut, Rizal Tisin meraih pingat gangsa dalam acara ujian masa individu pada Kejohanan Dunia 2009 di Pruzskow, Poland untuk meletakkan Malaysia di mata dunia sebelum Azizul, 21, mengejutkan dengan mengasak pelumba pecut Perancis, Gregory Bauge dalam sai�ngan final acara pecut.

Kejayaan itu menarik perhatian pentadbir sukan dan penaja tempatan untuk menyokong kempen pasukan itu ke London dan memberi peluang kepada Beasley mempersiapkan anak buahnya di Melbourne yang dilengkapi kemudahan dan teknologi bertaraf dunia.

Beasley membimbing 11 pelumba Malaysia termasuk beberapa pelumba remaja berbakat yang dipilih untuk Sukan Olimpik berikutnya yang akan diadakan di Rio de Janeiro 2016.

Wednesday, October 12, 2011

Baking A Cake for Special Someone

I have no class today.So i think i should just update my dashboard!!!
To tell you this,cooking is my passion.As i've mentioned before in my previous post under resepi category ,i love to cook and bake.Even sometime,the final product wasnt exactly 100percent good.!!!!Hahahaha..But u know,i really like to try something new..So far,i ve tried to :-
  • make bread
  • make muffin
  • make cookies
Bakery is one of good industry.Probably we as a Muslim really need to beware of the products out there .Need to make sure 100percent is Halal.So,when ur abroad,its hard for you to get the best Halal Cakes .After considering it,i think it is the best time for me to bake a cake for my wife on her birthday.I should anticipate something different from the previous one.

Since,I moved to my new home.I rarely spent my time at the kitchen .Well,i think this is the best time to appreciate what my wife has done .I called my sister in law,and asked the recipe directly from her.I used to eat the cake before in her house and the taste was really great!So yes!!!!! lets bake chocolate cake with PocketroKetman.!Somehow,she asked me to make macaroons but i know woman indulged with chocolate the most.




I was quite nervous preparing for the cake since this is my 1st time doing it.However,i dare to do anything to my beloved wifey.
It took 1 hour + for the whole process.Quite simple and i think everyone especially "men" should try this at home.
Here is the cake and the birthday girl.I havent got a chance to celebrate the birthday on time since we both met.This time,i went to Sydney for Grand Prix.Last year,was the Commonwealth Games.Well,to avoid her from making a sulking face,early celebration is needed.
The extraordinary cake by Pocketrocketman with my jawi handwriting.Sorry for the bad handwriting.Been ages,never practice to write.
Happy Birthday to my gorgeous wife.I hope u like the cake .May Allah bless both of us .Insya Allah, you will get a job soon.Just keep on praying and dua forever.I love you so much.Ya Allah, protect our marriage from the whisperings of Shaytan. Give us the strength to live together in justice, equity, love and, mercy.My Lord, let this marriage bring untold blessings to us individually, to our families, and our children Insha Allah.
p/s:Thanks a lot to my sister in law,Kak Shu for sharing the recipe.





My recent hobby

Salam and Hello to my cyclist fans out there.Hows your day so far?Well,im indeed busy and will be busy eternally to prepare for my new come back!However,even bz with training and stuff. Doesn't mean I have no time to explore my new hobby.To tell the world,i love gardening!
The Prophet was always keen to increase agricultural resources and to expand the healthy environment. He said: "Any trees a Muslim may plant, and any seeds he may cultivate from which man or animal, or any other creature, eats, count as an act of benefaction"62. He also said: "Whoever cultivates land that has been dead, that land becomes his own"63. However, he strictly forbade the cutting of trees. He said: "Whoever cuts a tree (unnecessarily) will have his head thrown directly into Hell"64.

As I've mentioned in several of my previous post.I just moved into a new home with a yard just begging to be gardened.And now that it's spring time!I love to cook as well and have a dream to make my house like Jamie Oliver's .As such,it's important that we eat from an organic plant.A highly important factor of health promotion is proper nutrition. Choosing wholesome food and avoiding what is unwholesome are essential to health. God says in the Quran: Eat of the good things which We have provided for you. (2:173) Eat of what is lawful and wholesome on the earth. (2:168) Describing the Prophet God says: He prohibits them from all that is foul. (7:157)

Anyway,here come the babies :-
spring onion/scallion also known as daun bawang
Vietnamese mint or daun kesum
Tulip?
Strawberries
Chilies


Lets hope my plants will grow quickly so i can try myself to plant others too.Adios Amigous.







Thursday, November 18, 2010

basikal, bowling akhiri detik muram



2010/11/18

AZIZULHASNI dan Josiah merai kejayaan mereka menamatkan saingan 1-2 acara keirin yang membabitkan kemalangan dua pelumba dari China dan Iran, semalam.
AZIZULHASNI dan Josiah merai kejayaan mereka menamatkan saingan 1-2 acara keirin yang membabitkan kemalangan dua pelumba dari China dan Iran, semalam.
Azizul ungguli keirin, Alex-Adrian rai emas bowling beregu lelaki

SUASANA muram tanpa pingat, kelmarin pantas berubah dalam tempoh 24 jam apabila kontinjen negara mencipta hari penuh produktif dengan menuai dua pingat emas daripada acara basikal dan bowling beregu lelaki selain pungutan dua perak dan satu gangsa pada hari kelima, semalam.Azizulhasni Awang ceria berjaya menebus detik kecewa di Sukan Komanwel New Delhi, bulan lalu apabila gah memenangi acara kegemarannya, keirin – sekali gus menamatkan penantian 40 tahun pingat emas acara basikal di Sukan Asia. Lebih manis, rakan senegara, Josiah Ng melengkapkan keputusan 1-2 buat negara di Velodrom Guangzhou pada hari terakhir acara berbasikal trek.
Pada lewat petang, gandingan Alex Liew dan Adrian Ang menambah lagi detik gembira pada kontinjen apabila memenangi acara bowling beregu lelaki selepas berjaya mengatasi pasangan Jepun dan Singapura.

Dengan kejayaan semalam, kontinjen negara mengumpul jumlah tiga emas, tiga perak dan empat gangsa setakat ini.

Di Pusat Ekuestrian Guangzhou, Quzandria Nur dan abangnya, Qabil Ambak memastikan perak dan gangsa dalam genggaman acara dressage individu selepas mereka memenangi gangsa dalam acara berpasukan, Ahad lalu.

Wajah ceria terpancar pada Chef de Mission, Datuk Zolkples Embong yang berharap, atlit negara akan memperhebatkan lagi cabaran untuk memenuhi sasaran sembilan emas di Guangzhou 2010.
“Dua emas ini menjadi penawar duka selepas gagal menambah sebarang pingat semalam (kelmarin). Harap-harap lebih banyak pingat dapat ditambah selepas ini,” katanya.

Saturday, September 18, 2010

Muffin Pocketrocketman







ye tuan-tuan dan puan-puan,aku dah ade hobi baru sejak berkahwin ni..iaitu membuat kek,
kuih,agar-agar,kuih melayu tradisional.jika korang sume nak buat tempahan boleh aah
aku nk cari duit sikit nk sare famili aku.....tujuan sebenar aku nk buat muffin ni..saje je nk bagi wife aku ..kesian aku tgk die buat keje siang dan malam....resepi muffin ni aku reke sendiri..
x sangka pulak menjadi.......and sedap gile!!bukan pujian tp itu ialah hakikat...
muffin ni boleh aku bawak bekalan nk pegi komanwel nanti...amacam?ade berani nk buat muffin warna biru mcm aku buat tu?




Friday, August 27, 2010

Perhatian!!!

kepada semua rakan-rakan dan taulan..

tak kira dimana anda berada...

tak kira jauh ataupun dekat..

tak kira hitam atau putih..

tak kira timur,barat,selatan mahupun utara

tak kiralah ape yang tak kiralahhh!!!

tahun ni nak dapat kad raya banyak-banyak dari korang sume

boleh tak???? huhuhuhu

buktikan yang anda semua adalah budiman...


TRIMASSSS...

Monday, February 1, 2010

Azizulhasni kini sudah sah bergelar suami

SUKAN

Azizulhasni kini sudah sah bergelar suami


AZIZULHASNI menghadiahkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara keirin pada Piala Dunia Klasik di Beijing kepada Athiah Ilyana pada majlis pernikahan mereka di Ipoh semalam.


JAGUH lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang, 22, selamat diijabkabul dengan pasangannya, Athiah Ilyana Abd. Samat, 24, di kediaman pengantin perempuan di Meru Height, Ipoh semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Zaini Bakri dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak pada kira-kira 11.30 pagi.

Terdahulu, majlis pertunangan dilangsungkan pada pukul 11 pagi tadi.

Azizulhasni sah bergelar suami selepas lafaz akad yang ketiga dengan membawa 11 dulang hantaran termasuk pingat emas yang dimenanginya pada Kejohanan Piala Dunia Klasik di Beijing, China minggu lepas manakala pengantin perempuan membalas dengan 13 dulang hantaran.

Athiah Ilyana turut menerima wang hantaran RM8,000 dan mas kahwin RM2,000 beserta seutas rantai emas.

“Pernikahan ini telah menyemarakkan lagi semangat saya untuk merangkul lebih banyak kejayaan termasuk kejohanan terdekat, Piala Dunia di Copenhagen, Denmark, Mac depan.

“Saya akan pulang semula ke Melbourne, Australia pada 7 Februari ini bagi menjalani persiapan akhir untuk menyertai kejohanan tersebut,” kata Azizulhasni.

Azizulhasni berkata, dia mengenali isterinya menerusi laman web rangkaian sosial, Friendster sebelum mereka menjalin hubungan serius selepas Sukan SEA di Korat, Thailand pada 2007.

Dia yang mendapat jolokan The Pocketrocket Man memberitahu semenjak itu, Athiah Ilyana telah menjadi sumber inspirasi baginya untuk meraih kejayaan di pentas antarabangsa.

Menurutnya, majlis resepsi mereka akan diadakan pada Disember depan, iaitu selepas temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India.

Ketika ini, Azizulhasni melanjutkan pengajian ijazah pertama dalam jurusan Perdagangan di Universiti Deakin, Melbourne manakala Athiah Ilyana pula menyambung pengajian peringkat sarjana jurusan Arkitek di Universiti Deakin, Geelong, Australia.

Sunday, September 20, 2009

Rindu Azizul terubat

Rindu Azizul terubat

Oleh AIDA ADILAH MAT
aida@hmetro.com.my
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia." title="BERSERI-SERI...Azizul dan Tya bergambar bersama untuk
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia." width="300" border="0" height="262">
BERSERI-SERI...Azizul dan Tya bergambar bersama untuk
tatapan keluarga masing-masing di Malaysia.
GEMA takbir di pagi 1 Syawal pasti menyentuh jiwa setiap insan yang mendengarnya terutama apabila terpaksa berada di perantauan dan berjauhan daripada keluarga tersayang.

Andai diturutkan rasa hati, kegembiraan di hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa pastinya harus dirai bersama keluarga, namun kerana tuntutan kerja, ia harus diketepikan.

Itulah dirasai pelumba negara, Azizulhasni Awang yang terpaksa beraya di pangkalan latihan kem basikal negara di Melbourne buat kali kedua.

Hatinya pasti tersentuh tatkala terkenang mencium tangan kedua ibu bapa, perkara wajib yang dilakukan setiap pagi 1 Syawal. Apabila mengingati detik itu, kesedihan pasti meruntun jiwa.

Namun, Syawal kali ini sedikit menceriakan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia dalam acara pecut 200 meter itu apabila dapat beraya bersama insan tersayang, Athiah Ilyana Abdul Samat (Tya), serta ramai rakan seperjuangan yang lain.

“Jika tahun lalu hanya saya, Fatehah (Mustapa), Junaidi (Mohd Nasir) dan (Mohd) Edrus (Md Yunus) tapi tahun ini lebih meriah. Ada pelumba endurance bersama kami kali ini.

“Kehadiran Tya sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan saya terhadap keluarga sekurang-kurangnya ada teman saya di sini biarpun pasti kedua-dua kami tidak dapat menahan rasa rindu terhadap keluarga masing-masing,” katanya.

Azizul berkata, dia memulakan pagi 1 Syawal tahun lalu dengan berkumpul bersama rakan sepasukan di gimnasium kem latihan pasukan sebelum bergerak menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di Malaysia Hall bersama rakyat Malaysia yang lain.

“Tahun ini jadualnya pasti sama, pagi raya kami akan ke gimnasium dan kemudian bersembahyang raya.

“Tahun lalu, jurulatih John Beasley bersama isterinya membawa kami melawat zoo sebelum kembali berlatih pada sebelah petang tapi tahun ini saya harap dapatlah kami cuti, maklumlah ramai atlit di Melbourne, jadi dapatlah kami beraya,” katanya yang gemar makan lemang.

Jika berbicara mengenai suasana, anak muda kelahiran Dungun itu berkata, pengertian raya pada dirinya sama saja seperti rakan seagama kerana umat Islam akan meraikan hari kemenangan.

Begitu juga suasana di Melbourne, biarpun tidak sama dengan Malaysia namun auranya tetap dirasai.

Mengulas mengenai persediaannya tahun hadapan, Azizul yang turut melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan sukan di Universiti Deakin, Melbourne, berkata, dia perlu bijak menyusun jadual latihannya dan pelajaran.

Menurutnya, tahun hadapan detik paling sibuk baginya kerana perlu memberi tumpuan terhadap dua kejohanan utama iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...